Pernah dengar tak tentang 3Bskin? Aku pun baru pertama kali tahu tentang produk ni.. Nampak menarik. Comel je packaging dia. Hehehe. Me...

3Bskin - Masalah Anda Penyelesaian Kami.

9:23 AM Mera Hussain 3 Comments

Pernah dengar tak tentang 3Bskin? Aku pun baru pertama kali tahu tentang produk ni.. Nampak menarik. Comel je packaging dia. Hehehe. Meh aku cerita sikit tentang 3Bskin ni. 


3Bskin adalah syarikat penjagaan kulit secara online yang di asaskan oleh Jun Hee, usahawanita muda yang berumur 25 tahun yang mempunyai impian dan minat yang mendalam untuk menceburi industry kesihatan dan kecantikan. Produk di edarkan dan dipasarkan oleh “Three Bskin Enterprise”. 

Yang ni adalah serum dan hydrating jelly mask.
Produk 3Bskin ini di formulasikan di Perancis dan telah melalui pelbagai penyelidikan, perkembangan dan pemprosesan selama setahun oleh OEM(Original Equipment Manufacturer) terbaik. Di berikan sijil di Malaysia oleh GMP (Good Manufacturing Product) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Pengenalan Produk 3BSkin 1. Detox Mask
2. Hydrating Jelly Mask
3. Diamond UV SPF35+++
4. Cleansing Milk
5. Toner
6. Enzyme Scrub
7. Serum 


Produk ini menawarkan kualiti yang tinggi dengan harga mampu milik dan diperbuat daripada bahan terbaik yang sesuai digunakan oleh masyarakat Asia terutama bagi golongan remaja. Ciri-ciri produk yang unik, pek produk menarik perhatian dan terkini sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki. 




Penamaan bagi jenama 3Bskin adalah daripada 3 ayat ajaib iaitu “Bouncy,Brighten and Baby skin” yang bermaksud kulit anjal, cerah dan nampak cantik seperti bayi. Konsep bagi produk kami adalah penyelesaian masalah kulit yang efektif, berkualiti tetapi mampu dimiliki (tidak mahal). Ciri-ciri produk yang unik, pek produk yang menarik perhatian serta mudah digunakan. Visi kami adalah memberikan pelanggan pengalaman bagi merasai produk kami yang memberi kesan yang efektif dan mengejutkan. 



Setelah bertahun pengalaman dalam jualan dan promosi produk kecantikan pihak lain, pengasas menyedari kepentingan untuk mencapai kepuasan pelanggan, mendapat kepercayaan daripada pelanggan, memastikan produk yang dibuat berkualiti tinggi, meletakan harga produk dengan harga mampu milik berserta kualiti yang terjamin baik . Untuk mencapai kepuasan pelanggan, pengasas hadir dengan idea mencipta produk keluaran serta jenama sendiri bagi memenuhi segala kepentingan pelanggan. Oleh itu pengasas mengeluarkan produk berjenama 3Bskin yang “Trademark” pada bulan September 2015 dan produk bakal dilancarkan pada Januari 2016. 




Anda boleh lawati kami di:
Pejabat: 
Penthouse (Level27) 
Centerpoint South, The Boulevard 
Mid Valley City Lingkaran Syed Putra 
59200 Kuala Lumpur Malaysia 
(Sila Buat Temu Janji) 



(website masih dalam pengurusan) 
FB : 3BSkin
Instagram : 3BSkin 

3 Comment:

Yan Ty said...

patutla Mera flawless!!! nnt jumpa bawa nk test pakai , boleh?

YB Shehan said...

tajuk typo ke apa? masalah ana? hii

Lady Of ZFA said...

ain datang follow blog mera. :)