Nak mempelajari ilmu fotografi ni bukan mudah. Ade orang mampu beli kamera mahal-mahal tapi tak tahu apa fungsi kamera tu  Tapi, pada 2...

Mempelajari Ilmu Fotografi Bersama Adhadi Mohd

10:04 PM Mera Hussain 4 Comments

Nak mempelajari ilmu fotografi ni bukan mudah. Ade orang mampu beli kamera mahal-mahal tapi tak tahu apa fungsi kamera tu 


Tapi, pada 2 Januari lepas aku diberi peluang untuk menghadiri satu bengkel fotografi bersama En. Adhadi Mohd di Agrofarm, Melaka. Hehehe... Kalau nak tahu ni adalah event pertama aku untuk 2016 yang aku join dibawah Kelab Blogger Ben Ashaari tau.


Pertama kali dapat ikuti bengkel ni memang aku agak jakun dan teruja sikit la. Hehe.. Bengkel fotografi kot. Sape yang taknak join. Bukan senang nak dapat ilmu macam ni dari orang yang berpengetahuan tinggi tentang fotografi ni. So, jangan jeles laa kalau gambar aku cecantik semua lepas ni. Hahahha

Emm ,tapi aku ada rase sedih sikit la.. sebab aku datang tanpa membawa apa-apa kamera canggih kan. Pakai camera handphone je. Tak mampu nak beli dslr. Sobb..sobb.. Tapi ape pun ilmu tu yang penting. Sebab lepas ni dah boleh laa kumpul duit beli dslr satu. Takpun, mane tau ade yang sedih bace entry aku belikan aku dslr satu kan. Huhuhu.. *berangan kau mera. Hahaha


Bengkel bermula pada jam 10.00pagi - 4.00petang. Sepanjang bengkel berjalan, banyak tips dan pengajaran yang En. Adhadi Mohd ni kongsikan pada kitorang.

Sebenarnya dalam ilmu fotografi yang aku pelajari, apa yang penting adalah maklumat yang ingin disampaikan tu haruslah jelas dan memfokuskan objek kepada apa yang disampaikan. Haaa... Sebelum ni aku tangkap gambar main bedal je kan. Tak tahu apa motif. Asal nampak cantik terus upload. Hahahah


adhadi mohd
Haa,,, kau tengok, memasing kemain fokus. En. Hadi kata bagus kalau dapat murid macam kitorang ni. Senyap je. Hehehe


Kalau nak diikutkan banyak yang aku belajar dalam kelas En. Adhadi ni.  

Ok, meh aku kongsi sikit teori praktikal yang aku pelajari dalam bengkel ni. Hehehe

Teknik Pengcahayaan


Gambar ni aku snap guna fon aku yang cekia ni je. Tak sangka fon aku pun ade jugak sikit-sikit function macam dekat dslr kan. Hehehe . Cahaya ni pulak ada pelbagai jenis. Aku bagi contoh je la kalau korang ambil gambar dibawah sinaran matahari terik gunakan reflector untuk diffuse cahaya supaya objek tersebut tidak menerima cahaya yang keras. Dapat? Tak dapat pi google. Heheh



 Boleh jugak gunakan kertas sebagai reflector

LatarBelakang / Bukeh

Pada aku latar belakang ni penting sangat sebab kalau takde latar belakang lebih baik ambil gambar pasport je kan. Huhuhu.. Contohnya kalau korang nak ambil gambar nampak awan, jangan ambil gambar langit kosong, pastikan ade awan supaya langit kelihatan cantik untuk dijadikan latar belakang.  Jadi cari latar belakang yang baik untuk hasilkan gambar yang baik...

Makin lama makin seronok bengkel ni. Masing-masing tekun dan fokus mendalami ilmu fitigrafi ni. Huhuhu

Duduk dalam dewan je lama-lame bosan jugakkan? Jom kita buat praktikal kat luar pulak. Hehehe



Selain daripada tu, En. Adhadi ada jugak ajar kitorang tentang ISO, Shutter, Rules of third dan Aperture. Kesemua ni sangat penting dalam setting camera untuk snap gambar. 

Fuhh banyak kene balajar ni.  Tapi nasib baik lah ade DVD tutorial dari En. Adhadi ni. So boleh la belajar car
a-cara nak gunakan dslr lepas ni. Gambar pun confirm tiptop lepas ni. Hehehhe..

Tapi disebabkan aku takde dslr aku amik DVD photoshop nj unthk belajar cara nak edit gambar. Sampai sekarang aku lemah lagi nak guna photoshop. Jadi, bila ade DVD ni boleh la aku belajar sepenuhnya cara nak edit gambar ke ape ke kan. Yang mudahnya DVD ni dalam versi bahasa melayu. Tak payah susah-susah nak google translate. Hehehe



Untuk info lebih lanjut boleh hubungi Encik Adhadi Mohd melalui:-
FacebookAdhadi Mohd III 
Instagram :@Adhadi_mohd 
Websitewww.adhadi.com

4 Comment:

Farah Dafri said...

pewit! lepasni boleh lah shoot gambar ai :p

ubai ismail said...

minat photgrafi gak. tapi sama laa takda camera. hahaha

untung dpt belajar dr yg pakar. pasni kalau gambar mera tak cantik, kita report kat sifu adhadi hehehe

Mommy Cici said...

wah seronoknya dapat join benda macam ni. I minat jugak, tapi takde camera T_T time study dulu pun tiap kali ada assignment photography I pinjam camera kawan/ sewa. sehari rm100/ hehehe