KUALA TERENGGANU: Tragedi yang menimpa lima sekeluarga yang terkorban ketika bermandi di Air Terjun Bukit Belukar telah selamat dikebum...

5 Korban Tragedi Air Terjun Bukit Belukar Selamat Dikebumikan.

2:25 AM Mera Hussain 1 Comments


KUALA TERENGGANU: Tragedi yang menimpa lima sekeluarga yang terkorban ketika bermandi di Air Terjun Bukit Belukar telah selamat dikebumikan malam tadi.

Mohd Hasif, satu-satunya anak pasangan Mohd Halim Saiman dan Nurul Adilah @ Salaiwati Awang, yang terselamat daripada tragedi mengorbankan lima ahli keluarganya, kelihatan tenang ketika ditemui di rumah neneknya, Teh Jarah Mahmud, siang tadi. Namun, pada saat akhir menatap wajah ibu bapa dan tiga kakak kandungnya, Nurul Arifah, 16; Nurul Hidayah Aina, 11 dan Nurul Izzah, 10, sebelum upacara pengkebumian malam tadi, Mohd Hasif, 8, longlai hingga terpaksa dipapah oleh ahli keluarganya.

Jenazah lima beranak itu selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam, di sini, jam 1.20 pagi ini, selepas disembahyangkan di Masjid Pengkalan Arang jam 9.35 malam tadi.

Jenazah tiba di masjid berkenaan dengan van jenazah dari Hospital Hulu Terengganu jam 9.20 malam. Teh Jarah, 72, dari Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, di sini, yang menghidap darah tinggi pengsan ketika menatap kali terakhir jenazah lima beranak itu di masjid berkenaan.

Keluarga Allahyarham Mohd Halim, 44, dari Kampung Parit Enam, Muar, Johor tiba di masjid berkenaan jam 10 malam tadi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang upacara pengkebumian yang dipenuhi lebih 100 ahli keluarga dan rakan Allahyarham. 

1 Comment:

YB Shehan said...

sedihnya.. kesian anak bongsu sorg tu..