Hari ni aku sambung lagi dengan topik percutian aku ke Sabah. Hehehe. Yang terlepas baca post aku masa kat bohey dulang tu boleh baca sini ...

Part II- Cuti-cuti Di Sabah

4:03 PM Mera Hussain 3 Comments

Hari ni aku sambung lagi dengan topik percutian aku ke Sabah. Hehehe. Yang terlepas baca post aku masa kat bohey dulang tu boleh baca sini. Heheee



Hari ke-3 ni kitorang akan keluar dari pekan Semporna untuk pergi ke Pulau Mabul. Pagi-pagi buta lagi kitorang dah bangun dan siap-siap nak check out hotel. Kemahen excited lagi kitorang nak pergi mabul. Huhuh..

Sementara tunggu pekerja Uncle Chang datang jemput kitorang, jom pekena roti canai dulu kat sini.


Rupanya kat perkampunagn kecil macam ni pun ada kedai mamak. Mamak sini pun fasih dah cakap sabah weyy... Hahaha.

10minit kemudian pekerja Uncle Chang datang ambil kitorang untuk ke jetty umum. Fuhh.. Bagus betul Uncle Chang ni. Dah la pakej murah. Lepastu siap jemput kitorang depan pintu hotel lagi nak pergi jetty umum. Huhuhu


Perjalan ke Pulau Mabul agak jauh jugak lah lebih kurang dalam 1jam setengah hingga 2jam. Sepanjang perjalanan aku nikmati setiap keindahan pulau ni. Cantik wey. Memang cantik! Aku dah jatuh cinta dengan air laut ni. Hahahaa

Selepas 2jam perjalanan kitorang sampai jugak dekat Uncle Chang Mabul Resort Dive Lodge. Yang pakai seluar katok tu bukan Uncle Chang eh! Hehehe.


Sebenarnya kitorang tiba di jetty ni pun dah lambat dan kitorang dah terlepas satu trip snorkeling kat pulau mabul ni. Tapi tak rugi pun sebab nanti boleh snorkeling lagi... Dalam pakej kitorang ada 3x trip snorkeling. So blh berendam puas-puas! Hehehehe

Sementara nak tunggu snorkeling kitorang masuk bilik dulu letak barang dam rehat. Hehehe




Cantik view dari bilik kitorang. Bukak je pintu belakang boeh nampak perkampungan rumah orang bajau dan sulu. Diorang pun ada astro ok! Mesti sebab nak tengok AF ni. Hahaha

Pukul10.50 kitorang keluar bilik dan siap-siap nak pergi snorkeling dekat pulau mabul dan pulau Kapalai. Arghh!! Tak sabar nak tengok penyu!. Hihiks

Sementara tunggu main dulu permainan ni. Mainan ni susah ok nak main. Kene focus betul-betul baru boleh masuk. Bila dah masuk memang satu kepuasan laa untuk korang! Huhuhu

video

Dari jetty ke pulau kapalai tak jauh pun. Dalam 5-10minit je. Sepanjang perjalan tu aku nampak banyak resort yang ade dekat sini. Serious memang cantik-cantik wey... tapi duit pun kene cantik la. Hahaha

Masa snorkeling kat sini lah aku jumpa penyu besar. Besar wey.. aku yang tengok pun jakun sampai jerit-jerit ade penyu bawah kaki. Hahahaha

Gambar dari google
Tapi dive master tu cakap kalau nak tengok penyu lagi besar ada banyak dekat Pulau Sipadan. Banyak dan besar-besar!. Huhuhu


Lepas 45minit snorkeling kitorang balik semulIa ke chalet untuk makan tengah hari. Lepas makan tengah hari dalam pukul2 macam tu kitorang sambung balik snorkeling kat Pulau Mabul. Hehehe

Snorkeling kat sini best. Nampak banyak ikan cantik-cantik. Ikan Nemo, Pikachu Nudibranch, frogfish, Ghost Pipefish, Batfish dan kebanyakan ikan dekat Pulau Mabul ni adalah jenis micro.

Gambar dari google
Kalau bertuah boleh lah nampak ikan-ikan micro ni masa tengah snorkeling. Hihihi
Lepas 30minit snorkeling kitorang naik bot dan terus balik ke chalet semula.

Aktiviti kitorang kat mabul dah habis. So, kitorang ambil kesempatan round perkampungan orang bajau dan sulu. Jom tengok ape ada dalam kampung ni. Hehehe



Masjid yang terdapat dalam perkampungan orang bajau dan sulu.
Kedai makan orang bajau.


Chalet lain bersebelahan dengan chalet Uncle Chang.
Sebenarnya kat Mabul ni takda apa aktiviti sangat pun boleh buat. Yang bestnye snorkeling dan dive je. Sebab nak tengok ikan yang cantik dan penyu besar-besar. Huhu

Hari keempat pula adalah hari terakhir kitorang kat sini. Pukul 9.00 pagi kitorang dah kemas-kemas nak gerak balik KL semula.


Bot ke Semporna dalam pukul 10.00pagi. Sampai di Semporna, kitorang terus naik kereta ke bandar Tawau untuk beli sikit cenderahati. Hehehe.

Semua pakej di Mabul kitorang ambil pakej dari Uncle Chang. Memang sesuai untuk mereka yang rancang untuk percutian bajet. Huhuhu



3 Comment:

Julia Johari said...

Fuhhhh puas hati pi tgk pulau mabul, syoknya, kena kumpul duit ni nak pi hehehhe sis pernah ke Tawau, cuma belum kesempatan utk ke mabul sebab pi pun ats urusan kerja...mera TQ review at least akak boleh cuci mata hehhehe

Bestnya adik dah pergi ke pulau mabul....akak belum pernah pergi lagi ni...InsyAllah ada masa nak pergi juga ni..

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA