2015 baru sahaja menutupkan tirainya pada jam 11.59malam tadi. Tentu banyak sangat memori yang tercatat dalam diari 2015 ni kan.  Yang ...

Selamat tinggal 2015! Welcome 2016!

10:23 AM Mera Hussain 3 Comments


2015 baru sahaja menutupkan tirainya pada jam 11.59malam tadi. Tentu banyak sangat memori yang tercatat dalam diari 2015 ni kan.  Yang pahit mahupun yang manis. Semua orang mesti ada punya. Huhu

Sebelum tu aku nak mintak maaf pada korang semua sekiranya aku ade terbuat salah, terlanjur kata atau perbuatan sepanjang mengenali korang. Tak kisah la kenal kat alam maya ataupun kat luar. Semoga ukhwah kita terus terjalin. Gitewww. Hehehe

Dah masuk 2016 ni mesti kene ada azam baru kan. So azam baru aku diharap semoga aku rajin lah mengupdate entry. Hahaha.. Selain tu aku continue je azam 2015. Sebab aku rasa banyak lagi wishlist 2015 tak dapat dicapai. Hahaha

Sepanjang 2015 banyak kenangan yang aku cipta. Kenangan tentang cinta, dengan keluarga, kawan-kawan... Yang manis akan aku kenang yang pahit akan aku buang dan lupakan. Kan? Takkan dah pahit nak simpan. Membazir je. Tapi, kalau nak simpan boleh tapi jadikan sebagai dorongan untuk masa depan. Haaa gitew. Hehehe

Kenangan yang best pada aku untuk 2015 ni bila aku diberi peluang masuk dalam komuniti blogger oleh ben ashaari. Serius aku rasa teruja dan macam tak sangka. Sedangkan aku dah tinggalkan blog bertahun lamanya. Huhuhu.. Tapi aku akan ambil peluang ni untuk mula aktifkan diri semula dalam dunia blogging. Terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan yang sangat memberi sokongan. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger terutama kbba team yang banyak bagi input dan pelbagai nasihat. Mengenali diorang memang suatu anugerah. Hehehehe

Dalam tahun ni jugak aku dah mula aktifkan diri dengan travel dengan geng tripleE. Hahaha.. Walaupun tahun 2015 baru pergi satu pulau insyaaAllah tahun 2016 ni cuba pergi 3pulau. Doakan hajat aku tercapai ye. Hehehe

Soal jodoh pulak aku serahkan semuanya pada Allah. So, takyah tanye aku bila nak kawen. Hahaha.. Aku bukan taknak fikir tapi biarlah semuanya ditentukan olehNya. 2015 banyak sangat kenangan pahit tentang cinta. Tapi taknak cerita. Kang tak habis 2016 kalau cerita. Hahahaha

Tapi apa yang dah berlalu biarlah berlalu. Semoga tahun 2016 ni akan membuka lembaran baru buat aku untuk lebih berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Semoga segala whislist dapat aku capai satu persatu. Semoga aku dapat bahagiakan mak. Semoga dilimpahkan rezeki yang berterusan dan semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Banyak sangat semoga. Hahahhaa.. 

Sampai sini saja. Selamat tinggal 2015. Tutup buku. Hehee

SELAMAT TAHUN BARU 2016!!

3 Comment:

Korang pernah tengok tak video-video lagu kanak-kanak dari Didi & Friends? Sebenarnya video lagu kanak-kanak dari Didi & Fr...

Mari Menyanyi Dan Menari Bersama-Didi & Friends

2:04 AM Mera Hussain 2 Comments

Korang pernah tengok tak video-video lagu kanak-kanak dari Didi & Friends?


Sebenarnya video lagu kanak-kanak dari Didi & Friends ni dah ramai yang tau dan popular dah kat Malaysia ni.  Lagipun baru-baru ni rancangan ni dah ade dalam siaran Astro Ceria setiap jam 8.30pagi dan 3.00petang. Hehehe..

Anak buah aku semua suka betul dengan video-video Didi ni. Bukan diorang je suka. Aku pun suka. Siap dah hafal kau semua lagu dia. Hahaha




Semua lagu kanak-kanak dalam video Didi ni bagus sebenarnya. Selain dia ajar menyanyi dia ajar kanak-kanak cara pergerakan seperti cara melompat, tepuk tangan, kenal haiwan, mengira dan macam-macam lagi.

Banyak lagi lagu dalam koleksi Didi & Friends ni seperti:-
1.Air Pasang Dalam
2.Bunyi Haiwan
3.Rama-Rama
4.Rasa Sayang
5.Bintang-Bintang
6.Kalau Rasa Gembira
7.ABC
8.Bingo
9.Tayar Bas
10.Papaku Pulang Dari Kota
11.Ikan Kekek
12.12 Bulan
13. Lompat Si katak Lompat
14.Semut Berkawad
15.Lima Buku
16.Pak Atan Ada Ladang
17. Labah-labah

Lagu yang paling aku suka lagu Semut Berkawad. Hahaha.. Aku yakin kalau korang dengar bukan anak korang je seronok. Dengan korang-korang sekali menyanyi dan menari. Hahahaha

Kalau korang perasan kan, semua lagu-lagu masa kita kanak-kanak dulu ada dalam koleksi Didi & Friends ni. So, bila aku dengar pun kadang-kadang terimbau jugak la kenangan waktu tadika dulu. Hahaha.. 


Didi & Friends ni pun dah ade kat playstore sebenarnya. Ada koleksi lagu dan juga game. Pergi la download. Mesti budak-budak kecik suka main. Bermain sambil belajar kan. Mesti seronok. Hehehe.. Aku pulak yang terlebih excited. Hahaha

2 Comment:

Cuti sempena Kritsmas ni adik beradik aku semua balik berkumpul. Jadi kitorang pun plan la hari Sabtu nak pergi jalan-jalan makan angin ...

Family Outing Bila Adik-Beradik Berkumpul

8:54 AM Mera Hussain 1 Comments


Cuti sempena Kritsmas ni adik beradik aku semua balik berkumpul. Jadi kitorang pun plan la hari Sabtu nak pergi jalan-jalan makan angin kat Melaka. Ikutkan dah berpuluh kali jalan-jalan Melaka ni. Tapi kali ni aku buat entry pasal Melaka

Kitorang gerak awal pagi dalam pukul 9.00pagi sebab nak elak trafik sesak kat Melaka. Biasa la cuti sekolah ditambah lagi dengan cuti perayaan kan mesti sesak punya jalan Melaka. Huhuhu...



Bila sampai je di Melaka aku dah jangka memang ramai sangat orang dan terus cepat-cepat cari tempat parking. Nasib baik banyak lagi parking kosong. Heheh.. Tempat pertama kitorang tuju adalah Menara Taming Sari.

Punya lah ramai orang kat sini sampai keluar-luar bangunan diorang beratur. Aku dengan kakak aku cepat-cepat pergi beli tiket.  Ada la dalam 40minit sampai jugak giliran kitorang. Sebelum naik brader photographer tu suruh ambil gambar dulu. Hihihi.. Ni kali kedua aku naik Menara Taming Sari ni. Aku suka tengok pemandangan dari atas. Cantik... Nah aku tunjuk gambar. Huhu






Dalam 10minit kata atas tu kitorang pun turun semula. Mak aku gayat rupanya. Tapi puas kitorang pujuk supaya jangan tengok bawah tutup mata semua. Hehehe.. Kesian mak aku. Tapi kitorang nak bagi dia merasa naik walaupun dia gayat macam mana pun. Hehehe

Selepas tu kitorang ke destinasi seterusnya. Kitorang pergi bandar hilir tengok bangunan-bangunan bersejarah kat sana. Disebabkan aku bawak mak dan yang lain ada anak kecil, kitorang tak naik atas pun. Tak larat. Hahaha









Best jalan kat sini. Seronok tengok orang naik beca. Hahaha... Sepanjang aku belajar kat Melaka dan berpuluh kali aku ke sini tak pernah sekali pun aku naik beca ni. So, sebabkan masing-masing teringin kitorang pun naik la beca ni. Hahaha . Disebabkan ramai jadi kitorang amik 4 beca. Kitorang amik rate yang paling murah iaitu RM25 sekali naik untuk pusing bandar hilir. Hehehe..






Lepas masing-masing dah kepenatan terus pergi cari makan. Hahah.. Mula-mula nak pergi try makan aiskrim dekat Sangkaya. Plan nak pergi beli lepas makan tapi tak jadi sebab kitorang pergi makan dekat Marrybrown. Jauh woo nak patah balik. Penat. Hahaha.

