Pada hari ini, aku dan beberapa geng kelabbloggerbenashaari telah mengisi masa lapang dengan menonton filem terbaru arahan Osman Ali iaitu...

JWANITA - Filem Seram Baru!

8:44 PM Mera Hussain 2 Comments

Pada hari ini, aku dan beberapa geng kelabbloggerbenashaari telah mengisi masa lapang dengan menonton filem terbaru arahan Osman Ali iaitu Jwanita di Alamanda Putrajaya. Tengok triller aku pun takut. So, try la pergi sebab Kak Laila nak belanja kan. Terima kasih banyak-banyak Kak Laila. Hehehe

Aku dengan gigih datang dari Shah Alam sampai ke Putajaya. Actually plan nak pergi IOI MAll dah bertukar ke Alamanda and plan nak tengok Kapsul bertukar jadi Jwanita. Hahaha. Sorry der...


Jwanita ni adalah filem ke-3 arahan Osman Ali di bawah kerjasama dengan Nuansa selepas filem Cun dan Jiwa Taiko. Filem ini adalah filem pertama antara Nuansa Sdn Bhd yang diterajui oleh Julian Jaya seela dan Ehsan Production Sdn Bhd dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5juta.

Filem ini juga mendapat tajaan dari Yeos, Kopi Hang Tuah dan Paradiso Cafe.

Adegan hasil gandingan lakonan Maya Karin, Brone Parale dan Christine Suzzaine yang berjudul Jwanita ini mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita lakonan Maya Karin yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.

Kehidupannya mula kembali ceria selepas Jwanita bertemu dengan Farhan lakonan Bront Paralea yang bekerja sebagai Doktor Phsychotriat yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.

Harapannya hidup bersama orang yang dicintai musnah apabila Farhan merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika lakonan Christine Suzzaine yang telah dibesarkan dengan sempurna dan ternyata lebih baik kehidupannya berbanding Jwanita.

Jwanita menghilangkan diri dan muncul semula selepas melarikan diri dari rumah selepas hari perkahwinan adiknya. Setelah beberapa tahun berlalu Jwanita muncul dengan perwatakan berbeza yang penuh tanda tanya pada Farhan kerana dalam dirinya penuh dengan dendam yang terlampau terhadap adik kandungnya.

Jwanita telah mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap mereka yang telah musnahkan hidupnya. Memang gerun gak bila Maya Karin diberi tugas untuk membawakan watak Jwanita yang rasanya sangat psiko and mampu menghantiu penonton dipanggung. Nasib baik takde sakit jantung tau! Hahaha

Untuk filem ni, lepas aku tengok, ermmm ok la. Tapi tak boleh nak bagi bintang tinggi sangat. Sebab jalan cerita dia so-so. Untuk orang yang memamg penakut macam aku, aku memang nak kata cerita ni seram!! Sebab since dia punya soundeffect bunyi je aku terus tutup muka tengok celah jari. Hahaha.

Haa, korang yang belum tengok apa lagi? Pergilah tengok. Nak tahu jugak berapa bintang korang bagi. Hehehehe


2 Comment:

Hye korang.. Aku nak bagitahu satu berita best. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Yang tak tahu ni nak bagitahu. Tad...

Fun With Animals at Zoomoo Roadshow!

1:22 PM Mera Hussain 0 Comments

Hye korang.. Aku nak bagitahu satu berita best. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Yang tak tahu ni nak bagitahu. Tadi aku scroll-scroll facebook ternampak lah satu event best dekat Sunway Pyramid. Haa,, scroll sampai habis tau.


ZooMoo TV akan menjadi tuan rumah siri pameran bergerak di Lembah Klang dan Pulau Pinang bermula hari ini. Siri jelajah ini akan bermula di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang pada hari Sabtu.

Roadshow ini bermula bermula di Sunway Carnival Mall, Penang pada hari Sabtu, Sunway Putra Mall iaitu Sunway Pyramid bermula 24 - 27 September 2015.

Event ini adalah bersempena dengan tayangan perdana Program Lost di Channel Astro 619 pada pukul 5.00petang. 

ZooMoo juga melancarkan kempen kad haiwan dengan kerjasama Sunway Shopping mall dimana pelanggan yang membelanjakan lebih daripada RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai dalam shopping mall tersebut boleh menebus satu pek kad haiwan. Dengan kad tersebut korang noleh muat naik app Zoomoo bagi meningkatkan lagi pengalaman penonton.


Pada pamera roadshow ini banyak aktivit-aktiviti menarik yang ada di sini seperti :-

1. Pertunjukan haiwan,
2. Mini petting zoo,
3. Balloon sculpting, 
4. Colouring & art dan craft activities.




Pada kemuncak pameran ini Flash (jurugambar haiwan) bakal bertemu dengan para hadirin yang datang.




Haa, seronok sangat untuk adik-adik yang tengah bercuti tu. Untuk pengetahuan korang, ade limited goodies bag untuk dimenangi. So, apa tunggu lagi, come and joint them! 

0 Comment:

Makin besar makin banyak pulak ragam dia. Sapa lagi kalau bukan anak buah aku Fatin Arissa Kaisara ni la. Berbeza masa aku jaga d...

Bijak... Bijak...

10:59 AM Mera Hussain 1 Comments

Makin besar makin banyak pulak ragam dia. Sapa lagi kalau bukan anak buah aku Fatin Arissa Kaisara ni la.


Berbeza masa aku jaga da waktu dia masih baby. Setahun dah aku tinggal dengan kakak aku. Makin lama makin bijak dia ni. Setiap hari ada saja benda baru dia belajar. Takpe lah. Sekurang-kurangnya sel-sel otak dia berkembang kan. Takda lah noob sangat. Hahaha

Sekarang ni umur Arissa dah nk masuk 2tahun. Tapi dia bijak. Dah pandai bukak baju, seluar sendiri nak mandi, nak makam dia akan cakap, kadang- kadang dia ambil buku dia nak suruh ajar dia membaca, dah pandai pakai kasut sendiri, kalau makan bersepah dia minta penyapu, air tumpah dia ambil tisu basah nak lap dan banyak lagi benda dia boleh buat sendiri. Tapi kadang-kadang ada juga salah dia buat. Biasa lah, budak-budak kan. Semua tu proses pembelajaran dia.

Arissa ni kadang-kadang perangai macam orang tua. Yang aku nampak sekarang ni dia suka sangat ikut apa yang kita cakap. Yang ni aku dan mak pak dia kene behave. Tak boleh cakap benda yang bukan-bukan. Cepat je dia absorb masuk kepala dia.Tengok telatah dia yang comel kadang-kadang boleh buat kita tak jadi nak marah kalau dia buat salah. Ada je benda dia nak buat kita tak jadi marah. Haih laa Arissa. Nikmatilah waktu kecil ni dengan belajar sepuas-puasnya. Semoga jadi anak yang berguna bila besar nanti.

1 Comment:

Sempena hari raya ni aku pasti ramai yang tengah seronok makan rendang, lemang, ketupat dan macam-macam. Sedapnya lah kalau dapat makan sem...

Homemade Ayam Panggang Kenny Rogers

2:42 PM Mera Hussain 4 Comments

Sempena hari raya ni aku pasti ramai yang tengah seronok makan rendang, lemang, ketupat dan macam-macam. Sedapnya lah kalau dapat makan semua tu kan. Tapi disebabkan aku dakan kakak-kakak aku tak balik, kitorang plan buat makan-makan di rumah. 

Menu adalah Ayam Panggang Kenny Rogers. Hehehe. Sedapnya!! Tak sabar nak rasa. Tapi, nak share dulu resepi yang aku dan kakak-kakak aku buat ni pada korang semua.


Resepi Homemade Ayam Panggang Kenny Rogers

BAHAN-BAHAN (untuk dikisar)

3biji bawang putih
2biji bawang besar
2-3 sudu sos lada hitam (boleh juga gunakan sos tiram + kicap pekat + lada hitam)
1inci halia
1kiub ayam knor
1senduk kecil sos black pepper
1sudu garam
Sedikit air

BAHAN UNTUK PERAP AYAM

3sudu olive oil
3sudu oregano leave
2sudu madu (optional)

CARA-CARA PANGGANG

Bahan-bahan ini dituang dan dilumurkan pada ayam secara rata. Selepas itu perapkan ayam selama 120minit ataupun untuk lebih sedap perap selama 5jam di dalam peti sejuk.

Panaskan oven dengan suhu setinggi 180°c sehingga 200°c, api atas dan bawah selama 20minit. Kemudia bakar ayam dalam 60 minit hingga 90 minit sehingga masak. Apabila 30 minit pertama, ambil baki kuah perapan dan tuangkan ke atas ayam. Fuangkan juga sedikit minyakbagi memastikan ayam tidak terlalu kering dan kelihatan kilat. Selepas satu jam setengah, ayam kelihatan masak dan boleh dihidangkan.

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT SOS:-

Kisar semua bahan dibawah :-
2 1/2 biji tomato
2biji cili besar
2biji bawang putih

CARA-CARA MEMBUAT:-

Tenggekkan periuk diatas dapur tanpa minyak. Boleh gunakan olive oil sebagai ganti minyak masak. Tuang semua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masukkan bersama air rebusan ayam/ kiub ayam. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sos kelihatan pekat. Untuk tambahan boleh masukkan madu dan cuka sebagai penambah rasa.

Mudahkan?So lepas ni, boleh la cuba. Tak perlu susah-susah pergi Kenny Rigers kalau tekak tu mengidam. Selamat mencu



4 Comment:

Waktu macam ni aku tahu semua orang dah balik kampung. Sunyi rasa kawasan perumahan ni. Ada yang masih dalam perjalanan, ada yang dah sa...

Raya Di Perantauan.

12:51 AM Mera Hussain 4 Comments


Waktu macam ni aku tahu semua orang dah balik kampung. Sunyi rasa kawasan perumahan ni. Ada yang masih dalam perjalanan, ada yang dah sampai ke kampung, tengah lepak-lepak dengan saudara masing-masing dan ada juga yang pulang awal pagi ini. Tapi berbeza dengan aku. First time weyh beraya kat KL. Hurmmm.

Tiba-tiba aku terbayang ketupat, rendang, kuah lodeh, ayam masak merah dari air tangan mak. Esok tunggu je lah abang, kakak aku post gambar. Yang pasti aku taknak download! Huh!!

Dalam seumur hidup aku tak pernah lagi aku tak balik masa musim perayaan. Setiap kali raya mesti aku balik. Tapi tahun ni? Hummm.. Takpe lah. Kerja kan. Nak buat macam mana. Huhu. Nasib baik kakak aku pun tak balik. Kalau aku sorang kat sini memang menangis jugak lah. Hehehe

Bila bukak facebook, twitter, instagram orang post gambar selfie dengan lembu teringat kenangan buat korban kat kampung. Bestnye... Meriah rasa. ARGHHHH!! Nak balik kampung!!! Hurmmmm.. Selamat Hari Raya Aidiladha semua..



4 Comment:

Pujian Pemangkin Semangat | Patut lah hari ni rasa bersemangat sangat nak kerja. Pagi-pagi aku jumpa bos, dapat good news! Hehe. Rupanya bo...

Pujian Pemangkin Semangat

12:04 AM Mera Hussain 3 Comments

Pujian Pemangkin Semangat | Patut lah hari ni rasa bersemangat sangat nak kerja. Pagi-pagi aku jumpa bos, dapat good news! Hehe. Rupanya bos aku tunjuk semua comment dia pada aku sepanjang aku dalam training. Aku pun perhati lah setiap bait-bait tulisan tu. Aww! Tak sangka. Semua berbaur pujian. Hihi.. Semangat terus buat kerja. Concentrate abis! Hahaha.


Alhamdulillah. Dalam diam tak diam dah dekat 6bulan rupanya aku kat company baru ni. Walaupun banyak dugaan dia tapi aku seronok. Seronok sebab jumpa kawan-kawan yang sekepala, yang happening, yang boleh gila-gila sama-sama. Walaupun aku yang paling muda dalam company tu tapi alhamdulillah aku boleh accept environment kat situ.

Sebelum tu aku nak cerita sikit lah macam mana aku boleh dapat kerja ni. Mulanya aku mencuba nasib je mohon kerja ni. Sebabnya aku dah taknak kerja kat butik tu lagi. Penat wooo!! Balik malam je setiap hari. So, aku pun mohon lah. Alhamdulillah rezeki berpihak pada aku and dipanggil untuk interview. Masa iterview tu macam-macam lah dia tanya. Banyak jugak yang aku goreng. Entah ye entah tak kan. Huhu.

Yang sebenarnya, aku tak tahu pun tentang akaun. Memang aku pernah belajar akaun. But basic je la and kalau nak tahu apa yang kita belajar sometimes tak related pun dengan bidang aku sekarang. Yelah, dulu belajar engineering, diploma business tiba-tiba masuk akaun. Macam bidang terjun aku kerja situ. Hahaha.

Dalam lebih kurang 2minggu aku dapat panggilan dioffer job ni. Alhamdulillah! Melompat aku keriangan. Hehehe. Aku diminta masuk 2minggu selepas notice resign aku dibutik. Ikutkan nak mintak masuk lewat. Tapi mereka perlukan staff awal disebabkan GST dah start. Haih! Najib la ni. Eh, tiba-tiba je. Hehehe. So, aku pun accept lah permintaan mereka sebab aku memang tak sabar dah nak kerja office. Yelah, first time kan.

Hari 1st kerja aku sampai dengan penuh bersemangat. Pukul 7.20pagi aku dah keluar rumah tau. Padahal working hour aku start pukul 8.15pagi. Haa, nampak tak semangat aku. Waktu tu aku malu sangat sebab tak kenal sapa-sapa. Aku lah orang aling pendiam. Hahaha. Lama-kelamaan aku lah orang yang paling riuh. Ada je benda nak berbual. Haha. Tapi hari 1st kerja aku dah dapat macam-macam untuk aku buat. Bayangkanlah, aku masuk kerja dengan zero knowledge and then kena menghadap sistem akaun yang aku tak tahu macam mana nak guna. Waktu tu aku tak tahu nak buat macam mana. Nak tanya pun segan-segan takut-takut. Yelah, mana tahu takut orang tak suka sebab aku asyik bertanya ja. Lama-kelamaan Alhamduliah aku boleh buat sendiri tapi still bertanya dengan mereka.

Sebenarnya dekat company aku kerja ni, aku belajar banyak benda tentang akaun. Actually, sejujurnya company aku kerja ni aku dapat belajar buat akaun dari A-Z. Kalau kat tempat lain memang tak lah aku rasa macam ni. Memang rasa seronok walaupun banyak kerja. Kadang-kadang ta menang tangan.  Ada jugak yang aku masih belum sempat belajar. Tak apa.. Orang tua kata pelan-pelan kayuh. Hihi. Tapi aku yakin kalau aku mampu bertahan and aku dapat ketchup semua ni mesti ada peluang untuk aku diluar sana yang lebih better.

Now, aku dah confirm kat company tu. Tak sangka segala yang aku buat dalam office tu dapat pemerhatian yang baik dari bos aku. Wow, semuanya dipuji. Bestnya!!!
Terima kasih sangat-sangat kepada senior-senior yang banyak ajar aku dari tak tahu sampai aku boleh buat akaun sekarang walau masih banyak bemda aku perlu belajar. Hehehe. Aku harap aku boleh improve kerja aku dengan lebih baik lagi. Doakan saya ya.  Hehehe..

3 Comment:

Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan ke...

Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt Ini.

1:57 PM Mera Hussain 1 Comments

Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt


Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan kes bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April lalu.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne supaya diberikan tempoh dua minggu untuk serahan gambar serta rakaman video kes terbabit.

Malini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa dokumen yang akan digunakan untuk perbicaraan telah diserahkan kepada tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu.

Pada 10 Ogos lepas, mahkamah sama memutuskan Persana Avril adalah waras dan layak dibicarakan selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan.

Untuk berita lanjut sila ke Astro Awani.

1 Comment:

Sedang aku lena tidur tiba-tiba aku tersentak dari tidur sebab terasa ada air menitik laju jatuh ke atas bahu aku. Bila aku buka mata dan m...

Terkejut! Tiba-Tiba Air Menitik Atas Bahu.

5:32 PM Mera Hussain 4 Comments

Sedang aku lena tidur tiba-tiba aku tersentak dari tidur sebab terasa ada air menitik laju jatuh ke atas bahu aku. Bila aku buka mata dan mendongak, chaitt! Air aircond bas ni yang menitis. Bocor rupanya! Habis basah lengan aku!

Bukan main laju lagi menitik.
Pada aku lah kan, sepatutnya perkara-perkara macam ni mereka perlu peka. Tak kisah lah yang liking tu satu ke dua tempat tapi kena repair juga. Andai kata kalau semua seat full and perkara macam ni jadi confirm penumpang tu sampai ke destinasi separuh lengan dia boleh lencun. Ni nasib baik aku duk couple seat sebelah aku takda orang. Haih. Kalau tak lencun jugak separih lengan aku. Tak sampai Shah Alam lagi ni. 

Lepas ni harap semua pihak pengurusan Syarikat Bas Ekspress peka dengan semua masalah-masalah sebegini. Tak kira la kecil mana pun. Err!! Apa pun tak boleh.

4 Comment:

Petang-petang macam ni mesti perut lapar. Rasa nak makan sesuatu je kan. Tengok facebook, instagram, twitter orang dok post gambar makanan ...

D'laila Sup Power Memang Terbaik!!

3:48 PM Mera Hussain 1 Comments

Petang-petang macam ni mesti perut lapar. Rasa nak makan sesuatu je kan. Tengok facebook, instagram, twitter orang dok post gambar makanan je. Haih! Terliuq tekak ni haa. Nak hilang rasa lapar ni, saje la baring-baring bukak photo album. Ah sudah! Ternampak gambar mee udang Kak Laila. Uwwaaargggg!!! Sedapnya!! Mengidam tiba-tiba.

Actually aku nak bagitahu korang satu tempat makan best di Bandar Baru Nilai .Mesti ramai yang tak tahui kedai makan paling sedap dekat situ. MMA Santai Corner.

MMA SANTAI CORNER
Kedai Kak Laila ni memang dah terkenal dengan Mee Udang dia. Actually aku dah rasa mee udang Kak Laila ni masa dekat rumah Abg ben. Memang sedap!! So, last week aku baru berkesempatan pergi ke kedainya dengan Kak Dila. Hehehe.

Macam mana korang tengok dalam gambar macam ni la jugak korang dapat bila order.


Apa yang buat aku suka dengan mee udang Kak Laila ni, Kak Laila menggunakan perencah hasil air tangannya sendiri. Bukan guna perencah-perencah segera yang ada jual dekat kedai tu. Sebab tu la mee udang dia ni istimewa.




Selain tu, banyak lagi menu-menu yang memang best kat tempat dia.  Klik sini

Tentang harga korang jangan risau. Makanan kat kedai Kak Laila sangat ok bagi aku. Dengan kuantiti makanan yang banyak and harga yang diletakkan sangat berbaloi. Kalau tak percaya kena cuba. Sekali datang nak lagi. Hehe

Lupa pulak nak bagitahu alamat. Hehe. Tengok kat bawah ni.

D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800
Nilai, Negeri Sembilan
Contact : 017-2253337
Waktu operasi : 5ptg - 12mlm

1 Comment:

Adakah anda mempunyai perancangan untuk menunaikan Umrah? Disini terdapat satu agensi yang aku nak syorkan pada korang semua sekiranya nak ...

Pakej Umrah Terbaik Dari Az Zuha Travel & Tours

11:48 AM Mera Hussain 2 Comments

Adakah anda mempunyai perancangan untuk menunaikan Umrah? Disini terdapat satu agensi yang aku nak syorkan pada korang semua sekiranya nak mencari pakej Umrah yang berbaloi pada bulan November dan Disember tahun ini. 

Az-Zuha Group Travel & Tours | Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).




Selain itu juga, anda berpeluang mengerjakan umrah bersama ikon Daie, Ustaz Don dan Ustaz Nushi. Mereka ni adalah ikon-ikon islamic yang terkenal di Malaysia. Wahh!! beruntungnya. Bukan senang nak dapat peluang keemasan macam ni. Haa kan. 


Untuk pengetahuan semua, ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.

Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

http://www.azzuhatravel.com
https://www.facebook.com/jomumrahazzuha
https://www.facebook.com/AzzuhaTravel

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605

Menarik sangat pakej yang ditawarkan dari Az-Zuha Group Travel & Tours. Kalau satu hari nanti kau berpeluang menunaikan umrah aku pasti gnakan khidmat agensi Az-Zuha ni. Sangat berbaloi!.

2 Comment:

Masih ingat lagi tak dengan Kaio Studio yang pernah aku ceritakan pada entry yang lepas.Hari ni aku nak cerita serba sedikit mengenai Kaio ...

Tak Rugi Pilih Kaio Studio!

10:11 AM Mera Hussain 0 Comments

Masih ingat lagi tak dengan Kaio Studio yang pernah aku ceritakan pada entry yang lepas.Hari ni aku nak cerita serba sedikit mengenai Kaio Studio ni kerana ramai yang dah tengok and puji hasil kerja Kaio ni. Tak percaya boleh refer gambar-gambar daripada event kitorang yang lepas. Klik sini.

Actually, ini adalah kali ke-2 kerjasama  diantara Kaio Studio bersama KelabBloggerBenAshaari. Kaio Studio adalah milik Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Beliau adalah lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.


Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.





Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’
Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.


Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.


Pencapaian Kaio Studio setakat ini :-

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini.

(Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
(Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8)

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.




Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.

Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

Untuk lebih lanjut mengenai Kaio Studio sila layari :-


Personal info:-

Bila dah gunakan perkhidmatan dan lihat hasil kerja dari Kaio Studio memang tak sia-sia. Puas hati sungguh. Semoga Kaio Studio terus berjaya dalam bidang yang diceburinya.

0 Comment:

Kemeriahan KelabBloggerBenAshaari | Seminggu dah berlalu family day kelabBloggerBenAshaari ni tapi semuanya masih segar di ingatan. Alham...

Kemeriahan KelabBloggerBenAshaari

10:53 PM Mera Hussain 3 Comments

Kemeriahan KelabBloggerBenAshaari | Seminggu dah berlalu family day kelabBloggerBenAshaari ni tapi semuanya masih segar di ingatan. Alhamdulillah,kali ni diberi peluang lagi join event Kelab Blogger Ben Ashaari. Family day ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli blogger. Disebabkan aku newbies dalam KBBA, so, ni adalah kali pertama aku join Family Days KelabBloggerBenAshaari ni. Hari-hari dok counting days je tau bila lah nak tiba waktu tu. Tak sabar rasanya nak jumpa bloggers-bloggers lain. Bila dah jumpa, haa macam dah bertahun-tahun kenal. tak janggal langsung. Hehehe

Untuk kali ni, family day Kelab Blogger Ben Ashaari telah diadakan di sebuah resort yang terletak di Hulu Langat selama 3hari 2malam iaitu bermula pada 11 September - 13 September 2015. Jutaan terima kasih kepada pihak Cosmoderm kerana telah menjadi penaja rasmi untuk event kali ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada ketua event iaitu Abang Lan dan semua AJk-AJK yang dah bertungkus lumus dan berhempas pulas meyempurnakan event ni dari awal sampai la akhir.

Penaja rasmi Family Day KelabBloggerBenAshaari iaitu Cosmoderm
Sepanjang event ini berlangsung kemeriahan dan kegembiraan jelas terlihat pada wajah semua orang. Yelah, bukan senangkan kita nak ada masa untuk luangkan masa bersama blogger-blogger seperti ni. Terima Kasih kepada pihak Az-Zuha Travel & Tour kerana sponsor baju untuk family day dan Kaios Studio kerana sudi menjadi penaja photographer sepanjang event ini. Sejujurnya aku memang berpuas hati sangat dengan hasil kerja Kaio ni. Gambar semua yang dia ambil cantik sangat.

Baju tajaan Az Zuha Travel & Tours

Now, aku nak cerita sedikit aktiviti-aktiviti yang kitorang dah buat sepanjang Family day ni. Banyak aktiviti best seperti flying fox, terompah gergasi, lari kepit bola, pancing tin, bowling kelapa,  gusti air dan banyak lagi. Sejujurnya aku tak pernah naik flying fox ni. so, bila aku kena naik and aku punya no giliran adalah orang yang ke-8,  rasa menggigil juga kepala lutut ni. Tapi bila dah dapat naik rasa best gile. Tak nak turun weyh! Hahaha.

Ni iklan gigi sambil flying fox. hehehe



For the 1st game team purple dah menang. Tanda-tanda nak jadi juara ni. hehehe
2nd game yang team kitorang menang. Tengok lah gigih founder panjat tiang nak tengok kitorang boleh buat ke tak. Hahaha
Game gusti air yang aling best aku tengok. Hahahaha

Carta kemenangan bagi setiap kumpulan. yang teratas adalah pemenang pertama. I adalah salah sorang dalam team tu. hehehe
Actually banyak lagi gambar yang nak tunjuk. Klik sini kalau nak tengok pelbagai lagi gambar-gambar aktiviti sepanjang family day KelabBloggerBenAshaari. Klik sini untuk video Family day hasil dari Kaio Studio. Super best!

Seronok sangat rasa dapat join KelabBloggerBenAshaari ni. Terasa rindu dengan semua orang. Terima kasih untuk memori yang indah. Sekiranya diberi peluang semua event yang KelabBloggerBenAshaari buat mera nak join. hehehe. Semoga KelabBloggerBenAshaari terus kekal dan berkembang sampai bila-bila. "KelabBloggerBenAshaari,  Bukan sekadar Blogger ,We Unite Together!"
"Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together!"

3 Comment:

Haih, minggu ni ramai pulak kawan aku yang nak kahwin. Semua kahwin serentak pulak tu. Kawan yang sebaya aku je aku dapat sampai 4 invi...

Selamat Pengantin Baru Tau!

7:55 PM Mera Hussain 0 Comments


Haih, minggu ni ramai pulak kawan aku yang nak kahwin. Semua kahwin serentak pulak tu. Kawan yang sebaya aku je aku dapat sampai 4 invitation. Tu baru kawan. Belum masuk junior-junior aku mase sekolah tu lagi. Heyy! Awat cepat sangat nak menikah ni. Rilex laa. Hihi. Ceh Mera! Sedapkan hati lettuw! Hahaha. Takpa lah. Jodoh korang sampai awal. Tahniah buat semua.

Tapi ada yang tanya, aku bila lagi? Tak teringin ke nak kahwin?  Soalan ke apa ea ni? Nampak tak nak lari. Haha. InsyaaAllah sampai satu masa Allah pertemukan jodoh aku. "Kau takda kawan yang handsome ke nk kenalkan kat aku?" Hahaha. Miang kau Mera. Nak yang handsome je. Ingat kau cantik! Hahahaha. Gurau jelah. Emm

Ada juga lagi yang tanya. Kau ni terlalu memilih ea? Tak pun. Nampak aku ni macam memilih ke? Kalau aku memilih aku tak kawan dengan orang macam ni-macam ni. Silap-silap dengan kau pun aku tak kawan. Dangg!! "Amekau! Kuajaq kau Mera!!" Hahaha. Sapa suruh tanya. Padan muka. Hahaha

Actually, to be honest sapa yang takda keinginan nak kahwin. Aku ofcourse lah nak merasa jadi mummy for my chil and wife for my hubby. Semua orang nak merasa hidup berpasangan. Cuma mungkin masanya belum sampai. Memang aku pernah ada boyfriend before ni. Our relation sampai dah pergi kenalkan dekat mak ayah and dah plan nak bertunang lagi. Tapi bila jodoh tu takda semua benda yang diplanning tak jadi. Kalau dah nama tidak berjodoh, esok kita nak kahwin pun majlis boleh batal. huhu. Doa-doakanlah aku cepat jumpa jodoh ea. Tak boleh cerita banyak. Personal sangat. Nanti menangis daam bas. Hihi.

Buat kawan-kawan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hari esok dan juga yang telah selamat diijabkabulkan pada hari ni, tahniah buat kalian. Semoga hubungan suami isteri terus mekar dan kekal abadi sehingga akhir hayat. Jadikan setiap dugaan yang datang tu sebagai asam garam dalam berumahtangga. Cewahh! Dah layak sangat kahwin aku ni. Hahahaha. K bye.

0 Comment:

Gambar ikhsan dari google. Tidak ada kena mengena samada yang hidup atau yang mati. Rasa-rasanya motif aku update entry ni? Sebab aku t...

Bahagiakan Mereka Sebelum Mereka Menutup Mata

11:44 PM Mera Hussain 3 Comments

Gambar ikhsan dari google. Tidak ada kena mengena samada yang hidup atau yang mati.
Rasa-rasanya motif aku update entry ni? Sebab aku tak puas hati and marah pada orang-orang yang selfish macam ni.  Eh, bukan makcik kat atas ni. Maksud aku pada segelintir anak yang tak kenang budi ni.

Kenapa mereka takda rasa belas kasihan sampai tergamak letak ibubapa sendiri dekat rumah orang tua. Terlalu susah ke untuk menjaga kedua orang tua sendiri? Terlalu beban ke mereka untuk kita tanggung sampai sanggup biarkan mereka habiskan sisa hidup mereka dirumah orang tua? Terlalu banyak ke bebanan yang mereka bawa pada anak-anak?

Pernah terfikir tak apa perasaan kalau mereka perlakukan kita macam tu? Aku rasa takda ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Sebab apa? Sebab sayang. Sebab darah daging dia. Tapi bila anak-anak dah besar dah bekerjaya lupa diri sampai sanggup abaikan ibu bapa sendiri. Biarkan ibubapa merempat kat sana sini, hantar mereka kat rumah kebajikan, rumah orang tua. Takda rasa perikemanusiaan ke? If tak mampu nak bagi duit cukuplah sekadar berikan kasih sayang.

Mereka ni hanya mahukan perhatian dari anak-anak bukan mahukan wang ringgit untuk ditaburkan. Mereka cuma ingin merasa bahagia sebelum matanya ditutup. Kalau mereka boleh menjaga kita sehingga besar kenapa tidak kita? Betul orang kata, kalau seorang mak boleh jaga 14orang anak tapi seorang anak belum tentu mampu jaga seorang mak.

Kadang-kadang aku terasa aku dah cukup bahagiakan orang tua aku. Tapi tidak sebenarnya. Banyak lagi yang perlu aku balas jasa mereka sejak mereka lahirkan aku sampai la sekarang. Banyak sangat yang tak terbalas. Itu pada aku lah. Tapi bagaimana pulak mereka yang abaikan ibu bapa mereka? Tak terasa ke semua ni? Takda ke rasa macam aku rasa?

Yang masih ada ibu bapa teruskanlah berjasa dan balas budi mereka semetara mereka masih ada. Seperti aku, aku cuma mampu balas jasa mak aku je sebab ayah aku dah dijemput Ilahi sejak umur aku 9tahun. Al-Fatihah buat Hussain Bin Abdul Rahman. Ehh! Mata masuk habuk. 

3 Comment:

Yeay!! Food review lagi. Hehe. Food review kali ni bersama komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari di sebuah restoran Hot Pindang Kitche...

Hot Pindang KItchen Seksyen10!!

8:43 AM Mera Hussain 6 Comments



Yeay!! Food review lagi. Hehe. Food review kali ni bersama komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari di sebuah restoran Hot Pindang Kitchen Shah Alam.  Aku pun tertanya-tanya jugak ape yang menarik kt situ. Haa, nak tahu jom baca sampai habis. Mana tahu lunch nanti korang boleh terus start enjin moto kereta nak pergi makan kat sana kan. Hehehe


Actually aku pun 1st time sampai dekat reataurant ni and aku tak tahu restoran ni dekat mana walaupun aku tinggal kat shah alam. Haha. Alaa tak heran pun aku tak tahu sebab aku bukan orang shah alam pun. Korang yang tinggal dekat area Shah Alam pun entah-entah ade yang tak tahu kan. Ececeh. Hahaha. Restoran ni terletak diantara shop lot-shop lot area kawasan perumahan. Takpe, nanti I bagi alamat kat bawah. Hehe


So, menu pilihan aku untuk kali ni ialah hot pindang special dan jus melody. UNtuk menu tambahan aku ordee sotong goreng tepung, ikan masak pindang, sambal udang petai (yang ni memang sedap! makan sampai terpelanting). Hehehe. Actually kalau korang nak tahu banyak lagi menu-menu sedap yang ada. Tengok ni. Meleleh air liur. 






Dari segi persekitaran pulak, bagi aku semuanya ok. Susun atur dalam keadaan kemas dan kebersihan terjaga. Pekerja-pekerja mereka pun menjaga kebersihan. 



Yang bestnya Hot Pindang Kitchen ni jugak ada tawarkan perkhidmatan katering di seluruh Selangor dan delivery disekitar Shah Alam tau. So, kalau korang rasa tak sempat nak keluar lunch ke memang teringin nak makan masakan pindang ni ke boleh terus hubungi mereka di talian yang tertera dibawah.

Ok2, korang dah puas baca entry ni mesti rasa geram and tertanya-tanya kat mana kat mana. Haa, ni nak bagitahu alamat restoran ni. Bagi yang berminat untuk mencuba masakan yang terdapat di restoran 'Hot Pindang Kitchen, boleh lah pergi ke alamat yang tertera dibawah ni.

Hot Pindang Kitchen Restoran
No. 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11 , Shah Alam , Selangor Darul Ehsan 

Landmark : (Next to Azira & Hatini Restoran) 
Waktu perniagaan : 11am-11pm (setiap hari)

*restaurant ni tutup masa Hari Raya Aidilfitri and Aidiladha je.

Untuk lebih lanjut mengenai 'Hot Pindang Kitchen' 
Tel03-5523 1259 / 012 2043773
Facebook: Hot Pindang Kitchen
Instagram: @HotpindangKitchen


6 Comment:

Lisa Surihani , pelakon popular tanah air ini telah selamat melahirkan bayi perempuan jam 11.44pm malam tadi. Tahniah buat Yusry &...

Yusry & Lisa Timang Cahaya Mata Pertama

10:31 AM Mera Hussain 2 Comments


Lisa Surihani, pelakon popular tanah air ini telah selamat melahirkan bayi perempuan jam 11.44pm malam tadi. Tahniah buat Yusry & Lisa atas khabar berita gembira ini. Seronok mera dengar. Yelah, mera pun dah lama dok tunggu nak tengok anak depa ni. Semoga Yusry & Lisa dapat membimbing anak mereka sehingga berjaya dan semoga rumatangga mereka bahagia selalu. 

Arghh!! Tak sabar rasa nak tunggu Lisa post gambar anak. Hehehe . Apapun tahnah sekali lagi untuk mereka berdua. Selamat berpantang Lisa.!

2 Comment: