Ye!! Akhirnya aku dipertemukan jugak dengan dia yang bernama Shah Indrawan atau dikenali sebagai Tomok. Hehehe Jumaat lepas aku ber...

Akhirnya Kami Dipertemukan!!

4:26 PM Mera Hussain 3 Comments

Ye!! Akhirnya aku dipertemukan jugak dengan dia yang bernama Shah Indrawan atau dikenali sebagai Tomok. Hehehe


Jumaat lepas aku bersama rakan blogger Ben Ashaari baru je dapat tiket percuma dibawah team #tomokianz untuk menonton Juara Parodi yang diadakan dipentas Teater Diraja Shah Alam dan bersiarang secara langsung di Astro Warna dan Mustika HD. 


Haa, cuba tengok ape aku dapat lepas daripada show tu?? Huhu.. Akhirnya aku dapat jugak dipertemukan dengan Tomok! Tomok weyh! Tak tau kenapa teruja sangat. Hahaha.. 

Mungkin pada korang, ,"ek eleh.. tomok je pun". Tapi pada aku sangat berharga pertemuan ni. Aku memang dah lama sangat teringin nak jumpa Tomok ni sebab aku follow dan minat dia sejak dari kecil lagi tau. Sejak lagu sejarah mungkin berulanggg tuu. Hehehe

Tomok ni memang sporting habis. Dia layan fans dia macam kawan-kawan je. Tak sombong langsung. Tengok ni.. Tomok pun dah dapat badge dari KBBA tau. Hehehe


Sebenarnya apa je yang melibatkan Tomok ni aku akan ikut dan support. Hahaha.. Nampak tak dia punya minat sampai macam tu sekali! Hahah

Sepanjang aku tengok JP, perjalanan team #CubaTeka gandingan Tomok dan juga Rahim R2, mereka ni saling melengkapi. Tomok nyanyi memang best! Rahim punya lawak pun menjadi. So, ibarat ada chemistry la antara mereka berdua ni. Huhu.. Aku tak sabar nak tunggu diorang punye show minggu depan yang bertemakan "bantal busuk". Hahahaha 

Ape pun aku pasti vote dan terus support #CubaTeka sampai ke akhir rancangan. Korang kat luar sana pun jangan lupa undi #CubaTeka sebab persembahan diorang tak pernah hampakan penonton.


*p/s: Kalau korang undi #CubaTeka nanti Arrian belanja ayam guring! Hehehe.. gurau je. Haha..

3 Comment:

Drama Tuan Anas Mikael yang sedang hangat dikaca tv siaran astro ria kini bakal mengakhirkan episodnya pada khamis ini. So korang dah tahu...

Drama Baru Astro Ria | TERSUKA TANPA SENGAJA

6:15 AM Mera Hussain 1 Comments

Drama Tuan Anas Mikael yang sedang hangat dikaca tv siaran astro ria kini bakal mengakhirkan episodnya pada khamis ini. So korang dah tahu tak apa drama terbaru yang bakal ganti cerita TAM?? Meh scroll entry ni. Dengar-dengar sedara aku berlakon. Hehehe


Drama terbaru adaptasi dari novel Tersuka Tanpa Sengaja iaitu nukilan Pena Kayu pula diangkat ke skrin TV oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Wahhh... dengarnya drama ini telah dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat-hebat. Mesti best cerita ni.

Kalau nak tahu drama ni juga telah mendapat sentuhan pengarah berkaliber Keoi Haji Khalid. Tak sabar rasanya nak tengok drama romantik komedi ini yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada minggu depan. Korang pun mesti dah tak sabar kan??

Haa,, meh kita usha sikit barisan pelakon dan watak yang dibawa dalam drama ni. Huhu
JUDUL : TERSUKA TANPA SENGAJA
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 7 Disember  2015, Isnin-Khamis jam 10 malam
SIARAN : Astro Ria
NOVELIS: Pena Kayu
SKRIP: Wan Mahani binti Wan Hassan
PENGARAH : Keoi Haji Khalid
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd / Idea Kreatif

PELAKON : Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi

WATAK PELAKON
Amar Baharin - Doktor Syed Arif 
Emma Maembong - Farhah
Amyra Rosli - Katrina
Hafreez Adam - Doktor Armand
Natasha Elyzza - Azrina
Kuza - Datin Khalida
Watie Sadali - Kak Naila
Azri Iskandar - Dato Alias
Ajeera Rosli - Linda


1 Comment:

Hye....Assalamualaikum.... Korang... cuba korang tengok blog aku ni. Ade kelainan tak?? Sape yang selalu blogwalking mesti perasan sesuat...

