Korang pernah tengok tak video-video lagu kanak-kanak dari Didi & Friends? Sebenarnya video lagu kanak-kanak dari Didi & Fr...

Mari Menyanyi Dan Menari Bersama-Didi & Friends

6:04 PM Mera Hussain 2 Comments

Korang pernah tengok tak video-video lagu kanak-kanak dari Didi & Friends?


Sebenarnya video lagu kanak-kanak dari Didi & Friends ni dah ramai yang tau dan popular dah kat Malaysia ni.  Lagipun baru-baru ni rancangan ni dah ade dalam siaran Astro Ceria setiap jam 8.30pagi dan 3.00petang. Hehehe..

Anak buah aku semua suka betul dengan video-video Didi ni. Bukan diorang je suka. Aku pun suka. Siap dah hafal kau semua lagu dia. Hahaha




Semua lagu kanak-kanak dalam video Didi ni bagus sebenarnya. Selain dia ajar menyanyi dia ajar kanak-kanak cara pergerakan seperti cara melompat, tepuk tangan, kenal haiwan, mengira dan macam-macam lagi.

Banyak lagi lagu dalam koleksi Didi & Friends ni seperti:-
1.Air Pasang Dalam
2.Bunyi Haiwan
3.Rama-Rama
4.Rasa Sayang
5.Bintang-Bintang
6.Kalau Rasa Gembira
7.ABC
8.Bingo
9.Tayar Bas
10.Papaku Pulang Dari Kota
11.Ikan Kekek
12.12 Bulan
13. Lompat Si katak Lompat
14.Semut Berkawad
15.Lima Buku
16.Pak Atan Ada Ladang
17. Labah-labah

Lagu yang paling aku suka lagu Semut Berkawad. Hahaha.. Aku yakin kalau korang dengar bukan anak korang je seronok. Dengan korang-korang sekali menyanyi dan menari. Hahahaha

Kalau korang perasan kan, semua lagu-lagu masa kita kanak-kanak dulu ada dalam koleksi Didi & Friends ni. So, bila aku dengar pun kadang-kadang terimbau jugak la kenangan waktu tadika dulu. Hahaha.. 


Didi & Friends ni pun dah ade kat playstore sebenarnya. Ada koleksi lagu dan juga game. Pergi la download. Mesti budak-budak kecik suka main. Bermain sambil belajar kan. Mesti seronok. Hehehe.. Aku pulak yang terlebih excited. Hahaha

2 Comment:

Terima kasih atas info ini, bagus lah animasi Malaysia sudah berkembang.

Mommy Cici said...

I paling suka lagu Nana ada Happy Bear. my baby girl selalu joget joget ehhehe