Cuti sempena Kritsmas ni adik beradik aku semua balik berkumpul. Jadi kitorang pun plan la hari Sabtu nak pergi jalan-jalan makan angin ...

Family Outing Bila Adik-Beradik Berkumpul

12:54 AM Mera Hussain 1 Comments


Cuti sempena Kritsmas ni adik beradik aku semua balik berkumpul. Jadi kitorang pun plan la hari Sabtu nak pergi jalan-jalan makan angin kat Melaka. Ikutkan dah berpuluh kali jalan-jalan Melaka ni. Tapi kali ni aku buat entry pasal Melaka

Kitorang gerak awal pagi dalam pukul 9.00pagi sebab nak elak trafik sesak kat Melaka. Biasa la cuti sekolah ditambah lagi dengan cuti perayaan kan mesti sesak punya jalan Melaka. Huhuhu...



Bila sampai je di Melaka aku dah jangka memang ramai sangat orang dan terus cepat-cepat cari tempat parking. Nasib baik banyak lagi parking kosong. Heheh.. Tempat pertama kitorang tuju adalah Menara Taming Sari.

Punya lah ramai orang kat sini sampai keluar-luar bangunan diorang beratur. Aku dengan kakak aku cepat-cepat pergi beli tiket.  Ada la dalam 40minit sampai jugak giliran kitorang. Sebelum naik brader photographer tu suruh ambil gambar dulu. Hihihi.. Ni kali kedua aku naik Menara Taming Sari ni. Aku suka tengok pemandangan dari atas. Cantik... Nah aku tunjuk gambar. Huhu






Dalam 10minit kata atas tu kitorang pun turun semula. Mak aku gayat rupanya. Tapi puas kitorang pujuk supaya jangan tengok bawah tutup mata semua. Hehehe.. Kesian mak aku. Tapi kitorang nak bagi dia merasa naik walaupun dia gayat macam mana pun. Hehehe

Selepas tu kitorang ke destinasi seterusnya. Kitorang pergi bandar hilir tengok bangunan-bangunan bersejarah kat sana. Disebabkan aku bawak mak dan yang lain ada anak kecil, kitorang tak naik atas pun. Tak larat. Hahaha









Best jalan kat sini. Seronok tengok orang naik beca. Hahaha... Sepanjang aku belajar kat Melaka dan berpuluh kali aku ke sini tak pernah sekali pun aku naik beca ni. So, sebabkan masing-masing teringin kitorang pun naik la beca ni. Hahaha . Disebabkan ramai jadi kitorang amik 4 beca. Kitorang amik rate yang paling murah iaitu RM25 sekali naik untuk pusing bandar hilir. Hehehe..






Lepas masing-masing dah kepenatan terus pergi cari makan. Hahah.. Mula-mula nak pergi try makan aiskrim dekat Sangkaya. Plan nak pergi beli lepas makan tapi tak jadi sebab kitorang pergi makan dekat Marrybrown. Jauh woo nak patah balik. Penat. Hahaha.

Lepas dah makan kitorang terus gerak balik. Nak keluar dari parking kereta jem teruk gila kot. Lebih sejam jugak la kitorang stuck nak keluar dari tempat parking. Siap aku sempat keluar kereta pergi ke tapak pasar malam sebelah tempat parking cari air. Hahaha..


Bayangkanlah aku naik kereta pukul 5.30petang tapi dekat pukul7.00 baru keluar parking. Aku nampak ada jugak beberapa buah motor polis trafik lalu-lalang tapi takda sorang pun yang berhenti jaga jalan. Kalau setakat lalu baik tak payah. Ingat ketua kampung ke nak pantau kawasan. Ape pun tak boleh.

Pada aku Melaka ni kaya dengan bangunan yang pesat membangun tapi jalan raya sesak. Kalau datang waktu cuti sekolah mesti macam ni. Hahaa.. tapi nak buat macam mana kan. Redah je la. Akhirnya kitorang sampai rumah jam10.30 malam. Hahaha. Amekaw! KL - Muar pun tak sampai 3jam. Hahah..

Tapi walau penat macam mana pun 'family outing' kitorang tetap best. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Hehehe.. Bila dah tua-tua nanti orang bukak album aku buka blog cari balik entry-entry lama aku. Hahaha..


Terima kasih Allah hadirkan mereka dalam hidup aku. Syukur...

1 Comment:

Husein Rider said...

Lama benor kita tak pergi sana. Last pegi about 9 years ago.
Btw, ada 2 3 perkataan yang typo. Thats will be hard for readers to read and understand.