Yeay!! Dapat Header Baru!

12:44 AM Mera Hussain 12 Comments

Hye....Assalamualaikum....

Korang... cuba korang tengok blog aku ni. Ade kelainan tak?? Sape yang selalu blogwalking mesti perasan sesuatu... Cuba teka ape? Hehehehe

Tu..... cuba tengok kat atas tu.. Haaa.. nampak tak?? Tu header tu..Cantik kan?? Hahahaha... Perasan je!

Ni semua hasil krativiti si miminadam la. aku memang puas hati. Dia ni banyak sangat dah tolong aku cantikkan blog. Memang berkebolehan. Kalau korang pergi tengok blog mimin ni pun memamg cantik!

Tapi dia suka simpan bakat terpendam dia tu. Meh aku tolong bongkar sikit bakat terpendam yang dia ada. Hahahaha

Selain header tu jugak kalau korang perasan template aku ni pun dah berubah. Tapi masih lagi menggunakan template SEO. Kemas dan tersusun kan? 


Kad ni pun aku buat dari mimin. Aku cuma cakap je ape aku nak. Lepastu dia yang design. Pada aku simple tapi cantik. Tak serabut pun. Heheh.. Kalau nakjugak pergi pm dia laju2. Huhu

Alhamdulillah. Thanks min sebab memahami isi hati kawan mu ini. Hehehe. Aku suka sangat template dan header baru ni..  Aku harap lepas ni lebih bersemangat lah aku nak update entry. Hahaha.. K bye.

12 Comment:

Bila perkara macam ni berlaku tentu buat kita dilema dan takut untuk menerima cinta baru,selalunya kaum wanita yang rasa ketakutan ini, seb...

Masih Belum Bersedia Atau Kecewa??

8:36 AM Mera Hussain 1 Comments

Bila perkara macam ni berlaku tentu buat kita dilema dan takut untuk menerima cinta baru,selalunya kaum wanita yang rasa ketakutan ini, sebab taknak hatinya dilukai lagi. Seperti aku???

"Bila aku imbau balik kisah aku dengan dia 3 tahun lepas semuanya indah. Tapi hubungan tu terputus semula 4 bulan yang lalu. Bukan sekali bukan 2kali tapi dh berkali-kali.. Hmmmm"

Memang tak dinafikan kalau kita melalui peristiwa hitam ini, kita akan menyalahkan diri sendiri kerana mengalami kekecewaan dalam perhubungan. Confirm akan keluar ayat "kenapa aku tersalah memilih orang?"Kalaulah aku tahu nak jadi macam ni,serius aku tak nak bercinta!!"

Hakikatnya, kecewa itu sebenarnya sesuatu yang perit dan sukar untuk diterima lebih-lebih lagi orang yang kita pernah sayang. Sayang yang terlampau. 

Hati kita ni kalau kita didik untuk rindu dan sayang pada seseorang tu lama lama ianya akan jadi terbiasa. Sebab tu kita perlu move on supaya kita tak terlalu kenang peristiwa lepas. 


Sebenarnya mudah je nak atasi perasaan tu... Cuba kita buka minda dan terima hakikat bahawa dia bukanlah jodoh untuk kita. Berusaha mencari kebahagiaan yang kita selalu impikan. Aku tahu.. susahkan? Sebab aku pun alami benda yang sama. Huhuhu..

Ramai yang cakap, jangan jadikan kekecewaan yang lalu tu sebagai alasan untuk kita menolak orang yang ingin mengisi ruang hati kita.. Kita kena bagi peluang pada orang lain yang ikhlas untuk terus bercinta dengan kita.

Ya, memang betul.. Tapi bukan semudah tu kita boleh bagi hati dan perasaan kita pada seseorang tu walaupun dia suka pada kita kan??? 


Tapi sampai bila aku nak terus macam ni? Sampai bila aku nak marah pada lelaki? Sampai bila aku nak tutup pintu hati aku?

Aku sedar.... Walaupun kita pernah dikecewakan, disebalik yang berlaku aku pasti ada hikmahnya yang tersendiri dan kita perlu fikir bahawa semua insan di dunia ini mampu untuk memiliki kehidupan yang bahagia. Semuanya telah diaturkan oleh Allah, hanya kita yang perlu berusaha kearah itu. 


*Moga aku dipertemukan dengan insan yang betul-betul ikhlas pada aku... bersediakah aku??? Huhuhu

1 Comment:

Ramai yang tak tahu kan tentang perkara ni. Selalu orang amalkan makanan dan minuman supaya dapat elakkan rasa senggugut bila datang bulan....

Minuman Selepas Period??

6:49 AM Mera Hussain 0 Comments

Ramai yang tak tahu kan tentang perkara ni. Selalu orang amalkan makanan dan minuman supaya dapat elakkan rasa senggugut bila datang bulan. Sebenarnya, ada jugak minuman untuk selepas datang bulan. Hehehehe. 

"dah 3bulan amal minum ni . mmang bdan rasa ringan , sendawa besar . bau badan pun berkurang . rasa sihat je. aku mmang suka amal benda mcm ni lbeh percaya cara lama dri ubat2 kalau libatkan dalaman ."

Emm, Sebenarnya aku dapat info ni dari rakan whatssap dan aku sendiri baru tau. Hehehe.. Meyh nak kongsi tips dia. Macam berkesan je kan? Huhuhu

MINUMAN SELEPAS PERIOD

Bahan-bahan:-

1 ulas Halia ( besar ibu jari )
1 ulas kunyit (besar ibu jari)
2 batang serai
2 helai daun pandan
Madu / gula batu (ikut rasa)
3 cawan air

Sekiranya mengalami masalah keputihan, boleh jugak tambah daun sireh 2helai.

Selain tu jugak boleh tambahkan 1 biji manjakani untuk merapatkan bahagian bawah. Yang ni untuk anak dara tak digalakkan buat ye. Hehehe.

Cara-cara membuat:-
- Basuh bahan-bahan diatas dan hiris bahan tersebut.
- Rebuskan semua bahan tersebut dari 3 cawan air hingga menjadi 1 cawan air.
- Selepas air dah kering menjadi 1 cawan, tutupkan api dan minum ketika suam ( tak perlu di blend )

Kelebihan air ini:-
-menbersihkan rahim selepas period
-mengeluarkan angin
-anti kanser
-memecahkan lemak2
-mengurangkan masalah bau badan
-masalah kemaluan berbau.

Air ni seeloknya diminum sebulan sekali selepas period . Sebabnya penggunaan manjakani, sireh  , kunyit yg berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dalam erti kata lain juga boleh cepat monopous. Ianya macam ubat lain jugak kalau kita amik berlebihan nanti ade kesan lain pulak kan? So, minum sebulan sekali je after haid. Hehehe

Air ni sesuai diminum oleh anak dara, mak dara dan juga ibu yang menyusukan bayi ( ikut kesesuaian bayi ). Untuk ibu mengandung TAK disarankan minum.

SELAMAT MENCUBAAAA!! Hihiks.

0 Comment:

Happy Birthday Meraaaa!!! Eh, birthday semalam laa bukan hari ni... dah lepas sehari dah pun... Hehehee.. Cuba teka nie hari lahir yan...

Terima Kasih Semua..

5:53 AM Mera Hussain 3 Comments

Happy Birthday Meraaaa!!!

Eh, birthday semalam laa bukan hari ni... dah lepas sehari dah pun... Hehehee.. Cuba teka nie hari lahir yang ke berapa untuk aku?? Walaubagaimana pun aku kira, eh masih muda lagi laa. Hahaha

Entry kali ni takde ape pun sebenarnya... Cuma nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish birthday aku dari semalam. Sampai la hari ni masih ade lagi yang wish birthday aku walaupun dah lepas sehari. Huhu terharunye...





