Semalam dah tengok episod pertama drama Cik Cinderell dan Encik Tengku aku rasa best cerita ni. Comel je Syukri Yahya.. hahaha.. Eh suami ...

Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku

8:41 PM Mera Hussain 1 Comments

Semalam dah tengok episod pertama drama Cik Cinderell dan Encik Tengku aku rasa best cerita ni. Comel je Syukri Yahya.. hahaha.. Eh suami orang la. Tapi boleh tahu kan kenapa aku tengok cerita tu? Semua sebab Syukri Yahya.. Haha.. 

Ok, meyh nak kongsi sikit sinopsis drama ni. Hehehe

Sinopsis. Cik Cinderella dan Encik Tengku


Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku yang bakal ditayangkan Rabu ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri Nuraisha yang sering dipinggirkan oleh ayahnya dan seolah melebihkan kakak tirinya bernama Sha. Sha sangat cemburu dengan Puteri Nuraisha dan sering memantau segala gerak langkahnya. 

Puteri tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan kakak tirinya selepas kematian ibunya.

Puteri Nuraisha mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Ashraf. Ashraf kerap meminjam wang dari Puteri Nuraisha tetapi tidak pernah m
embayarnya semula. Disebabkan itu Puteri Nuraisha semakim rasa semakin bosan dengan sikap lelaki itu.

Suatu hari Puteri Nuraisha bertemu dengan Daniel. Sikap dan raut wajah Daniel, membuatkan Puteri Nuraisha mula terpikat kepadanya. Namun dia berdepan dilema, kerana menurut amanat arwah ibunya, dia perlu berkahwin dengan Ashraf.

Tanpa diketahui oleh Puteri Nuraisha, kakak tirinya Sha turut menjalinkan hubungan sulit dengan Ashraf. Suatu hari ketika segala persiapan perkahwinan telah dibuat, terbongkarlah rahsia antara Sha dan Ashraf dalam satu kejadian yang sangat mengaibkan.

Sanggupkah Puteri Nuraisha meneruskan perkahwinan itu demi memenuhi amanat dari arwah ibunya? Atau dia akan memilih Daniel, lelaki yang sentiasa bersamanya di saat suka dan duka. Apa pula akan terjadi kepada Sha yang telah menjatuhkan maruahnya sendiri hanya kerana seorang lelaki?

Teruskan menonton drama Cik Cinderella dan Encik Tengku setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam untuk mengetahui kesudahannya.

Selamat menonton! Heheh

1 Comment:

Akim said...

Memang best drama nie.. tp geram tengok perangai akak tirinye tu yang suka sangat menyebok