2015 baru sahaja menutupkan tirainya pada jam 11.59malam tadi. Tentu banyak sangat memori yang tercatat dalam diari 2015 ni kan.  Yang ...

Selamat tinggal 2015! Welcome 2016!

2:23 AM Mera Hussain 3 Comments


2015 baru sahaja menutupkan tirainya pada jam 11.59malam tadi. Tentu banyak sangat memori yang tercatat dalam diari 2015 ni kan.  Yang pahit mahupun yang manis. Semua orang mesti ada punya. Huhu

Sebelum tu aku nak mintak maaf pada korang semua sekiranya aku ade terbuat salah, terlanjur kata atau perbuatan sepanjang mengenali korang. Tak kisah la kenal kat alam maya ataupun kat luar. Semoga ukhwah kita terus terjalin. Gitewww. Hehehe

Dah masuk 2016 ni mesti kene ada azam baru kan. So azam baru aku diharap semoga aku rajin lah mengupdate entry. Hahaha.. Selain tu aku continue je azam 2015. Sebab aku rasa banyak lagi wishlist 2015 tak dapat dicapai. Hahaha

Sepanjang 2015 banyak kenangan yang aku cipta. Kenangan tentang cinta, dengan keluarga, kawan-kawan... Yang manis akan aku kenang yang pahit akan aku buang dan lupakan. Kan? Takkan dah pahit nak simpan. Membazir je. Tapi, kalau nak simpan boleh tapi jadikan sebagai dorongan untuk masa depan. Haaa gitew. Hehehe

Kenangan yang best pada aku untuk 2015 ni bila aku diberi peluang masuk dalam komuniti blogger oleh ben ashaari. Serius aku rasa teruja dan macam tak sangka. Sedangkan aku dah tinggalkan blog bertahun lamanya. Huhuhu.. Tapi aku akan ambil peluang ni untuk mula aktifkan diri semula dalam dunia blogging. Terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan yang sangat memberi sokongan. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger terutama kbba team yang banyak bagi input dan pelbagai nasihat. Mengenali diorang memang suatu anugerah. Hehehehe

Dalam tahun ni jugak aku dah mula aktifkan diri dengan travel dengan geng tripleE. Hahaha.. Walaupun tahun 2015 baru pergi satu pulau insyaaAllah tahun 2016 ni cuba pergi 3pulau. Doakan hajat aku tercapai ye. Hehehe

Soal jodoh pulak aku serahkan semuanya pada Allah. So, takyah tanye aku bila nak kawen. Hahaha.. Aku bukan taknak fikir tapi biarlah semuanya ditentukan olehNya. 2015 banyak sangat kenangan pahit tentang cinta. Tapi taknak cerita. Kang tak habis 2016 kalau cerita. Hahahaha

Tapi apa yang dah berlalu biarlah berlalu. Semoga tahun 2016 ni akan membuka lembaran baru buat aku untuk lebih berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Semoga segala whislist dapat aku capai satu persatu. Semoga aku dapat bahagiakan mak. Semoga dilimpahkan rezeki yang berterusan dan semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Banyak sangat semoga. Hahahhaa.. 

Sampai sini saja. Selamat tinggal 2015. Tutup buku. Hehee

SELAMAT TAHUN BARU 2016!!

3 Comment:

Fyda Noh said...

Selamat tahun baru.. Semoga azam tahun baru tercapai & semoga tahun ni lebih baik daripada tahun2 lepas..

Mr. Doctor said...

Alhamdulillah 2015 pon MD berjaya travel jugak.. Boleh baca kat latest post MD kalau sudi.. Apapun Selamat tahun baru.. Somoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya inshaAllah.. MD singgah follow sini..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)