Balik kerja tiba-tiba dapat panggil dari mak. Aku terkejut jugak kenapa lah mak aku call. Sedangkan mak aku baru je lepas call aku dalam ja...

Pak Ngah Pergi Dalam Sekelip Mata.

9:26 PM Mera Hussain 7 Comments

Balik kerja tiba-tiba dapat panggil dari mak. Aku terkejut jugak kenapa lah mak aku call. Sedangkan mak aku baru je lepas call aku dalam jam 4.00petang. Rupanya ada khabar tak baik yang sampai di telinga aku.

Jam 6.00petang pak ngah aku telah di jemput ilahi disebabkan kemalangan jalan raya di kampung aku. Terkedu aku. Tatau nak cakap ape.. Pak Ngah aku pergi dalam sekelip mata!! Sedihnye...



Ya Allah bila aku tengok gambar sayu sungguh hati aku. Kedua-dua moto hancur. Pak ngah aku meninggal kat tempat kejadian. Mat indon tu pulak parah katanya.

Bila aku tengok gambar whatssap yang dihantar oleh saudara mara tiba-tiba aku teringat kejadian yang menimpa keluarga aku dulu. Ayah aku pun meningal dalam kemalangan cuma bezanya situasi je. 

Kadangkala kita sudah cukup berhati-hati ketika berada dijalan raya tapi kemalangan tetap datang menimpa. Semuanya sudah ketentuan. 

Innalillahiwainnailaihirajiun.. 

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah pak ngah aku dan moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah. 

Peringatan buat kalian... 

Berhati-hatilah dijalan raya.  Biar lambat asal sellamat. Peringatan buat diri aku jugak yang menunggang motosikal. 

7 Comment:

Encik ST said...

Al-fatihah.. ajal tidak mengenal waktu... smoga roh arwah ditempatkan brsama orang2 yang beriman.. Insyaallah...

Salam takziah dik mera.. semoga pak ngah & ayah mera ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Allahhummaamiin..

ubai ismail said...

Takziah Meera dan keluarga. Allah sayangkan pak ngah meera. banyakkan doa ya.

senyum :)

Yan Ty said...

takziah dik. sama2 lah doakan untuk arwah pakcik juga ayah ye...

Cikk Mimin said...

ingatkan meninggal sakit hari tu. terkejut baca ni
salam takziah sekali lagi ye mera

Bella Idura said...

Alfatihah... Allahuakbar.. sedih.

Mommy Cici said...

hurmm betul tu. Kekadang kita dah berhati hati, orang lain pulak cuai. I pergi balik kerja naik motor. pagi tadi ada kereta tetiba tukar lane. tak tengok cermin langsung. nasib sempat elak. haih

takziah ye dear