Lepas dah makan kitorang terus gerak balik. Nak keluar dari parking kereta jem teruk gila kot. Lebih sejam jugak la kitorang stuck nak keluar dari tempat parking. Siap aku sempat keluar kereta pergi ke tapak pasar malam sebelah tempat parking cari air. Hahaha..


Bayangkanlah aku naik kereta pukul 5.30petang tapi dekat pukul7.00 baru keluar parking. Aku nampak ada jugak beberapa buah motor polis trafik lalu-lalang tapi takda sorang pun yang berhenti jaga jalan. Kalau setakat lalu baik tak payah. Ingat ketua kampung ke nak pantau kawasan. Ape pun tak boleh.

Pada aku Melaka ni kaya dengan bangunan yang pesat membangun tapi jalan raya sesak. Kalau datang waktu cuti sekolah mesti macam ni. Hahaa.. tapi nak buat macam mana kan. Redah je la. Akhirnya kitorang sampai rumah jam10.30 malam. Hahaha. Amekaw! KL - Muar pun tak sampai 3jam. Hahah..

Tapi walau penat macam mana pun 'family outing' kitorang tetap best. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Hehehe.. Bila dah tua-tua nanti orang bukak album aku buka blog cari balik entry-entry lama aku. Hahaha..


Terima kasih Allah hadirkan mereka dalam hidup aku. Syukur...

1 Comment:

Assalamualaikum... Hye.... Tahun 2015 bakal berakhir dah. Sekejap je masa berlalu jom. Huhu.. Jom join GA terakhir dari Cik Yanie. Hehe...

Giveaway Hujung Tahun 2015

5:32 AM Mera Hussain 1 Comments

Assalamualaikum... Hye....

Tahun 2015 bakal berakhir dah. Sekejap je masa berlalu jom. Huhu.. Jom join GA terakhir dari Cik Yanie. Hehe


Click banner ni kalau nak join.

Bye... Hehe

1 Comment:

Sebelum ni aku sering ada masalah rambut gugur. Mungkin sebab rambut panjang atau sering terperap. Yela.. Kita kan sering bertudung. Itu sa...

Shayla Selesaikan Masalah Aku.

4:48 AM Mera Hussain 3 Comments

Sebelum ni aku sering ada masalah rambut gugur. Mungkin sebab rambut panjang atau sering terperap. Yela.. Kita kan sering bertudung. Itu salah satu sebab jugak kot kenapa rambut kita gugur. Huhuhu..

Tapi sekarang aku dah jumpa shampu yang sesuai dengan kepala aku. Ni dia Safi Shayla yang aku gunakan.


Aku guna yang warna oren. Huhu.. Disebabkan aku ada masalah kulit kepala dan rambut gugur aku guna lah yang warna oren. Hehe.. Selain warna oren aku pernah jugak cuba guna warna merah dan merah jambu. Bau dia wangi.. Huhu..

Memang best la aku sental kepala aku. Haha.. Sepanjang aku guna Safi Shayla ni aku rasa rambut aku segar. Kepala aku dah tak gatal. Masalah rambut gugur pun makin kurang.

Selepas seharian pakai tudung, bila buka tudung  rambut masih rasa segar dan bau rambut masih kekal harum. Pada aku memang sesuai dengan tagline dia "untuk wanita bertudung". 

3 Comment:

Aku nak review pada korang produk baru yang aku cuba ni. Yang pasti aku tahu korang tak pernah dengar lagi nama produk ni sebab ni priduk k...

Demora Intensive Skin Repair!!

4:15 AM Mera Hussain 11 Comments

Aku nak review pada korang produk baru yang aku cuba ni. Yang pasti aku tahu korang tak pernah dengar lagi nama produk ni sebab ni priduk keluaran terbaru dan aku rasa belum ada lagi dekat pasaran. Hehehehe


Demora adalah serum pertama di Malaysia hasil gabungan dari ekstrak bunga paenia dan akar ginseng yang sangat berkualiti tinggi dan telah dikaji oleh pakar chemist yang bertauliah dan diyakini.


Demora Intensive Skin Repair ni telah menggabungkan kesemuanya dimana terdapat serum, sabun, lotion dan krim muka bagi membuktikan yang terbukti berkesan dalam masa 7hari. Hehehe.. Aku dah try. Best je rase muka.

