Sebuah lagi drama adaptasi novel karya Dhiyana telah diangkat untuk menjadi drama bagi mengisi Slot Akasia di TV3 mulai 30 Disember...

Cinta Si Wedding Planner Drama Baru Slot Akasia

12:32 AM Mera Hussain 1 Comments



Sebuah lagi drama adaptasi novel karya Dhiyana telah diangkat untuk menjadi drama bagi mengisi Slot Akasia di TV3 mulai 30 Disember 2015 ini bagi menggantikan drama Akulah Balqis.


Drama ini telah menggandingkan pelakon hebat, Adi Putra dan pelakon baru yang cantik manis iaitu Mira Filzah. Drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd akan bersiaran selama 28 episod di Slot Akasia TV3.

 Cinta Si Wedding Planner
Haa, nampaknya makin banyak dah karya novel cinta telah dipilih oleh pengarah-pengarah filem untuk diadaptasi menjadi drama atau filem. Senangkan. Tak payah dah susah-susah cari idea nak buat drama apa. Pilih je novel lepastu buat drama atau filem. Hehehehe

Bila aku tengok gandingan pelakon ni nampak sepadan. Apatah lagi bila Adi Putra yang dipilih sebagai hero, pasti wataknya dalam drama ni juga menjadi seperti dalam dramanya yang sebelum ni. Huhuhu

Ok la, aku nak cerita sikit sinopsis tentang drama ni. Drama Cinta Si Wedding Planner ni mengisahkan tentang Zara (Mirafilzah) yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.

Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.

Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz (Adi Putra) dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.

Fariz yang sebenarnya adalah anak kepada Puan Marina. Fariz kerap bertemu dengan Zara. Disebakan itu Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz,  Zara tetap menerima pinangan tersebut.

Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.

Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland, New Zealand.

Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.

Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi miliknya?

Haa... Kalau nak tahu kene la tunggu cerita ni mula tayang dekat tv. Hehehe... 

1 Comment:

Blokwalking here. Salam kenal.