Minggu lepas mak aku baru je datang Shah Alam jaga anak buah aku sebab kakak aku pergi kursus. Khamis lepas mak aku datang lagi sebab nak j...

Bila Mak Ada..

7:33 PM Mera Hussain 1 Comments

Minggu lepas mak aku baru je datang Shah Alam jaga anak buah aku sebab kakak aku pergi kursus. Khamis lepas mak aku datang lagi sebab nak jaga ank buah kakak aku yang tak sihat. Rindu nenek katanya. Manja betul. Hahaah

Bila mak aku ada kat sini best betul. Hehe.. Rasa macam ada kat kampung pulak. Bila nak pergi kerja sarapan dah ada atas meja. Hehe... Selalunya aku mesti singgah mana-mana gerai untuk beli kuih. Tapi bila mak aku ada tak pergi kedai dah. Makan je kat rumah tak pun bawak bekal yang mak aku buat. Heheheh

Sama la jugak kalau aku balik kerja. Selalu balik kerja aku mesti cari biskut ke apa ke untuk aku kunyah. Kadang-kadang tunggu je makan malam baru makan. Hahaha. 

Bila mak aku ada kemahen petang-petang balik kerja je ada je goreng pisang la keledek goring la ubi rebus la dah tersedia atas meja. Rajin betul mak aku. Hahaha.. Harap nanti aku dah berumahtangga aku rajin laa macam mak aku. Kehkehkeh

Ni laa seronoknya bila kita duduk dekat dengan mak. Automatik berat aku kemungkinan boleh lagi naik. Hahaha.. Bukan sebab aku menyuruh tau. Tapi mak aku memang macam tu. Kalau aku balik kampung pun sama. Mak aku memang suka masak. Hehehe.. Air tangan dia memang the best!

Mak... Tinggal la lama lagi kat sini... Heheheh

1 Comment:

Fendi Rocka said...

balik kampung kasut tak tanggal lgi dah bukak tudung saja