Meh aku cerita setiap kandungan dalam produk Demora ni. Heheh


Mineral Soap
Sabun pembersih yang mengandungi serbuk mutiara, mica, sodium sulfate dan agen pencerah bagi membersihkan kotoran dikulit wajah.

Purifying Lotion
Toner penyegar ni digunakan untuk menutup liang pori yang terbuka selain daripada membuang lebihan minyak yang ada dimuka. Ianya dihasilkan dari ekstrak bunga ros, ekstrak minyak kelapa dara, ekstrak kanji jagung, ekstrak bunga paeonia,ginseng serta agen penyegar aktif yang lain.

Cc cream
Krim pelindung matahari yang mengandungi spf30 untuk melindungi kulit dari sinaran uvA/uvB bagi mengelakkan kulit terbakar dan tidak sekata. Ianya dihasilkan daripada alpha arbutin, vitamin B3, mineral, iron serta agen pelindung kulit. Krim pelindung ni juga mesra solat tau.

Serum Treatment
Serum ini diformulasikan dengan teknologi nano bagi mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit. Ia digunakan sebagai serum untuk mencerah, melembap dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta jeragat di kulit wajah. Serum ini dihasilkan dari ekstrak bunga paeonia, ekstrak buah pear, ekstrak kacang soya, akar pokok ginseng, ekstrak daun melia, salix alba dan agen-agen aktif yakng lain.


Kebaikan produk Demora:-

1.Mencerah, memutih dan menggebukan kulit.
2. Melembap dan menaturalkan ph balance.
3. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
4. Mengecilkan liang pori yang terbuka.
5. Menegang dan menganjalkan kulit.
6. Membuang lebihan minyak.
7. Membuatkan tekstur kulit lebih sekata.

Banyak kebaikan yang terdapat dalam produk Demora ni. Aku yang pakai pun rasa best je kat muka. Paling best bila pakai serum dia. Sejuk je muka. Heheh

Sekarang aku nak share dengan korang cara pemakaian Demora ni. Hehe

Pagi / petang - Gunakan sabun pembersih, Toner penyegar dan krim pelindung. Untuk toner penyegar hanya spray toner terus ke muka tanpa menggunakan kapas. Dap dan tepuk-tepuk ke muka menggunakan telapak tangan hingga ia masuk ke liang roma. Elakkan dari terkena mata dan mulut. 

Malam - Gunakan sabun pembersih, floral mask, toner penyegar dan serum sebelum tidur. Floral mask ni paling aku suka. Lepas pakai mesti muka rasa ringan je. Heheh.. Ambil satu sudu gel masker dan sapukan nipis ke muka. Biarkan dalam masa 15minit dan bilas dengan air biasa . Gunakan 3kali seminggu. Untuk serum, korang titiskan 3-5 titik dan sapukan ke muka sambil buat sedikit urutan menaik dari bawah dagu. Lebihkan sapuan pada bahagian yang bermasalah. 

Selepas beberapa hari testimoni aku rasa produk ni memang sesuai dengan aku. Kulit rasa lembap dan tak kering. Bagi korang yang mempunyai masalah kulit mungkin boleh cuba gunakan produk ni sebab sepanjang penggunaan tiada pengelupasan kulit pun berlaku. Hehehe. Selamat mencuba!

Terasa nak cuba tak? Hehe... Mane nak dapat? Ok, kepada sesiapa yang nak cuba boleh tengok maklunat yang aku bagi kat bawah ni.


Untuk maklumat lanjut boleh lawati :-facebook: https://m.facebook.com/demorabeautycare/
Instagram : DemoraSkinRepair

Untuk pembelian:-
Whatssap : 019-2321580

11 Comment:

KUALA TERENGGANU: Tragedi yang menimpa lima sekeluarga yang terkorban ketika bermandi di Air Terjun Bukit Belukar telah selamat dikebum...

5 Korban Tragedi Air Terjun Bukit Belukar Selamat Dikebumikan.

10:25 AM Mera Hussain 1 Comments


KUALA TERENGGANU: Tragedi yang menimpa lima sekeluarga yang terkorban ketika bermandi di Air Terjun Bukit Belukar telah selamat dikebumikan malam tadi.

Mohd Hasif, satu-satunya anak pasangan Mohd Halim Saiman dan Nurul Adilah @ Salaiwati Awang, yang terselamat daripada tragedi mengorbankan lima ahli keluarganya, kelihatan tenang ketika ditemui di rumah neneknya, Teh Jarah Mahmud, siang tadi. Namun, pada saat akhir menatap wajah ibu bapa dan tiga kakak kandungnya, Nurul Arifah, 16; Nurul Hidayah Aina, 11 dan Nurul Izzah, 10, sebelum upacara pengkebumian malam tadi, Mohd Hasif, 8, longlai hingga terpaksa dipapah oleh ahli keluarganya.

Jenazah lima beranak itu selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam, di sini, jam 1.20 pagi ini, selepas disembahyangkan di Masjid Pengkalan Arang jam 9.35 malam tadi.

Jenazah tiba di masjid berkenaan dengan van jenazah dari Hospital Hulu Terengganu jam 9.20 malam. Teh Jarah, 72, dari Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, di sini, yang menghidap darah tinggi pengsan ketika menatap kali terakhir jenazah lima beranak itu di masjid berkenaan.

Keluarga Allahyarham Mohd Halim, 44, dari Kampung Parit Enam, Muar, Johor tiba di masjid berkenaan jam 10 malam tadi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang upacara pengkebumian yang dipenuhi lebih 100 ahli keluarga dan rakan Allahyarham. 

1 Comment:

Wahhh... Batch 2 pemilihan Pencarian Blog Terkemas 2015 dah diumumkan Om lah. Huhu.. Ini adalah senarai pendek blogger yang tersenarai d...

Batch 2- Pemilihan Pencarian Blog Terkemas 2015!

3:57 AM Mera Hussain 6 Comments

Wahhh... Batch 2 pemilihan Pencarian Blog Terkemas 2015 dah diumumkan Om lah. Huhu..

Ini adalah senarai pendek blogger yang tersenarai dalam pemilihan batch kedua. Nampaknya nama aku tak tersenarai. Takpe, bukan rezeki aku. Huhuhu

RRAI NAZILATUL HUSNA  WAWA NIESYA NURFUZIE XECHALOGY IZYAN CINNAMON ITSMELYYA KOXTAU LEYASTORYMORY IAMSHUE APPLECRUNCH PRINCESS SOLEHAHGIRLZ SOTSKIRT SARAHAMRAN FIRAZOLKAPLI BEEHAAZMAN MIMINADAM INIJARIBERTINTA YAYA CENDANA SURIAAMANDA THEPHEAA19 AZWARSYUHADA LISSA SYIQIN BICARA LILY FIEYQA AMIRAH RAIZAH SORFIENA 

Kalau korang perasan ada beberapa nama blogger KBBA yang tersenarai dalam pemilihan yang Om buat ni. Tapi memang layak pun sebab blog diorang memang cantik! Huhuhu

Tahniah kepada 30 blogger yang tersenarai. Tapi Om masih belum umumkan lagi siapa pemenang yang bakal dapat hadiah misteri tu tau. 

Untuk saringan terakhir, Om akan buat pemilihan daripada 30 blogger diatas menjadi "TOP 15 Blog Terkemas 2015". Hadiahnya akan diumumkan esok. Tu pun kalau dia tak sibuk katanya.. Hahaha..

Walaupun aku tak tersenarai tapi aku tetap berdebar nak tahu sapa pemenang bertuah yang dapat hadiah misteri dari Om. Hehehe.. Eeeiii!!! Tak sabar!

6 Comment:

Minggu lepas mak aku baru je datang Shah Alam jaga anak buah aku sebab kakak aku pergi kursus. Khamis lepas mak aku datang lagi sebab nak j...

Bila Mak Ada..

3:33 AM Mera Hussain 1 Comments

Minggu lepas mak aku baru je datang Shah Alam jaga anak buah aku sebab kakak aku pergi kursus. Khamis lepas mak aku datang lagi sebab nak jaga ank buah kakak aku yang tak sihat. Rindu nenek katanya. Manja betul. Hahaah

Bila mak aku ada kat sini best betul. Hehe.. Rasa macam ada kat kampung pulak. Bila nak pergi kerja sarapan dah ada atas meja. Hehe... Selalunya aku mesti singgah mana-mana gerai untuk beli kuih. Tapi bila mak aku ada tak pergi kedai dah. Makan je kat rumah tak pun bawak bekal yang mak aku buat. Heheheh

Sama la jugak kalau aku balik kerja. Selalu balik kerja aku mesti cari biskut ke apa ke untuk aku kunyah. Kadang-kadang tunggu je makan malam baru makan. Hahaha. 

Bila mak aku ada kemahen petang-petang balik kerja je ada je goreng pisang la keledek goring la ubi rebus la dah tersedia atas meja. Rajin betul mak aku. Hahaha.. Harap nanti aku dah berumahtangga aku rajin laa macam mak aku. Kehkehkeh

Ni laa seronoknya bila kita duduk dekat dengan mak. Automatik berat aku kemungkinan boleh lagi naik. Hahaha.. Bukan sebab aku menyuruh tau. Tapi mak aku memang macam tu. Kalau aku balik kampung pun sama. Mak aku memang suka masak. Hehehe.. Air tangan dia memang the best!

Mak... Tinggal la lama lagi kat sini... Heheheh

1 Comment:

Sebuah lagi drama adaptasi novel karya Dhiyana telah diangkat untuk menjadi drama bagi mengisi Slot Akasia di TV3 mulai 30 Disember...

Cinta Si Wedding Planner Drama Baru Slot Akasia

8:32 AM Mera Hussain 1 Comments



Sebuah lagi drama adaptasi novel karya Dhiyana telah diangkat untuk menjadi drama bagi mengisi Slot Akasia di TV3 mulai 30 Disember 2015 ini bagi menggantikan drama Akulah Balqis.


Drama ini telah menggandingkan pelakon hebat, Adi Putra dan pelakon baru yang cantik manis iaitu Mira Filzah. Drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd akan bersiaran selama 28 episod di Slot Akasia TV3.

 Cinta Si Wedding Planner
Haa, nampaknya makin banyak dah karya novel cinta telah dipilih oleh pengarah-pengarah filem untuk diadaptasi menjadi drama atau filem. Senangkan. Tak payah dah susah-susah cari idea nak buat drama apa. Pilih je novel lepastu buat drama atau filem. Hehehehe

Bila aku tengok gandingan pelakon ni nampak sepadan. Apatah lagi bila Adi Putra yang dipilih sebagai hero, pasti wataknya dalam drama ni juga menjadi seperti dalam dramanya yang sebelum ni. Huhuhu

Ok la, aku nak cerita sikit sinopsis tentang drama ni. Drama Cinta Si Wedding Planner ni mengisahkan tentang Zara (Mirafilzah) yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.

Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.

Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz (Adi Putra) dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.

Fariz yang sebenarnya adalah anak kepada Puan Marina. Fariz kerap bertemu dengan Zara. Disebakan itu Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz,  Zara tetap menerima pinangan tersebut.

Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.

Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland, New Zealand.

Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.

Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi miliknya?

Haa... Kalau nak tahu kene la tunggu cerita ni mula tayang dekat tv. Hehehe... 

1 Comment:

Semalam dah tengok episod pertama drama Cik Cinderell dan Encik Tengku aku rasa best cerita ni. Comel je Syukri Yahya.. hahaha.. Eh suami ...

Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku

4:41 AM Mera Hussain 1 Comments

Semalam dah tengok episod pertama drama Cik Cinderell dan Encik Tengku aku rasa best cerita ni. Comel je Syukri Yahya.. hahaha.. Eh suami orang la. Tapi boleh tahu kan kenapa aku tengok cerita tu? Semua sebab Syukri Yahya.. Haha.. 

Ok, meyh nak kongsi sikit sinopsis drama ni. Hehehe

Sinopsis. Cik Cinderella dan Encik Tengku


Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku yang bakal ditayangkan Rabu ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri Nuraisha yang sering dipinggirkan oleh ayahnya dan seolah melebihkan kakak tirinya bernama Sha. Sha sangat cemburu dengan Puteri Nuraisha dan sering memantau segala gerak langkahnya. 

Puteri tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan kakak tirinya selepas kematian ibunya.

Puteri Nuraisha mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Ashraf. Ashraf kerap meminjam wang dari Puteri Nuraisha tetapi tidak pernah m
embayarnya semula. Disebabkan itu Puteri Nuraisha semakim rasa semakin bosan dengan sikap lelaki itu.

Suatu hari Puteri Nuraisha bertemu dengan Daniel. Sikap dan raut wajah Daniel, membuatkan Puteri Nuraisha mula terpikat kepadanya. Namun dia berdepan dilema, kerana menurut amanat arwah ibunya, dia perlu berkahwin dengan Ashraf.

Tanpa diketahui oleh Puteri Nuraisha, kakak tirinya Sha turut menjalinkan hubungan sulit dengan Ashraf. Suatu hari ketika segala persiapan perkahwinan telah dibuat, terbongkarlah rahsia antara Sha dan Ashraf dalam satu kejadian yang sangat mengaibkan.

Sanggupkah Puteri Nuraisha meneruskan perkahwinan itu demi memenuhi amanat dari arwah ibunya? Atau dia akan memilih Daniel, lelaki yang sentiasa bersamanya di saat suka dan duka. Apa pula akan terjadi kepada Sha yang telah menjatuhkan maruahnya sendiri hanya kerana seorang lelaki?

Teruskan menonton drama Cik Cinderella dan Encik Tengku setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam untuk mengetahui kesudahannya.

Selamat menonton! Heheh

1 Comment:

Perasan tak sebelum ni aku ada join satu segmen yang dianjurkan om. Fuhh! Macam tak sangka je blog aku ni tersenarai dalam senarai pendek p...

Pemilihan Pencarian Blog Terkemas 2015- Batch 1

10:23 AM Mera Hussain 2 Comments

Perasan tak sebelum ni aku ada join satu segmen yang dianjurkan om. Fuhh! Macam tak sangka je blog aku ni tersenarai dalam senarai pendek pemilihan pencarian blog terkemas 2015. Hahaha..

Sebabnya aku cakap macam tu, kalau korang pergi BW semua peserta yang join segmen om ni diorang punye blog pun banyak yang cun-cun belaka. Huhuhu. Tak sangka pulak terpilih. Mulanya niat nak join atas sebab suka-suka je. Hehe.. Terima kasih om.

Tapi om kata ni baru senarai pendek untuk batch 1. Pemilihan akan diadakan sebanyak 3kali. So, akan ada lagi 2kali pemilihan untuk tahu siapa pemenang yang bakal dapat hadiah misteri daripada om ni. Hehehe..

Ni adalah senarai pendek bagi yang terpilih dalam batch 1.

RRAI NAZILATUL HUSNA BEAUTIFUL OF IMAN PERDU CINTA POKCIK BLOGGER WAWA NIESYA NURFUZIE CIK YAANIE SHEILA INSPIRE XECHALOGY ROS NORDIN IZYAN CINNAMON ITSMELLYA THISISME-38 FADHILAH SOLAH LEYASTORYMORY HANI FADHLINA JOMBERCONTEST IAMSHUE APPLECURNCH MIJABLU SABRINA SA FARANY UMI KASUM BLOG NABIHAH SOLEHAH GIRLZ SYAZA RAIHANAH PRINCESS SOTSKIRT SARAH AMRAN BANG JATT ZAFIRAH ZOLKAPLI BEEHA AZMAN ADNA2029 FAIZ DAIRY JULIA JAMALUDIN INI JARI BERTINTA AIMI SYAHIRAH UNA LILY MIMIN ADAM YAYA CENDANA NAZIHAH PONDOK KECIL FATIHAH ZAINAL IMA HAMDAN SURIA HUHA HUHA THEPHEAA19 LITTLENORLAX DIYA HANUN SEINDAH CERITA NURULSYAHIRAH FYQAH ISMAIL KAU RASA MIMISTORY AZLINDA ALIN MERA HUSSAIN HAFZAN RAUF AZWAR SYUHADA HAFIZ ZULKAFLY SARAH DEE INVISBLE COMOT PINK SYAHRIL LISA QUEBECITY MINI DIARI AI MRMIRULAOFFICIAL UKHTI NINJA SWEETHONEYZZ NORSHAMIMI OFFICIAL SYIQIN NRJAN KARIMAH FADHILAHHANI FIEYDA ADELOVA SITI SORFIENA NUMIGX INSPIRITOFDAYS AKUHAMBA SYAHIDAH FADILAH LIYANAZOLKIBLI NANIENA AMIRAHAZMAN YANZAFLINA MAMA3FARHANAH WANDERLUST RAIZAH HALISA

Berdebar + tak sabar pulak rasa nak tahu sapa bakal jadi pemenang hadiah misteri tu. Huhu... Semoga berjaya untuk semua peserta.. Sama-sama lah kita nantikan pemenang. Hehehe

2 Comment: