Ramai yang menganggap kerja tu sebagai satu bebanan bagi diri mereka. Yelah, macam mana tak terbebannya kan kalau kerja yang korang buat...

Sebab Kerja Menjadi Satu Bebanan??

8:56 AM Mera Hussain 1 Comments


Ramai yang menganggap kerja tu sebagai satu bebanan bagi diri mereka. Yelah, macam mana tak terbebannya kan kalau kerja yang korang buat tu banyak, susah atau tak familiar dengan tugasan yang diberi.. Memang boleh datang stresss wooo!!

Ada sesetengah pihak pulak kata bebanan kerja tu timbul bila kerja yang dibuat tu tak kena dengan cita rasa ataupun tak kena dengan bidang/skill yang korang ada. Memang lah.. Yang hangpa pi mintak kerja tak kena dengan kelulusan tu pasaipa. Cari nahas lah. Adoiii!! Ok, aku tak salahkan rezeki. Rezeki dah Allah bagi kan takan nak tolak. Huhuhu

Yang sebenarnya aku pun kadangkala terasa bebanan kerja jugak. Hari-hari dok menghadap kerja yang banyak dan tak pernah settle tu kan. So stress dia kadang lain macam jugak wooo.


So, aku pun cuba la google search punca-punca kita terbeban dengan kerja, macam mana nak elakkan stress tempat kerja dan sewaktu dengannya lah kan.... So, ini laa antara beberapa penyebab kenapa kerja kita ni boleh jadi satu bebanan:-

1. Rasa bosan dengan kerja/tugasan.
- Tahu tak macam mane nak tahu korang bosan dengan kerja tu? Korang dok asyik la angkat turun kepala tengok jam dan akan rasa masa tu lambat sangat berjalan dan tak sabar nak tunggu waktu balik. 

2. Rasa tak semangat nak buat kerja.
- Bila korang rasa tak semangat so automatik korang takkan boleh capai matlamat pada hari tersebut. Yang ni aku pun pernah rasa. Bukan sekali dua. Banyak kalai haih. Hahaha. Lagi-lagi bila stress menggila datang. Terus nampak bantal. Hahaha

3. Mengasingkan diri.
- Ofcourse bila korang dah bosan denga kerja yang tak jalan-jalan, kepala pun dah tingtong tahap gaban...rasa nak bercakap denga kawan-kawan kat meja sebelah pun takde mood kan? Automatik jadi pendiam terus. Itu pun aku pernah rasa tu. Tapi bila nampak makanaan mood ku akan datang balik. Eh??? Hahahaha

4. Stress.
- Stress ni sape je yang tak pernah alami kan? Semua orang kat dunia nie pernah rasa. Tapi stress dalam kerja ni korang akan rasa bila adanya gangguan-gangguan yang tak diundang tu datang. Contoh seperti sakit kepala tahap maksimum, period pain, perut memulas, rasa lesu dan sebagainya.

5. Persekitaran tempat kerja.
- Persekitaran yang tak best dalam office pun jadi salah satu punca jugak korang rasa bebanan pada kerja. Lagi teruk kalau ade kiah propa dalam department korang. Hah! Tu bukan setakat bebanan kerja je. Semua terbeban! Hahaha. Nasib baik tempat kerja aku takde kiah propa. Hehehe

Tak dinafikan, dalam kalangan kita even yang bekerja dalam bidang yang kita suka pun mesti ada jugak rasa seperti diatas kan??? Eleh tipu lettuw takde. Hehehe

So, bila berlaku perkara macam tu jangan la korang biarkan. Tak pasal-pasal kena jerkah dengan bos rosak reputasi wey.. Kena bertindak sesuatu.. Meh, aku kongsi tips. Hehe

1. Bila rasa bosan try buat kerja yang berbeza.

2. Kalau rasa tak semangat pergi pantry buat kopi pekat-pekat! Haha. 

3. Try motivasikan diri dan mengangap kerja sebagai satu ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai.

4. Kalau rasa tak boleh tumpu pada kerja try curi sedikit masa berborak dengan rakan untuk hilangkan rasa tekanan. 

5. Sekiranya korang dah stress tahap maksimum dengan kerja tu, tukar je la syarikat lain.  Cari syarikat/ kerja yang boleh gembirakan diri sendiri. 

6. Pastikan meja kerja tersusun dengan rapi supaya tidak terasa serabut ketika buat kerja.


Haa,, ini je lah yang dapat aku kongsikan. Harap-harap membantu jugak lah pada korang dan pada diri aku. Ingat... Kipidap! Dongibap! Hehehe

1 Comment:

Encik ST said...

bukan makan ke bila stress? apasal tak masuk senarai? haha..