Pada 2 Januari 2016 yang lalu, aku ada join bengkel fotografi  kat Agrofarm. Aku ada buat entry tu 2 minggu lepas. Haa ingat tak? Ingat tak...

Aku Rekemen Resort Agrofarmstay!

12:29 AM Mera Hussain 4 Comments

Pada 2 Januari 2016 yang lalu, aku ada join bengkel fotografi kat Agrofarm. Aku ada buat entry tu 2 minggu lepas. Haa ingat tak? Ingat tak? Emm Tak tauu? Tak bace lettuw! Sentap makcik. Penat taip panjang-panjang. Huh

Bengkel ni telah diadakan di Agrofarm Skill Tech Durian Tunggal, Melaka. Haa, aku suka sangat dengan resort ni dan aku nak rekemen Agrofarmstay ni pada korang. Sebab? Meh scroll.


Haa,, Cantikkan tempat ni? Tenang je.. Pada aku la tempat ni boleh dikatakan kawasan ala-ala kampung sikit. Jadi, bila ada suasana kampung macam ni, tentu-tentu laa mendamaikan kan? Haa,, tenang gitew.. Hehe.. Jom tengok apa yang ada kat dalam Agrofarm stay ni.

PENGINAPAN

Di Agrofarm ni terdapat pelbagai jenis penginapan  yang disediakan. Antaranya:-

1. Villa 14 bedded.



2. River View 6 bedded



3. Garden View 8 bedded


Cantik-cantikkan? Paling best kalau duduk villa tu. Besar kau.. Main sorok-sorok pun belum tentu jumpa. Hahaha.. Harga untuk setiap bilik adalah berlainan dan tidak terlalu mahal.  Boleh rujuk sini. Hehehe

KEMUDAHAN

Dari segi kemudahan yang disediakan pun lengkap dan bersih. Nampak kemas dan tersusun je semua. Antara kemudahan yang ada:-

Dewan seminar
Dewan seminar ni siap dilengkapi dengan sistem PA, mikrofon, carta flip, projector dan juga papan putih. Memang lengkap la. Datang dengar ceramah je. Hehe

Bilik mesyuarat/bilik seminar


Surau terapung
Dewan makan.
Dewan makan ni pulak agak terpinggir jauh sikit dari tempat penginapan. Tapi pemandangan dia agak cantik laa sebab berhadapan dengan rumah warna warni tu. Hehehehe..

PET FARM
Dekat sini terdapat beberapa haiwan yang korang boleh lawati. Dah nama pun Agrofarm kan. Takan laa takde binatang. Huhu


Nama kuda ni bujang.  Dalam diam bujang ni agresif jugak. Sape yang baik dengan bujang, bujang akan tinggalkan love bite untuk dia. Hahahaha..  Sweet bujang ni. Beruntung Syima. Hahaha


Sebenarnya banyak jugak binatang kat sini tapi disebabkan pihak Agrofarm dalam proses membuat penambah baikkan tempat ni, haiwan-haiwan yang lain dipindahkan ke tempat lain. Jadi, ini je la yang ade kat sini. Hehehe

TEMPAT BERIADAH

Kat depan villa ni ada satu laman atau padang yang luas tau. Sesuai sangat kalau nak buat aktiviti zumba ke senamrobik atsupun sukaneka.


Nampak ni.. Semangat kitorang berzumba pepagi buta. Merecik laa jugak peluh. Huhuhu

Kolam renang
Kolam renang ni bersih. Hari-hari pihak Agrofarm cuci. Memang dijamin la kebersihan dia. Yang kat bawah bumbung tu bahagian kanak-kanak dan tidak terlalu dalam kalau nak main. Jadi,  selamat untuk kanak-kanak mandi. Apa pun, jangan bagi anak mandi sendirian. Pemantauan dari ibubapa tu penting. Hehehe


Bilik karaoke
Selain dari tu, kat sini pun ade bilik karaoke.. Bilik ni unik sebab berbentuk kasut. Yang hantu karok mesti suka dengan rumah kasut ni. Kalau dah masuk mesti taknak keluar punya... Hehehe.. Haa,, Puas hati kau. Bunyi speaker best. Bilik ni disewa mengikut jam.. Memang selesa lah. Rasa nak tidur dalam ni pun boleh. Hehehe.. 

Untuk pengetahuan korang, pelbagai aktiviti boleh dilakukan kat sini sebenarnya. Contohnya, aktiviti team-building, kem bina diri, mesyuarat, hari keluarga.. Nak buat kerja kahwin kat sini pun boleh. Tapi yang tu kene bincang dengan pihak pengurusan kat sini lah. Hehehe

Pada aku..tempat ni memang selesa dan aku rekemen sangat kat korang kalau nak buat aktiviti. Lagipun kat sini memang tenang dan jauh dari kesibukan kota yang bising lagi membingitkan tu kan. Bagus jugak line fon takde kat sini. Takde la sibuk nak bersosial dengan gajet je.Hehehe..

Tapi setiap yang cantik kat mata kita pasti ada sedikit cacat cela jugak kan? Aku cuma nak komen sikit la.. Lebih baik rasanya kalau setiap bilik disediakan penyapu. Untuk mereka yang menginap lama mungkin tak selesa rasanya tinggal dalam bilik yang kotor. Sedangkan rumah hari-hari oun kita sapu. Takkan kita sewa bilik seminggu, sepanjang seminggu tu bersih kan? Hehehe..Harap pihak Agrofarm dapat menambah baikkan lagi sedikit kekurangan yang ada.. Apa pun, aku enjoy dengan bengkel dan suasana kat sini. Aku rekemen sangat tempat ni pada korang!

Bersama pengurus Agrofarm.
Sebarang pertanyaan mengenai Agrofarm boleh hubungi pihak pengurusan Agrofarm yang tertera dibawah.

Alamat :
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka
Hubungi :
Encik Bari - 012-211 8246
Encik Mat - 016-209 8623
Laman web:
Facebook:

4 Comment:

aRz MoHa said...

bagus juga jika buat aktiviti bersama froup pejabat, seminat dan sebagainya...serba lengkap tempat ini

Ros said...

bestnya.. sesuai untuk buat family gathering ni.

cantik tempat ni

Mommy Cici said...

besar jugak pool dia. bawak budak suka lah tu