Ni sebahagian daripada ucapan-ucapan dari family dan kawan-kawan. Hehee..

Terima kasih lagi sekali aku ucapkan pada korang semua yang wish dan doakan. Terima kasih atas peringatan tarikh bermakna aku nie walaupun aku tahu fb yang bagi reminder birthday aku ni pada korang. Hahaha.. Semoga Allah je yang dapat balas doa-doa kalian. Aamiin. 

Yeayyy!! I'm officialy 23. Hihi..

3 Comment:

Hye.... Assalamualaikum.. Perasan tak sekarang banyak dah produk-produk nak kurus langsing kat pasaran. Semua orang nak kurus dan langs...

Juzfit Merialisasikan Impian Anda!!

6:02 PM Mera Hussain 5 Comments

Hye.... Assalamualaikum..

Perasan tak sekarang banyak dah produk-produk nak kurus langsing kat pasaran. Semua orang nak kurus dan langsing kan. Tapi kalau ambil banyak produk kurus tapi pemakanan kita tak jaga pun tak boleh jugak kan? Hehehe


Hari ni aku nak share dengan korang tentang produk Juzfit ni. JUZFIT merupakan formulasi terbaik dengan  gabungan 7 estrak buah-buahan semulajadi serta makanan sunnah untuk diet yang sihat. Aku bukan saje-saje nak cakap kosong. Tapi bagi aku Juzfit ni memang bagus. Ianya bukan minuman untuk orang kurus je.. Orang yang memang-memang dah kurus pun boleh minum Juzfit ni. Hehehe


Memang aku dah alaminya sendiri. Sejak berapa hari aku amalkan makan Juzfit ni sejujurnya aku cakap aku rasa bertenaga dan tak mudah lapar. Selalunya bila aku dah ambil sarapan aku akan rasa lapar lagi selepas 3 atau 4 jam kemudian. Tetapi sejak aku amalkan Juzfit ni setiap pagi aku tak rasa lapar sangat. Rasa mengantuk nak buat kerja pun kurang.



Selain tu jugak, untuk wanita-wanita kat luar sana, kalau korang nak tahu Juzfit ni juga boleh membantu muka sentiasa nampak segar dan tidak kusam. So, korang takde laa nampak lesu tak bermaya je sepanjang hari kan. Nak buat kerja pun nanti takde mood. Huhu


JUZFIT ni membantu:-

.Membakar lemak 200% lebih effektif
.Mengawal selera makan dan anda akan merasa tidak selalu lapar
.Menambah tenaga anda
.Membaiki sistem pencernaan (lawas)
.Meningkatkan imunisasi badan
.Sebagai anti oksidan dan mengoptimalkan proses detox.
Cara pengambilan Juzfit ni sangat mudah. Tak perlu bancuh pun. Hanya ambil 2 sudu sehari pagi dan malam. Yang paling PENTING Juzfit ni tiada kesan sampingan pun dan ianya DIJAMIN HALAL! 

Menarik tak???Jangan tunggu lama-lam nak dapat tubuh menawan menjadi kenyataan dengan juzfit jus terlajak menawan gitew! Haaa, jom pakai mai beli.


Facebook : JuzFit
Instagram : juzfitofficial



Ataupun boleh hubungi JuzFit :
0166606890 / 016-6656490



5 Comment:

Aku ni bukan lah seorang penggemar kambing golek ke kambing bakar ke kari kambing ke.. Sebenarya aku tak makan pun ape-ape yang berasaskan ...

Cerita Kambing di Anggerik Mall??

7:03 AM Mera Hussain 6 Comments

Aku ni bukan lah seorang penggemar kambing golek ke kambing bakar ke kari kambing ke.. Sebenarya aku tak makan pun ape-ape yang berasaskan kambing. Hahaha..

Tapi disebabkan semalam aku pergi food review dengan team Kelab Blogger Ben Ashaari kat Cafe Cerita Kambing baru aku tahu yang kambing ni sedap! Meyh usha sikit makanan yang owner Restoran ni hidang untuk kami.





Ini adalah salah sebuah menu yang dihidangkan pada kami semalam iaitu nasi beriyani. sedap wooo! Jilat jari! Hahaha..



Haa, nampak tak ada laksa johor dan mee jawa tu? Confirm-confirm la tau kan owner nie orang Johor. Hehehe




Sebenarnya, restoran ni baru sahaja beroperasi awal tahun ni. Tetapi sambutan sangat menggalakkan setiap hari. Restoran ni menyediakan pelbagai juadah berlaukkan kambing sinonim dengan nama cafenya iaitu Cafe Cerita Kambing.


Untuk pengetahuan korang yang ada perancangan nak buat aqiqah ke, majlis tunang ke, majlis kahwin dan lain-lain lah kan, Chef Zakaria juga menyediakan perkhidmatan katering. Kadar yang dikenakan untuk majlis akikah dalam lingkungan RM1200 je untuk seekor kambing. Dah siap masak ok. Korang tinggal makan je. Hehehe.

Haa, ada info menarik untuk korang ni!! Cuba tengok gambar kat bawah ni.

Kepada pencinta kambing, pencinta makanan semua haa, pakat mai datang bawak mak ayah, anak-anak, kawan-kawan, jiran tertangga, saudara mara, pakcik makcik semua lah meriahkan lagi pesta makanan ni di Anggerik Mall Shah Alam. Jangan lepaskan peluang yang ada...Makan la korang sampai kenyang! Huhuhu

6 Comment:

Macam dah lame tak join segmen. Hehehe..Jom korang, kita join segmen dengan Cik Yanie nie. Sambil-sambil tu boleh tambah kawan dan follow...

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

2:24 AM Mera Hussain 7 Comments

Macam dah lame tak join segmen. Hehehe..Jom korang, kita join segmen dengan Cik Yanie nie. Sambil-sambil tu boleh tambah kawan dan followers blog. Syarat-syarat yang Cik Yanie buat pun tak susah. Hehehehe...

7 Comment:

Hye... Asaalamualaikum.. Pernah tak korang terfikir macam mana cara nak tingkatkan harga diri anak tu sejak kecil lagi? So, hari ni...

Cara-cara Meningkatkan Harga Diri Anak!

6:02 PM Mera Hussain 0 Comments

Hye... Asaalamualaikum..

Pernah tak korang terfikir macam mana cara nak tingkatkan harga diri anak tu sejak kecil lagi?

So, hari ni mera nak kongsi sikit tips cara-cara meningkatkan harga diri anak-anak.

14 cara meningkatkan harga diri anak.

1. Beritahu anak yang anda sayangkan dia sekurang-kurangnya sekali sehari.
2. Biarkan mereka buat salah supaya mereka tahu itu adalah satu kesilapan.
3. Gelak sekiranya anak anda sedang membuat lawak walaupun ianya tak kelakar.
4. Puji setiap usaha yang mereka lakukan.
5. Ambil gambar anak anda setiap tahun sehingga dia mula masuk ke sekolah. Tengok semula bagaimana dia membesar begitu cepat. 
6. Pengaruhi anak supaya bertanya dan cari jawapan bersama-sama anda.
7. Ajar anak anda daripada 'tak boleh' buat kepada 'boleh' buat. Dengan itu dia akan belajar sesuatu yang baru.
8. Sebagai ibubapa elakkan daripada mengatakan 'kan mama/papa dah kata'.
9. Beri perhatian pada anak anda dengan tunjuk baik dan pastikan ucap 'terima kasih' kepada mereka.
10. Ajar anak anda letakkan gambar dan ceritakan tentang apa yang dia harapkan pada masa akan datang.
11. Jangan biarkan anak anda masuk tidur dengan perasaan marah pada ibu bapa atau apa yang ibubapa marahkan pada dia.
12. Biarkan anak anda menangis sekiranya dia perlu menangis kerana dia masih kanak-kanak.
13. Jangan sesekali bawa kerja pejabat balik ke rumah. Lukis garis imaginasi antara pejabat dan rumah.
14. Bawa gambar anak anda bersama kemana sahaja anda pergi.


0 Comment:

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan ca...

Keputusan UPSR 2015!!

6:00 PM Mera Hussain 4 Comments

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini meningkat sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.29 mata tahun lalu kepada 2.27 mata GPN tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata peratusan pelajar mencapai semua A menyaksikan peningkatan sebanyak 0.76 peratus tahun ini iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus tahun ini.

"Ia membabitkan seramai 38,344 pelajar tahun ini berbanding 36,304 tahun lalu," katanya.

Wahhh!! TAHNIAHH kepada adik-adik yang yang mendapat keputusan terbaik dalam UPSR! Yang kurang berjaya jangan oatah semangat. Teruskan usaha lagi ye. Semoga terus berjaya. Hehehehe

sumber: www.bharian.com.my/node/97643?m=1

4 Comment:

Ramai yang menganggap kerja tu sebagai satu bebanan bagi diri mereka. Yelah, macam mana tak terbebannya kan kalau kerja yang korang buat...

Sebab Kerja Menjadi Satu Bebanan??

4:56 PM Mera Hussain 1 Comments


Ramai yang menganggap kerja tu sebagai satu bebanan bagi diri mereka. Yelah, macam mana tak terbebannya kan kalau kerja yang korang buat tu banyak, susah atau tak familiar dengan tugasan yang diberi.. Memang boleh datang stresss wooo!!

Ada sesetengah pihak pulak kata bebanan kerja tu timbul bila kerja yang dibuat tu tak kena dengan cita rasa ataupun tak kena dengan bidang/skill yang korang ada. Memang lah.. Yang hangpa pi mintak kerja tak kena dengan kelulusan tu pasaipa. Cari nahas lah. Adoiii!! Ok, aku tak salahkan rezeki. Rezeki dah Allah bagi kan takan nak tolak. Huhuhu

Yang sebenarnya aku pun kadangkala terasa bebanan kerja jugak. Hari-hari dok menghadap kerja yang banyak dan tak pernah settle tu kan. So stress dia kadang lain macam jugak wooo.


So, aku pun cuba la google search punca-punca kita terbeban dengan kerja, macam mana nak elakkan stress tempat kerja dan sewaktu dengannya lah kan.... So, ini laa antara beberapa penyebab kenapa kerja kita ni boleh jadi satu bebanan:-

1. Rasa bosan dengan kerja/tugasan.
- Tahu tak macam mane nak tahu korang bosan dengan kerja tu? Korang dok asyik la angkat turun kepala tengok jam dan akan rasa masa tu lambat sangat berjalan dan tak sabar nak tunggu waktu balik. 

2. Rasa tak semangat nak buat kerja.
- Bila korang rasa tak semangat so automatik korang takkan boleh capai matlamat pada hari tersebut. Yang ni aku pun pernah rasa. Bukan sekali dua. Banyak kalai haih. Hahaha. Lagi-lagi bila stress menggila datang. Terus nampak bantal. Hahaha

3. Mengasingkan diri.
- Ofcourse bila korang dah bosan denga kerja yang tak jalan-jalan, kepala pun dah tingtong tahap gaban...rasa nak bercakap denga kawan-kawan kat meja sebelah pun takde mood kan? Automatik jadi pendiam terus. Itu pun aku pernah rasa tu. Tapi bila nampak makanaan mood ku akan datang balik. Eh??? Hahahaha

4. Stress.
- Stress ni sape je yang tak pernah alami kan? Semua orang kat dunia nie pernah rasa. Tapi stress dalam kerja ni korang akan rasa bila adanya gangguan-gangguan yang tak diundang tu datang. Contoh seperti sakit kepala tahap maksimum, period pain, perut memulas, rasa lesu dan sebagainya.

5. Persekitaran tempat kerja.
- Persekitaran yang tak best dalam office pun jadi salah satu punca jugak korang rasa bebanan pada kerja. Lagi teruk kalau ade kiah propa dalam department korang. Hah! Tu bukan setakat bebanan kerja je. Semua terbeban! Hahaha. Nasib baik tempat kerja aku takde kiah propa. Hehehe

Tak dinafikan, dalam kalangan kita even yang bekerja dalam bidang yang kita suka pun mesti ada jugak rasa seperti diatas kan??? Eleh tipu lettuw takde. Hehehe

So, bila berlaku perkara macam tu jangan la korang biarkan. Tak pasal-pasal kena jerkah dengan bos rosak reputasi wey.. Kena bertindak sesuatu.. Meh, aku kongsi tips. Hehe

1. Bila rasa bosan try buat kerja yang berbeza.

2. Kalau rasa tak semangat pergi pantry buat kopi pekat-pekat! Haha. 

3. Try motivasikan diri dan mengangap kerja sebagai satu ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai.

4. Kalau rasa tak boleh tumpu pada kerja try curi sedikit masa berborak dengan rakan untuk hilangkan rasa tekanan. 

5. Sekiranya korang dah stress tahap maksimum dengan kerja tu, tukar je la syarikat lain.  Cari syarikat/ kerja yang boleh gembirakan diri sendiri. 

6. Pastikan meja kerja tersusun dengan rapi supaya tidak terasa serabut ketika buat kerja.


Haa,, ini je lah yang dapat aku kongsikan. Harap-harap membantu jugak lah pada korang dan pada diri aku. Ingat... Kipidap! Dongibap! Hehehe

1 Comment:

Beberapa bulan lalu, kakak aku ada laa belikan satu set pembelajaran bahasa inggeris untuk anak dia. Pernah dengar tak nama GLORIER ENGLISH...

Set Belajar Bahasa Inggeris Untuk Kanak-kanak

8:42 AM Mera Hussain 3 Comments

Beberapa bulan lalu, kakak aku ada laa belikan satu set pembelajaran bahasa inggeris untuk anak dia. Pernah dengar tak nama GLORIER ENGLISH LEARNING. Brand ni agak famous jugak dekat Malaysia.


Grolier english learning ni menawarkan program pembelajaran bahasa Ingeris menggunakan Reading Pen yang mendorong kanak-kanak meningkatkan kelancaran bertutur dalam bahasa Inggeris. Emm, bagus jugak benda ni. Mak pak pun dalam masa yang sama boleh jugak belajar sama-sama sambil-sambil ajar anak tu kan. Mane tahu boleh tingkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris  tu... Ye dakk??? Hehehe..



Set buku ni banyak tau.. Aku tengok pun dah macam buku budak sekolah. Hahah.. Tapi yang bagusnya buku ni boleh guna sampai anak-anak umur 10 tahun. Ok meh scroll lagi nak tahu lebih lagi tentang set grolier nie. Hihihi..



Talking English ni ada 2 set iaitu  talking story book dan talking english book.

Talking Story Book
Talking English Book
Total 2set buku ni je dah 60 buah. Belum campur yang lain lagi. Hahah.. Buat masa ni aku tengok anak buah aku Arissa memang minat dengan buku-buku ni. Bila aku ajar dia, cepat je dia absorb dan dia akan ikut apa yang pen tu kata. Cakap apple pun ikut slank kau sekarang. Haha..

Talking English Level 1
Selain tu ada jugak buku-buku mini encyclopedia yang mana membantu anak-anak belajar tentang ilmu Sains . Seronok tau buku ni sebab dalam buku ni anak-anak akan tahu banyak tentang haiwan, alam semulajadi, bumi. Anak buah aku dia paling suka bila tengok buku cats and birds. Sebab banyak gambar jenis kucing dan jenis-jenis burung. Kadang-kadang aku sendiri yang ikut tertarik baca bila ajar anak buah aku. Huhuhu..


Fun Thinking pula buku yang mengajar anak tentang kemahiran berfikir. Dah nama pun thinking kan so tentu-tentu lah buku nie uji minda anak-anak kan. Hehe..



Buku ni jugak ajar anak untuk mengenal warna, bentuk dan nombor. Pada masa yang sama boleh ajar dia susun ikut bentuk, warna atau nombor. Banyak fungsi permainan ni rupanya.. Huhuhu

Sampai sekarang aku belun habis study lagi macam mana nak main benda merah tu sebab dia ada kaitan dengan semua buku-buku yang dia bagi tu. Sebab tu dia bagi buku parenting guide tu sekali supaya parent dapat ajar anak cara nak main benda tu. Hehee

Haa,, banyakkan buku dia? Aku dah cakap. Memang kalah buku budak sekolah rendah. Haha.. Untuk permulaan macam anak buah aku yang umur baru 2tahun dia masih belajar buku level 1 untuk dia kenal ABC dan benda. Alhamdulillah dia boleh absorb cepat.

Sebenarnya harga dia pun memang agak mahal dalam RM2k macam tu. Tapi aku rasa berbaloi jugak sebab buku nie boleh diguna pakai sampai anak besar. Apa salahnya kalau melabur sedikit untuk benda yang berguna dak? Hehe.. Tapi sebenarnya buku ni kita boleh buat bayaran ansuran dengan pihak grolier. Yang paling best masa kakak aku beli set buku ni siap dapat rak buku sekali kau. Haaa, kemahen sangat anak buah aku. Kecik-kecik buku dah satu rak!. Hehehe


Dapat buku Marvel ni percuma. Kalau dekat kedai buku memang mahal buku ni.
Kenapa aku kata set buku-buku ni bagus sebabnya jelas sekali kanak-kanak sekarang membesar dengan gadjet seperti tablet, ipad, mini tablet dan pebagai lagi jenis gadjet kat luar sana yang mampu mempengaruhi minda diorang. Tapi sesekali kena juga bagi dia pegang buku supaya tak terlalu leka dengan gadjet. Atleast bila dia belajar dengan buku wujud budaya membaca pada diri dia kan. Pendapat aku lah. Huhuhu..

Haa, selain tu.. korang juga boleh klik sini untuk mengetahui dan mempelajari bahasa inggeris dengan lebih mendalam lagi. Ini pun salah satu website yang boleh dijadikan sebagai satu rujukan.

3 Comment:

Hye... Assalamualaikum.. Haa,, sape kat sini fans ke follower tegar ke or crush MatLutfi?? Haaa baik ngaku cepat! Hehehe.. MatLutf...

Buku ke-2 keluaran Matlutfi!!

6:47 AM Mera Hussain 3 Comments

Hye... Assalamualaikum..


Haa,, sape kat sini fans ke follower tegar ke or crush MatLutfi?? Haaa baik ngaku cepat! Hehehe..

MatLutfi.... sape yang tak kenal dengan dia ni kan yang famous dengan video-video kelakar dekat youtube. Hehe.. Aku ni dulu suka tengok video dia. Dah la handsome. Ofcourse pujaan ramai gadis kat luar sana termasuk aku. Aww!! K gatai!. Hahaha

Ini yang aku nak bagitahu sebenarnya. Hehe.. Matlutfi bakal keluarkan buku hasil nukilan dia yg kedua ni tak lama lagi tau!!.  Jeng jeng jeng!!! Bila?? Emmm.. mungkin ramai yang dah tahu dan ada yang tak tahu. Tape.. Nak bagitahu jugak. Hehehe

Selepas buku Catatan Matlutfi keluaran pertamanya yang mendapat sambutan ramai pembaca kini Matlutfi bakal keluarkan buku keduanya yang bakal diterbitkan pada 27 November 2015 ni tau. 

Haa,,confirm laris macam goreng pisang panas. Tengok la masa buku pertama dia laris macam mana kan? Haaa... Sampai aku nak beli pun asyik takde je. Puas semua kedai aku serbu. Hahaha

Haa korang yang peminat setia Matlutfi mesti tak sabar nak beli kan. Ofcourse la aku pun tak sabar! Siap dah buat pre order ok untuk dapatkan buku ni. Heheheh

Tahu tak macam mana nak dapatkan buku ni? Korang boleh cari lorongbuku atau hubungi :-

Nuzuliftitah Bin Abdul Hafizz:
Email: lorongbuku@yahoo.com
HP : 017-9018449
Harga buku:
 RM33 - Semenanjung
RM35 - SS

Untuk pengetahuan korang, buku ni limited tau. Yang order dan buat bayaran awal je yang akan dapat buku ni. Hehehee.. Apa lagi?? Jom la support buku anak tempatan! Hehehe

3 Comment: