Akhir-akhir ni banyak berita kematian tentang artis-artis tanah air kita telah dijemput seruan Ilahi.  Hari ini (semalam), perg...

Seniwati Veteran Momo Latif Meninggal Dunia

1:13 AM Mera Hussain 0 Comments



Akhir-akhir ni banyak berita kematian tentang artis-artis tanah air kita telah dijemput seruan Ilahi. 

Hari ini (semalam), perginya seorang lagi seniwati veteran, Momo Latif atau nama sebenarnya, Momo Makarim, 92, yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya di Woodlands, Singapura, pada jam 5.50 petang tadi (semalam) akibat penyakit darah tinggi.

Momo Latif yang terkenal dengan filem Pendekar Bujang Lapok telah menghembuskan nafas terakhir di sisi 10 anak dan cucunya. 

Anaknya, Kamaliah Latif ada menyatakan, selepas ibunya dirawat di hospital, Rabu lalu, keadaan ibunya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pembuluh darah ke otaknya pecah.

Siapa kita untuk melawan takdir Allah. Allah lebih menyayanginya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..

0 Comment: