[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join ] Hadiah : RM50 Cash x 10 pemenang Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November...

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

9:35 AM Mera Hussain 5 Comments

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


5 Comment:

Kalau ada yang tanya pada aku apa jenama  fesyen kegemaran aku, pastinya aku akan terus jawab ‘F.O.S’! Mengapa? Sebabnya aku dah jatuh ci...

F.O.S Jenama Fesyen Terkenal- Zalora

6:29 PM Mera Hussain 4 Comments

Kalau ada yang tanya pada aku apa jenama fesyen kegemaran aku, pastinya aku akan terus jawab ‘F.O.S’! Mengapa?

Sebabnya aku dah jatuh cinta dengan jenama fesyen ini. Jenama fesyen terkenal ni dah jadi pilihan ramai fashionista sebab koleksi yang diketengahkan olehnya. Cuba tengok gambar-gambar ni.

Pakaian wanita 

pakaian lelaki 

Ianya mempunyai sifat yang cukup dinamik, mengikuti perubahan trend semasa dengan melahirkan pelbagai koleksi pakaian terkini untuk lelaki dan wanita bersama pilihan yang cukup meluas. F.O.S ni dah jadi antara jenama fesyen yang terkenal jugak la di Malaysia. aku yakin, mesti ramai pengguna yang suka dengan tren dan pakaian dari FOS ni. Hehehe

Ianya menampilkan koleksi pakaian murah Malaysia yang menjadi kegilaan ramai pencinta fesyen terutamanya dalam kalangan yang lebih muda dan remaja. 

Produk FOS Malaysia ni diperbuat daripada fabrik dan bahan bermutu yang sangat selesa untuk digayakan sepanjang hari walau ke mana sahaja. 


Seiring dengan penggunaan teknologi moden sekarang, industri fesyen dah terima sedikit tempias dengan peluang memasarkan produk mereka menembusi alam maya. tengok lah sekarang, memang banyak online shop. kadang-kadang sampai jadi rambang mata macam kita pergi shopping mall. Huhuhu.

Penggunaan internet yang semakin rancak telah melahirkan idea untuk industri ini tidak lagi bersandarkan ‘brick and mortar store’ semata-mata untuk meluaskan produk fesyen. Selain tu kita juga boleh beli baju FOS online dengan harga yang sangat berpatutan. Tak payah keluarkan belanja yang banyak. 

Ini la yang membuatkan kenapa FOS ni diantara yang menjadi jenama fesyen kegemaran aku! Bukan sahaja trendy tapi senang nak beli. Semuanya ada di Zalora!. Hehehe

4 Comment:

Dah habis seminggu baru ada kesempatan nak update entry ni. Hehehe. Maaflah. Sibuk sangat lately ni. Ok ok, jom scroll. Agak panjang sediki...

Part I-Cuti-cuti di Sabah

5:19 PM Mera Hussain 10 Comments

Dah habis seminggu baru ada kesempatan nak update entry ni. Hehehe. Maaflah. Sibuk sangat lately ni. Ok ok, jom scroll. Agak panjang sedikit. Jangan jemu baca ye. Hehehe

Minggu lepas aku baru balik pergi bercuti di Semporna, Sabah. Alhamdulillah aku pergi dan balik dengan selamat. Hihi.. Percutian kali ni aku pergi bersama 3 orang lagi kawan aku iaitu emma, eryn dan elyn. Pergi dengan diorang memang best gila. Semua kepala weng!. Hahaha

Hari pertama aku sampai kat Sabah dah petang. Jadi takde aktiviti apa pun yang kitorang buat. Sampai di Semporna aku check in hotel dan terus pergi cari makanan sebab masing-masing dah kelaparan tak makan dari pagi. Hehehe.. Lepas makan kitorang balik hotel dan rehat untuk mulakan aktiviti pada hari kedua. Tak sabarrrr!!!!

