Hye.. Assalamualaikum.. Dah menjelang tengah hari ni perut tiba-tiba lapar. Padahal baru je lepas makan tadi. Hehe. Tadi tengah scroll-...

Ocean Treasure Live Seafood!

1:12 PM Mera Hussain 2 Comments

Hye.. Assalamualaikum..

Dah menjelang tengah hari ni perut tiba-tiba lapar. Padahal baru je lepas makan tadi. Hehe. Tadi tengah scroll-scroll gambar kat dalam phone tiba-tiba ternampak makanan seafood yang aku makan masa bercuti hari tu. Nama kedai makan tu Ocean Treasure Live Seafood Restaurant. 



Restoran ni adalah restoran milik orang cina, tapi semua makanan kat sini disahkan halal. Masa first time sampai sini, aku suka view dia sebab betul-betul sebelah laut. Lagi la kalau time senja. Boleh tengok matahari terbenam. Cantik! Hehehe.




Bila tengok menu kat sini mcm-macam ikan ada. Tapi malam tu niat nak makan lobster tapi macam nak save bajet kitorang makan benda lain. Tengok kat bawah ni. Hehehe

Ketam masak telur masin.
Ikan masak sweet sour
Mantis masak butter.
Sayur kangkung masak belacan
Tomyam campur
Ketam masak butter
Aku tak nafikan, masakan kat sini sedap-sedap! kalau blh nak order banyak-banyak ketam ni. Hehehe.. Ada tips tau, kalau nak makan ketam sedap cari la ketam betina. Haaa, ketam aku makan ni semua ketam betina. Hehehehe

Alamat:
Ground Floor, Lot C1, Semporna Sea Front Township, Semporna.
No Tel:
016-3239009


2 Comment:

Cikk Mimin said...

pheww ! dap dap

Wahh....semua menu yang terhidang tu buat akak terliur lah...semua pun sedap²...