Beberapa bulan lalu, kakak aku ada laa belikan satu set pembelajaran bahasa inggeris untuk anak dia. Pernah dengar tak nama GLORIER ENGLISH...

Set Belajar Bahasa Inggeris Untuk Kanak-kanak

12:42 AM Mera Hussain 3 Comments

Beberapa bulan lalu, kakak aku ada laa belikan satu set pembelajaran bahasa inggeris untuk anak dia. Pernah dengar tak nama GLORIER ENGLISH LEARNING. Brand ni agak famous jugak dekat Malaysia.


Grolier english learning ni menawarkan program pembelajaran bahasa Ingeris menggunakan Reading Pen yang mendorong kanak-kanak meningkatkan kelancaran bertutur dalam bahasa Inggeris. Emm, bagus jugak benda ni. Mak pak pun dalam masa yang sama boleh jugak belajar sama-sama sambil-sambil ajar anak tu kan. Mane tahu boleh tingkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris  tu... Ye dakk??? Hehehe..



Set buku ni banyak tau.. Aku tengok pun dah macam buku budak sekolah. Hahah.. Tapi yang bagusnya buku ni boleh guna sampai anak-anak umur 10 tahun. Ok meh scroll lagi nak tahu lebih lagi tentang set grolier nie. Hihihi..



Talking English ni ada 2 set iaitu  talking story book dan talking english book.

Talking Story Book
Talking English Book
Total 2set buku ni je dah 60 buah. Belum campur yang lain lagi. Hahah.. Buat masa ni aku tengok anak buah aku Arissa memang minat dengan buku-buku ni. Bila aku ajar dia, cepat je dia absorb dan dia akan ikut apa yang pen tu kata. Cakap apple pun ikut slank kau sekarang. Haha..

Talking English Level 1
Selain tu ada jugak buku-buku mini encyclopedia yang mana membantu anak-anak belajar tentang ilmu Sains . Seronok tau buku ni sebab dalam buku ni anak-anak akan tahu banyak tentang haiwan, alam semulajadi, bumi. Anak buah aku dia paling suka bila tengok buku cats and birds. Sebab banyak gambar jenis kucing dan jenis-jenis burung. Kadang-kadang aku sendiri yang ikut tertarik baca bila ajar anak buah aku. Huhuhu..


Fun Thinking pula buku yang mengajar anak tentang kemahiran berfikir. Dah nama pun thinking kan so tentu-tentu lah buku nie uji minda anak-anak kan. Hehe..



Buku ni jugak ajar anak untuk mengenal warna, bentuk dan nombor. Pada masa yang sama boleh ajar dia susun ikut bentuk, warna atau nombor. Banyak fungsi permainan ni rupanya.. Huhuhu

Sampai sekarang aku belun habis study lagi macam mana nak main benda merah tu sebab dia ada kaitan dengan semua buku-buku yang dia bagi tu. Sebab tu dia bagi buku parenting guide tu sekali supaya parent dapat ajar anak cara nak main benda tu. Hehee

Haa,, banyakkan buku dia? Aku dah cakap. Memang kalah buku budak sekolah rendah. Haha.. Untuk permulaan macam anak buah aku yang umur baru 2tahun dia masih belajar buku level 1 untuk dia kenal ABC dan benda. Alhamdulillah dia boleh absorb cepat.

Sebenarnya harga dia pun memang agak mahal dalam RM2k macam tu. Tapi aku rasa berbaloi jugak sebab buku nie boleh diguna pakai sampai anak besar. Apa salahnya kalau melabur sedikit untuk benda yang berguna dak? Hehe.. Tapi sebenarnya buku ni kita boleh buat bayaran ansuran dengan pihak grolier. Yang paling best masa kakak aku beli set buku ni siap dapat rak buku sekali kau. Haaa, kemahen sangat anak buah aku. Kecik-kecik buku dah satu rak!. Hehehe


Dapat buku Marvel ni percuma. Kalau dekat kedai buku memang mahal buku ni.
Kenapa aku kata set buku-buku ni bagus sebabnya jelas sekali kanak-kanak sekarang membesar dengan gadjet seperti tablet, ipad, mini tablet dan pebagai lagi jenis gadjet kat luar sana yang mampu mempengaruhi minda diorang. Tapi sesekali kena juga bagi dia pegang buku supaya tak terlalu leka dengan gadjet. Atleast bila dia belajar dengan buku wujud budaya membaca pada diri dia kan. Pendapat aku lah. Huhuhu..

Haa, selain tu.. korang juga boleh klik sini untuk mengetahui dan mempelajari bahasa inggeris dengan lebih mendalam lagi. Ini pun salah satu website yang boleh dijadikan sebagai satu rujukan.

3 Comment:

ubai ismail said...

bagus ni.. boleh beli tuk anak2 saudara ^^

Mohd Adib said...

bagus ni. pendedahan awal utk sbject BI..

Jemput Singgah : Contest Review Lynk.My 2015

menarik ni.. memang berbaloi dgn harga