Keesokan pagi, kami bangun awal pagi untuk bersiap pergi ke Taman Marin Tun Dakaran (TMTS) untuk misi mendaki di pulau bohey dulang. Ini adalah salah satu misi juga kenapa kami memilih tempat percutian kami di Semporna. Mostly yang datang ke sini memang akan suggest untuk ke sini sebab katanya pemandangannya cantik sangat. So, bila aku google pun tak dinafikan memang cantik pulau bohey dulang ni. Dengan itu aku tak sabar nak lihat dengan mata kepala aku sendiri! Woohoooo... Hehehe


Jam 8.20pagi macam tu kitorang dah siap-siap dengan baju mandi sekali.
Hehe excited nak snorkeling. Huhuhu.. Disebabkan kitorang bermalam di City Inn agak jauh sedikit kitorang berjalan kaki dari hotel untuk sampai ke jetty.

Jam 8.30 pagi kitorang dah berada di Jetty. Boat pun dah sedia menunggu kitorang rupanya. Hehehe.. Aaarghhh!!!! Aku dah rasa tak sabar sangat! Nak hiking, nak snap gambar banyak-banyak nak selfie. Arghhh!!! Tak sabar tak sabar! Oppss terover pulak. Hihi

Perjalanan dari jetty Semporna ke Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) ni mengambil masa lebih kurang dalam 2jam. Jauhnya ibarat Melaka ke Kuala Lumpur. Kau rasa?? Penat jugak duduk dalam bot lama-lama. Sakit punggung weyh. Hahah. Hampir dua jam kemudian kami pun sampai ke Pulau bohey dulang. Subhanallah!!! Memang cantik!


Ikhsan google
Terpegun aku tengok bukit ibarat gunung ganang, kecantikan air laut dengan coral yang banyak kat permukaan laut. Wooowwwwww!!

Sebelum memulakan pendakian kitorang diminta untuk mendaftar nama terlebih dahulu. Ini bertujuan supaya sekiranya ada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pihak polis yang bertugas disitu dapat mengenlpasti identiti pelancong tersebut.

Sebelum tu kitorang berkumpul dan diberi sedikit penerangan sebelum naik ke bukit. Kitorang adalah team terawal sampai untuk naik keatas dan dalam trip kitorang ni ada 3orang pelancong dari China turut sama dalam trip pertama ni. Masa briefing kitorang diberitahu bahawa di sepanjang pendakian ini, jangan menjerit sekiranya terjumpa dengan ulat gonggok, ular tedung dan ular kapak. Bunyi dah seram!


Masing-masing tunjuk muka dah tak sabar nak daki.  Sebelum tu, sape nak pergi tandas dipersilakan sebab sepanjang pendakian takde tandas mahupun RnR tau. Hehehe. So, ape tunggu lagi?? Semua orang dah ready… Jom mendaki!!!

Sewaktu nak naik bukit tu abang renjer ni bagitahu ketingginya bukit ni dalam 300 meter, tapi untuk kita jalan naik ke atas lebih kurang 600 meter. Aku tanye pada abang ranjer tu "lama tak nak sampai puncak??" Dia jawab "kebiasaannya lebih kurang 45 minit dah boleh sampai puncak…tapi kita lakukan ikut kemampuan, jangan terkejar-kejar untuk sampai ke atas. Kalau lambat dan mahu stop kita tunggu..".


100m perjalanan aku dah terasa penat dan keluar peluh. Hehehe. Sebabnya jalan ni curam dan memerlukan banyak tenaga untuk daki bukit ni. Memang memerlukan mental dan fizikal yang kuat untuk mendaki. Huhuhu

Setelah 200meter pendakian, kitorang hanya tinggal berlima. Salah seorang daripada kitorang dah turun ke bawah semula sebab dah tak larat nak teruskan pendakian. Fuhhh~

Sementara tu kitorang minta abang ranjer berhenti sekejap untuk rehat. Dada aku dah tercungap-cungap kepenatan. Sama seperti kawan-kawan yang lain. Tapi kawan aku sorang ni rileks je lagi. Macam tak penat pulak. Aku siap berhenti makan sekejap sampai abang rajer kata first time jumpa orang macam aku berhenti nak makan lagi masa mendaki. Hahahahaha...

Abang ranjer tu cakap dalam kawasan 200m ni pokok terlalu banyak dan rapat-rapat. Jadi oksigen kurang so kita kena cepat sikit sampai ke area 300m. Fuhhh memang penat!! Ada lagi 400meter ok! Nampak macam dekat tapi sepanjang pendakian jalan curam! Dalam hati aku larat ke ni nak sampai... Ok, jom teruskan..


Hampir 400meter pendakian, aku rasa pening dan tak larat dah dan aku muntah akhirnya. Kawan aku pun nampak sama tak larat jugak. So, kitorang rehat lagi 5minit. Dalam hati aku cakap bila laa nak sampai ni. Aku dah penattt! Hahah

5minit kemudian kitorang tetap gagahkan diri untuk sampai ke puncak tak kira apa pun jadi! Hehehe. Lagi 200meter pendakian jalan dah tak curam dah dan 15minit kemudian kitorang pun sampai ke puncak! Yeay!!


Subhanallah!! Cantiknya pulau ni.

Haaa, cantik sangat kan bohey dulang ni. Tak sia-sia tau bertahan sampai puncak. Kikiki..

Ok, nak kongsi info sikit apa yang aku tahu tentang tempat ni… Taman Marin Tun Sakaran, yang mana dikenali sebagai Semporna Island Park,  yang terdiri dari 8 buah pulau— Bohey Dulang, Bodgaya, Sebangkat, Selakan, Mantabuan, Sibuan, Maiga, dan Church Reef dan Kapikan Reef. Pulau Bohey Dulang dan Pulau Bodhgaya adalah sisa-sisa gunung berapi pupus manakala Sebangkat dan Selakan ialah dua pulau-pulau berlandaskan bukit batu kapur.

Selepas 30minit kat atas ni, kitorang pun turun semula untuk pergi snorkeling di Pulau Sibuan.

Sebelum tinggalkan pulau bohey dulang, kitorang ambil sedikit masa untuk meninjau sekitar Taman Marin Tun Sakaran.


Lepas dah puas pusing semua tempat kitorang terus naik boat pergi snorkeling di Pulau Sibuan.  Kebanyakannya cakap Sibuan paling cantik untuk snorkeling. Banyak coral kat sana. Perjalanan ambil masa dalam 15minit. Tak jauh pun dari Pulau bohey dulang.


Pulau Sibuan ni kecil je dan pulau dijaga oleh beberapa orang askar. Perkampungan kat sini pun tak besar dan penduduk pun tak ramai. Ada beberapa buah rumah je kat sini.

Dari jauh aku boleh nampak ramai yang snorkeling dan diving kat sini. Tengok cuaca baik. Memang hitam lah aku lepas ni.. snorkeling tengah-tengah panas. Hahaha.

Sebelum snorkeling kitorang dibawa ke pondok untuk register nama. Dah settle semua kitorang pun terus merendamkan diri. Hihihih


Dekat sini coral pun kebanyakan ada dekat kawasan air cetek. Jadi kalau nak snorkeling kena cari tempat yang dalam sikit supaya kaki atau badan korang tak luka-luka macam aku akibat terpijak coral-coral yang banyakkat situ. Hahaha sakit woooo...Sorry sebab tak dapat tunjuk gambar coral. Takde gopro nak bawak handphone masuk laut. Huhuhu

Untuk pengetahuan, Pulau Sibuan ni betul-betul bersebelahan dengan Pulau Maiga. Pulau ni kotor dan banyak sampah. Kat sini kitorang takde buat apa pun. Cuma datang amik gambar dan pemandangan kat sini je.

Ikhsan google
Kawasan ni cantik, cuma dicemari dengan sampah sarap macam botol kosong dan plastik makanan yang dibuang orang-orang bajau laut kat sini. Tapi takde la bau busuk ke apa.. Air laut masih terjamin cantik, biru dan tenang je.. Haa.. Kat sini langsung takde ombak macam kat pulau- pukau disemenanjung tau.


Sorry terspam gambar. Hehe.. ni kitorang bergambar depan Pulau Maiga lepas register nama nak snorkeling kat Sibuan. Ta perlu naik bot pun pergi. Jalan kaki dah boleh sampai. Tak sampai 5minit pun. Huhuhu

Selepas puas bersnorkeling kitorang terus balik ke bot untuk pulang semula ke Semporna. Naik je bot tak lama lepastu masing-masing tertidur. Hahaha.. Mungkin sebab dah keletihan daki bukit dan snorkeling. Sampai je di semporna kitorang terus cari makan dan balik ke hotel sebabasa tu mata memang nampak bantal je.Serious penat! Nak rehat untuk keesokan harinya pulak. Hehehe....

Haaa, untuk hari ketiga kitorang pergi ke Mabul pulak. Penat nak taip. Tunggu next entry ok.... hehehehe

10 Comment:

Rasulullah S.A.W bersabda:- "Menyebut-nyebut nikmat Allah merupakan (perbuatan) syukur dan meninggalkannya bererti kufur (ingkar te...

Bersyukur Atas Nikmat Allah-Pengalaman Di Semporna

9:46 PM Mera Hussain 5 Comments

Rasulullah S.A.W bersabda:-
"Menyebut-nyebut nikmat Allah merupakan (perbuatan) syukur dan meninggalkannya bererti kufur (ingkar terhadap nikmat Allah). Barangsiapa tidak mensyukuri nikmat yang sedikit ia tidak pula akan mensyukuri nikmat yang banyak. Dan barangsiapa tidak berterima kasih kepada orang lain ia tidak akan berterima kasih kepada Allah." (HR. Baihaqi)

Bila baca hadith ni teringat aku kisah kanak-kanak bajau. Kali ni entry aku agak tersentuh sedikit. Huhuhu.. Sebabnya aku teringat kisah sewaktu aku bercuti di Semporna Sabah minggu lepas. Agak panjang sedikit cerita ni. Jom baca. Hehehe.

Sejak aku balik dari Sabah minggu lepas banyak pengalaman yang aku dapat dan aku nak ceritakan. Itulah bagusnya travel ni kan. Hehee.. Selain daripada keseronokan, macam-macam perkara yang kita boleh belajar, nampak dan dengar. Walaupun dalam satu negara tapi setiap tempat lain-lain budayanya. Hehehe

Ikhsan google
Di kepulauan tu terdapat banyak perumahan perkampungan orang bajau dan sulu. Sangat daif. Rumah kayu diatas air, condong, kecil tapi mampu dihuni oleh mereka yang berkeluarga besar. Perkampungan mereka tak besar macam kita kat sini. Perkampungan mereka kecil tapi banyak dan jauh  daripada bandar.

Ingat lagi aku sewaktu aku baru sampai di Pekan Semporna, aku dan kawan-kawan aku pergi cari tempat makan kat area hotel aku menginap. Nak makan dalam flight mahal. So terpaksa tahan lapar dari pagi semata nak makan seafood kat sana. Hahaha. Aku dengan kawan-kawan pergi lah jalan cari kedai makan. Hotel aku nak ke kedai makan agak jauh sedikit dalam 15minit jalan kaki.


Sepanjang perjalanan aku dengan mereka nak ke kedai makan, aku nampak orang berniaga ditepi-tepi jalan dan deretan kedai. Dah macam pasar malam pun ada jugak. Kebanyakan mereka menjual ikan dan sayur. Takde sorang pun aku nampak jual ayam. Semua ikan. 

Apa yang berbeza kat sana pasar malam dan pasar pagi mereka berbeza dengan kita disini mahupun di bandar. Kita kat sini berniaga kat bawah payung, siap ada buka lagu-lagu lagi. Tapi mereka? Hanya beralaskan kain ataupun kanvas, bersila atau duduk di bangku dan berniaga. Mereka berniaga sampai waktu malam. Masa aku dalam perjalanan balik ke hotel dalam pukul8.00 malam mereka masih lagi berniaga di tepi-tepi jalan kecil tanpa cahaya lampu! Aku fikir, macam mane lah diorang ni berniaga dalam gelap. Nampak ke???

Mereka kat sini walaupun mereka berniaga takde meja, takde payung, takde lampu tapi kesungguhan mereka dalam mencari rezeki untuk sesuap nasi tu sangat jelas. Mereka bersungguh-sungguh menarik pelanggan untuk beli apa yang mereka jual. Tu aku selluutt. Hehee

Sewaktu di kedai makan aku makan dengan kawan-kawan aku, tib-tiba aku terdengar suara sorang budak lelaki. "Nak.... nak... nak makan.. ". Rupanya ada sorang kanak-kanak bajau datang berdiri dibelakang  aku nak minta makanan.  Aku pandangnya dan aku toleh kembali ke depan. Dengan keadaan yang comot, baju kotor, seluar kotor dan koyak, bibir luka, mata lebam ibarat macam didera.

Mula-mula aku rasa takut. Tapi dia merintih lagi . "Nak makan... lapar... nak... nak.... ". Kali ni rintihan dia buat aku dengan kawan-kawan aku kesian sangat pada diri dia. Aku dengan kawan-kawan berpandangn sesama sendiri dan kitorang decide bagi sebahagian makanan kitorang pada dia. Takpe lah, Allah nak kitorang share rezeki ni dengan orang lain. Dia ambil dan terus bawa lari pergi ke tepi sungai dan makan.

Aku perhati budak tu dari jauh. Umurnya dalam lingkunga 7,8 tahun. Aku nampak cara dia makan memang nampak yang dia tengah kelaparan. Terdetik kat kepala aku, budak-budak umur sebegini keluar malam-malam merayau untuk cari makanan sendiri. Kalau kita la macam tu, mak ayah kita dah risau tak keruan dah anak umur segitu keluar merayau malam-malam. Pada aku la, mungkin dia sendiri faham dengan keadaan kehidupan dia yang mana mak ayah mereka tak mampu nak bagi mereka makan. 

Sebenarnya bukan sorang je. Ramai lagi budak-budak seperti tu kat sana. Dalam hati ni kesian sangat dengan dorang. Kita yang mampu ni kadang-kadang sampai membazir makanan, diorang sampai makan sisa makan orang. Sedih tengok keadaan diorang. Terasa insaf bila kenangkan kehidupan mereka kat sana. Terdetik juga kat hati, kalau usia sekecil ni mampu keluar pergi cari rezeki walau dengan cara macam tu ada sesetengah kita yang berkemampuan ni malas untuk cari rezeki Allah. Sebak hati tiba-tiba.

Ketika aku bermalam di Mabul. Pada waktu petang selepas aku dengan kawan-kawan dah selesai aktiviti, aku pergi masuk ke perkampungan orang bajau dan sulu. Rumah mereka rapat-rapat, jambatan kecil beralaskan papan yang berlubang-lubang. Emm,, besar jugak perkampungan ni.


Disana aku perhatikan budak-budak kecil bermain. Dengar suara mereka ketawa, menjerit dekat bawah jambatan. Bukan main seronok lagi diorang ni. Hahaha..

Aku perhati sekeliling. Air laut! Takde taman permainan, takde gelongsor, takde jongkang-jongkit. Air laut je yang jadi tempat permainan mereka. Air laut! Aku perhati budak-budak tu. Takde ipad kat tangan, takde basikal nak kayuh, nak tengok tv siang hari bekalan elektrik kat sana diputuskan. Yang ada cuma sampan buatan daripada tong air dan pelampung je untuk jadi barang mainan mereka.


Itu yang setiap hari diorang main. Tak pernah jemu. Mereka sendiri faham dengan kedaifan hidup mereka. 

Aku terfikir kalau aku kat tempat mereka? Boleh ke aku jadi seperti mereka? Sedihnyaaaa.......

Bila pandang sekeliling aku lihat banyak nikmat Allah bagi pada kita. Cuma ada dikalangan kita je yang tak tahu bagaimana nak menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah, bila lihat mereka, aku syukur dengan apa yang aku ada sekarang. Emm :-)

5 Comment:

Alhamdulillah my trip begin on this Wednesday InsyaaAllah. This is my 1st trip untuk aku bersama gadis 3E iaitu Emma, Eryn dan Elyn. Sweet ...

Barang Local!!

10:44 AM Mera Hussain 8 Comments

Alhamdulillah my trip begin on this Wednesday InsyaaAllah. This is my 1st trip untuk aku bersama gadis 3E iaitu Emma, Eryn dan Elyn. Sweet kan dorang name semua start E. Aku je tetibe M. Nak tuka jadi E jugak macam pelik pulak panggil Era. Macam tak kena je. Hahaha.

Kalau nak diikutkan lama dah nak travel tapi akibat kekangan masa dan sebab-sebab lain, apa yang dirancang tak menjadi. Alhamdulillah this time rezeki untuk aku. Allah permudahkan. Aamiin..

Tujuan entry kali ni bukan nak cerita tentang trip aku tapi tentang barang yang aku beli untuk bawak pergi travel nanti. Untuk holiday kali ni nak ikutkan banyak barang yang aku nak beli. Maklumlah, 1st time travel. Hahah



Dua barang ni aku beli dengan bajet RM150. Ya, memang murah dan aku kalau boleh nak cari yang lagi murah. Tapi apakan daya ini yang termurah aku jumpa. 
Walaupun murah dan tak original tapi aku yakin barang ni mampu tahan lama sekiranya aku pakai dan jaga dengan baik.

Sebenarnya kalau dibutik Deulter, harga beg ni mencecah ratusan ringgit. Sama seperti kasut New Balance ni jugak. Tapi disebabkan aku ni tak berada aku cari yg murah dan mampu milik walaupun aku tahu ianya local. 

Aku tahu pasti ada yang kata murah, tak berkualiti dan sebagainya. Tapi pada aku, kalau barang tu semurah mana pun tidak original macam mana pun kalau kita pandai jaga dan guna dengan baik pasti jadi tahan lama dan berkualiti pada aku.

Sebenarnya bergantung pada tuan badan atau si pengguna. Kalau barang yang dibeli tu mahal dan berkualiti sekali pun, sekiranya tidak dijaga dengan baik pasti rosak. Sebaiknya selepas digunakan tu terus disimpan supaya barang yang murah tu jadi tahan lama dan berkualiti pada kita.

Sebelum ni banyak je barang local aku pernah pakai. Ada juga yang dah bertahun-tahun aku pakai. Ok je, masih dalam keadaan elok lagi fizikalnya dan memberi khidmat pada aku. Nampak tak?

Kadang-kadang kita ni nak yang berkualiti dan tahan lama tapi tak mampu untuk dapatkan. Original kan, memanglah makan ratus-ratus ribu-ribu. Memang ada kualiti lah. Waranti pun ada. Tapi kalau barang local? Mana ada waranti. Kualiti pn depends pada yang guna. Selagi tak koyak berkualiti lah tu. Hahaha.. Jadi carilah barang yang mampu kita miliki.

Tak salah kalau nak beli barang yang murah tapi jangan takut rosak. Kecuali barangan elektrik lah. Barang elektrik korang jangan lah cari yang local pulak. Nanti asyik rosak je satu hal pulak. Hahaha. Ini cuma pandangan yang aku nak share je. Apa pulak pandangan korang? Kalau ada jom share sama-sama. Hehehe

8 Comment:

Masih ingat lagi tak fenomena nama diana yang jadi viral kononnya banyak membantu jejaka-jejaka kat luar sana sampaikan ramai wanita kat lua...

Siapa Mira??

9:01 AM Mera Hussain 4 Comments

Masih ingat lagi tak fenomena nama diana yang jadi viral kononnya banyak membantu jejaka-jejaka kat luar sana sampaikan ramai wanita kat luar sana tertanya-tanya siapakah gerangan si diana ni.
Tapi yang peliknya sampai sekarang aku tak tahu siapa gerangan si diana tu. Ada juga yang jadi marah bila tiba-tiba muncul si diana yang tak dikenali. Rupanya kene prank! Hahaha.. Kalau betul tu jumpa mesti dah kena pukul si diana tu. Hahaha.

Kini, fenomena tersebut datang lagi dengan nama mira pulak. Hahaha.. Jadi viral dah mira ni. Bukan mera tau tapi mira. Siapa pulak la si mira ni? Suka-suka hati dia je nak teman laki atau boyfriend orang pergi jalan-jalan. Huh!!!

Hye, saya mira. Salam perkenalan. HAHA
Laaa... Tong gas rupanya! Ingatkan sape lah. Disebabkan mira si tong gas ni ramai yang hantar gambar mira ni pada aku kat whatssap sebab nama aku pun mera. Mera tau bukan mira. Haaa.. Tak pasal-pasal kene prank lagi rupanya! Hahaha.

Harap bini-bini dan girls yang lain tak terkena laa dengan trick dari suami atau boyfriend korang. Hampeh! Hahah

4 Comment:

Hari ni nak share sesuatu dengan korang semua. Ada satu restoran masakan kampung yang super awesome sehebat air tangan ibu tau. Nak ta...

UmmizaCafe Masakan Kampung Terbaikk

5:16 PM Mera Hussain 9 Comments


Hari ni nak share sesuatu dengan korang semua. Ada satu restoran masakan kampung yang super awesome sehebat air tangan ibu tau. Nak tau tak Restoran ape?

UMMIEZACAFE MASAKAN MELAYU & ORIENTAL

Hari Sabtu lepas aku dan family KelabBloggerBenAshaari telah membuat food review di Ummiza Cafe yang terletak di Jenderam. Hampir 40 orang blogger yang datang joint memeriahkan food review ni. Ramai kan? Memang ramai dan meriah bak ang! Hahahah. Terima kasih kepada Ummiza Cafe kerana sudi menjemput kami.
Sumber dari team KBBA
UMMIZA CAFE | Sampai hari ni masih terbayang-bayang masakan-masakan yang sedap kat Ummizacafe tu. Bayangkan lah 17 menu dihidangkan untuk kitorang review. So, korang rasa macam mana? Memang tak tahu la kan nak pilih menu mana satu yang harus di ngapp masuk mulut kan. Semua sedap-sedap belaka. Aku tengah menaip ni pun masih dok terbayang-bayang lagi lauk-lauk yang ada. Memang sedap! Kena dengan tekak la senang cakap. Hehehe..

Menu yang dipilih
Semua masakan di restoran ini di masak oleh ibu pemilik restoran ini. Restoran ni sangat mengamalkan kebersihan. persekitaran pun bersih. Nak makan pun selesa. Service dan layanan yang diberikan oleh mereka memang tip top lah. Kesemua mereka sangat mesra dan peramah. Eii, memang best lah restoran ni. 

Ok, korang pun mesti dah tak sabar nak tahu menu-menu yang ada kat restoran ni kan. Ummiza Cafe ni menyediakan sarapan pagi dan jugak tengah hari tau. Haa, kuih muih dekat sini pun sedap-sedap. Mavelesss gitew!



Antara kuih muih yang terdapat di Ummiza Cafe

Di bawah ni senarai-senarai menu setiap hari yang disediakan di restoran Ummiza Cafe untuk tengah hari.
1. Ayam goreng  
2. Ayam masak merah
3. Ayam kicap berlada
4. Ayam masak lemak cili api
5. Ikan kembung berlada
6. Ikan keli berlada
7. Asam pedas ikan
8. Sambal udang petai
9. Gulai ayam kg campur kentang
10. Gulai rebung
11. Gulai pucuk ubi
12. Kari daging cmpur kentang
13. Gulai siput sedut
14. Sayur kubis campur
15. Sup cdawan
16. Ulam 2
17. Sambal bilis

Ikan Keli Berlada
Ayam Masak Merah
Sasak Lemak Siput Sedut
Sayur goreng kubis
Gulai pucuk ubi
Sambal ikan blis
Sup cendawan
Ikan kembung berlada
Ikan Kembung goreng
Ayam masak lemak cili api
Ayam kicap berlada
Sambal udang petai
Ulam-Ulaman
Terliur tak? Terliur tak?? Confirm terliur kan tengok menu-menu kat situ. Hehehe.. Ok, dah puas baca and tengok menu-menu sedap kan. Dibawah ni tertera alamat restoran.

Alamat:-
UMMIZA CAFE
No. 229 Batu 29, Kampung Jenderam Hulu Dengkil

Waktu OPerasi
7.00pagi - 3.00pm | Isnin-Sabtu


Untuk pengetahuan semua, Ummiza Cafe juga menyediakan tempahan untuk catering. Tetapi terdapat kekangan dimana peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan. Atas sebab kurang kakitangan, tempahan diambil hanya untuk 300 orang kebawah contohnya majlis makan keluarga,pejabat, harilahir dan ulangtahun.

Harga pula berdasarkan harga dipasaran Dan kuantiti lauk yg ditempah. Untuk sebarang tempahan boleh hubungi :-
Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569

Apa yang boleh aku katakan, semua makan kat sini sedap dan semua masakannya terasa. Bila dah makan sekali memang rasa nak datang lagi dan lagi. Memang terasa air tangan ibu! Terima Kasih Ummiza Cafe. Memang berpuas hati! Hehehe



9 Comment:

Terbaru, catatan Indek Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam mencatatkan rekod yang tidak sihat iaitu 249. Wow!!! Tingginya! Patu...

IPU Shah Alam Tahap Bahaya!

2:00 AM Mera Hussain 0 Comments



Terbaru, catatan Indek Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam mencatatkan rekod yang tidak sihat iaitu 249. Wow!!! Tingginya! Patut lah perit je hidung aku, tekak aku ni. Bukak pintu pun pening kepala. Hmm


Bila cek IPU dekat apps, dengar kat berita, semua orang dah mula rasa bimbang terhadap kualiti udara yang semakin merosot sekarang ni.



Selain itu, kesihatan turut menjadi topik hebat di kalangan rakyat Malaysia. Yela, sekarang ni semua orang dah mula sakit tekak, pening kepala dan macam-macam penyakit lagi datang. Tak pasal-pasal bulan ni memang MC berderet je. Huhuhu

Selain tu, kawasan lain yang merekodkan IPU sangat tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatat di Batu Muda, Kuala Lumpur (271), diikuti Petaling Jaya, Selangor (256), Banting, Pelabuhan Kelang, Selangor (243) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (235).

Menteri Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di seluruh malaysia ditutup selama 2 hari kecuali sekolah di negeri Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak. Menteri Pendisikan lun dah umumkan yang cuti ini tidak akan diganti. Wahh! Seronoknya budak sekolah. Rasa nak sekolah balik pulak. Hehehehe

Cuti-cuti jugak. Duduk dalam rumah je ye adik-adik. Ibu bapa pantau anak-anak supaya kurangkan aktiviti mereka diluar. Buka apa, tak nak nanti mereka jatih sakit. Hehehe


0 Comment: