Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri disebabkan perselisihan faham dengan ayahanya. Ayahnya hanya mem...

SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA

5:20 AM Mera Hussain 1 Comments


Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri disebabkan perselisihan faham dengan ayahanya. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tapi ibu tirinya sentiasa mengambil tahu tentang Farhah. Lebih menyakitkan hati bila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya sewaktu sedang sakit. Farhah tidak seruju dengan rancangan ayahnya lalu si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama Farhah dengan Syed Arif tidak sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat. Disebabkan perkara itu telah menarik perhatian Arif dimana Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan ibunya. Mulanya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai antara satu sama lain tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam. Ayahnya marah dan menolak daripada menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tanpa berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Katrina tidak dapat menerima hakikat bahawa Arif telahpun berkahwin.

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand.

Klik sini ---> senarai pelakon

Jom sama-sama saksikan drama Tersuka Tanpa Sengaja setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria dan Ria HD jam 10.00 malam.  Nak tau jugak berapa bintang untuk drama ni. Hehehe...

1 Comment:

ubai ismail said...

tak sure best ke tak drama nii.. hehehe

anyway header cantik dan simple.. ^_^