Tidur sangat diperlukan untuk mengembalikan stamina tubuh. Posisi tidur sangat berpengaruh terhadap kesihatan. Salah satu posisi tidur yan...

Manfaat tidur dengan posisi mengiring ke kanan

12:49 AM Mera Hussain 2 Comments


Tidur sangat diperlukan untuk mengembalikan stamina tubuh. Posisi tidur sangat berpengaruh terhadap kesihatan. Salah satu posisi tidur yang dianjurkan adalah tidur dengan posisi mengiring ke kanan dan ianya adalah sunnah Rasullullah S.A.W.

Manfaat dari tidur dengan posisi mengiring ke kanan:

1. Merehatkan otak kiri. Pada dasarnya, otak manusia dibahagi menjadi dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak bahagian bertugas mengawal saraf organ tubuh sebelah kiri, begitu juga sebaliknya. Dalam aktiviti seharian, kita sering menggunakan organ tubuh sebelah kanan. Dengan tidur mengiring ke kanan, maka gantian otak kiri yang mensarafkan organ tubuh sebelah kanan. Dan ini dapat menghindarkan dari bahaya yang timbul seperti pengendapan pembekuan darah, lemak, asid sisa oksidasi, dan penyempitan pembuluh darah.

2. Mengurangi beban jantung. Dengan posisi mengiring ke kanan ketika tidur dapat membuat darah tersebar secara merata dan terkonsentrasi ke tubuh bahagian kanan. Hal ini membuat aliran darah yang masuk dan keluar jantung lebih melambat sehingga denyut jantung lebih lambat dan tekanan darah akan menurun. Tidur mengiring ke kanan membuat jantung tidak tertimpa orang lain kerana posisi jantung lebih condong ke sebelah kiri.

3. Merehatkan usus perut. Apabila seseorang tidur degan posisi mengiring ke kiri dapat menyebabkan chime ( makanan yang dicerna perut yang bercampur asid gastrik) akan terganggu dan akan memperlambat proses pengosongan usus.

4. Mencegah batu karang hempedu. Dengan tidur mengiring ke kanan menyebabkan aliran chiem lancar sehingga cairan hempedu meningkat. Hal ini dapat mencegah batu karang hempedu.

5. Meningkatkan waktu penyerapan gizi. Saat tidur akan akan terjadi pergerakan usus yang meningkat. Dengan posisi tidur mengiring ke kanan akan membuat perjalan makanan yang tercerna lebih lama, sehingga penyerapan sari makanan lebih optimal.

6. Merangsang buang air besar. Dengan tidur mengiring ke kanan akan membuat proses pengisian usus besar lebih cepat penuh sehingga merangsang gerak usus besar dan relaksasi dari otot anus. Ini akan merangsang untuk buang air besar.

7. Merehatkan kaki kiri. Dalam aktivitis seharian kita cenderung menggunakan kaki sebagai pusat pembeban sehingga kaki cepat merasa lenguh. Dengan tidur mengiring ke kanan akan membantu pengosongan vena kaki kiri sehinnga rasa lenguh lebih cepat hilang.

8. Menjaga kesihatan paru-paru. Paru-paru kanan lebih besar daripada paru-paru kiri. Saat tidur mengiring ke kanan, jantung juga akan condong ke kanan. Hal ini tidak menjadi masalah kerana jantung akan menekan paru-paru kanan yang ukurannya lebih besar.

9. Menjaga saluran pernafasan. Dengan tidur mengiring ke kanan akan mencegah jatuhnya pangkal lidah yang dapat mengganggu saluran pernafasan.

2 Comment:

waterboyz said...

perkongsian menarik ..bermanfaat

Shark Kay said...

owh...
bkn sebarang posisi upanyer.
tapi kalau dh jenis tido buas mmg ssah le.
mcm mera.
#eh