Hye... Assalamualaikum... Hari ni terasa rajin pulak nak masuk dapur. So teringat pulak ikan terubuk dalam peti ais. Terus tiba-tiba tek...

Terubuk Masin Masak Lemak Cili Api!

4:04 PM Mera Hussain 2 Comments

Hye... Assalamualaikum...

Hari ni terasa rajin pulak nak masuk dapur. So teringat pulak ikan terubuk dalam peti ais. Terus tiba-tiba tekak nak makan masak lemak cili padi.

So, aku pun request lah dekat kakak aku suruh masak. Hehehe.. Alaaa aku tolong jugak.. Tolong potong-potong. Hehehe.. Meh aku nak share sikit resepi kakak aku buat.

RESEPI TERUBUK MASIN MASAK LEMAK CILI API



Bahan-bahannya:-

1ekor ikan terubuk masin
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
Cili padi (letak banyak kalau nak pedas)
1 biji lada merah
1 inci halia
1 inci Kunyit hidup (serbuk kunyit)
1 kotak santan
Garam
Gula

Bahan dikisar:-

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lada merah
Cili padi



Cara-cara membuat:-

1. Buang sisik ikan terubuk dan rendamkan ikan terubuk masin selama beberapa minit untuk kurangkan masin.

2. Tumis bahan yang dikisar. Masukkan serai yang dititik bagi menaikkan baunya dan biarkan seketika sehingga naik bau dan minyak.

3. Masukkan santan yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau dan jangan biar santan pecah.

4. Masukkan ikan terubuk masin dan biarkan hingga mendidih.

5. Campurkan garam dan gula mengikut citarasa.

*tambahan
Untuk menambahkan lagi rasa boleh juga letakkan nenas dalam masakan tersebut. Kitorang tak guna nenas sebab cari nenas kat kedai takde. Hehehe

6. Taraaaaaa!!! Siap dihidang! Hehehe...


Haa,, memang tak toleh kiri kanan dah makan. Hihi. SELAMATA MENCUBA!

2 Comment:

Ucing said...

sedap tu ikan terubuk masin

Sedapnya dik....lama dah tak makan terubuk ikan masin ni....masak lemak cili api lagi...buat terliur lah dik...hihi