Tunku Ismail berang terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan video pelancaran jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) baru-baru ini yang...

Tunku Ismail Berang Isu Jersi JDT!

2:13 PM Mera Hussain 2 Comments


Tunku Ismail berang terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan video pelancaran jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) baru-baru ini yang dikatakan 'mirip' kepada iklan Nike di Brazil pada tahun 1998.

Perkara itu jelas tidak menyenangkan pemilik kelab dari selatan tanah air itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Jom baca antara petikan yang diungkapkan oleh Tunku Ismail Suktan Ibrahim :-

"Buat masa ini, kita perlu bertanya kepada diri sendiri mengenai perkembangan bola sepak tempatan dan bukannya mencari kesalahan orang lain yang mana menjadi sebab kepada kesukaran bagi negara ini untuk bergerak ke hadapan. "Ini kerana mentaliti dan tahap pendidikan sesetengah individu itu lebih tertumpu kepada perkara yang kecil dan tidak berfaedah.

"Lebih mengecewakan, saya mempunyai ramai kawan dari setiap bangsa tetapi ini membabitkan bangsa saya sendiri yang mempersoalkan Institusi Diraja dan pasukan bola sepak, saya tidak melihat bangsa lain menghentam perkara seperti ini. "Mereka berusaha untuk membiayai keluarga mereka, sedangkan kita berusaha untuk 'membunuh sesama sendiri'. 

"Ini adalah kelemahan Melayu sejak dari dulu lagi. Sekiranya kamu mahu negara ini bergerak ke hadapan dan mahu melihat keadaan bola sepak lebih baik, sila tukar mentaliti dan minda anda," kata Tunku Ismail dalam laman web rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

Selanjutnya disini

2 Comment:

PeRdU cINta said...

Betul...mentaliti...

Bella Idura said...

Biasa la tu.. orang kita lebih mengagungkan barangan luar dari sendiri.