Ramai yang tak tahu kan tentang perkara ni. Selalu orang amalkan makanan dan minuman supaya dapat elakkan rasa senggugut bila datang bulan....

Minuman Selepas Period??

10:49 PM Mera Hussain 0 Comments

Ramai yang tak tahu kan tentang perkara ni. Selalu orang amalkan makanan dan minuman supaya dapat elakkan rasa senggugut bila datang bulan. Sebenarnya, ada jugak minuman untuk selepas datang bulan. Hehehehe. 

"dah 3bulan amal minum ni . mmang bdan rasa ringan , sendawa besar . bau badan pun berkurang . rasa sihat je. aku mmang suka amal benda mcm ni lbeh percaya cara lama dri ubat2 kalau libatkan dalaman ."

Emm, Sebenarnya aku dapat info ni dari rakan whatssap dan aku sendiri baru tau. Hehehe.. Meyh nak kongsi tips dia. Macam berkesan je kan? Huhuhu

MINUMAN SELEPAS PERIOD

Bahan-bahan:-

1 ulas Halia ( besar ibu jari )
1 ulas kunyit (besar ibu jari)
2 batang serai
2 helai daun pandan
Madu / gula batu (ikut rasa)
3 cawan air

Sekiranya mengalami masalah keputihan, boleh jugak tambah daun sireh 2helai.

Selain tu jugak boleh tambahkan 1 biji manjakani untuk merapatkan bahagian bawah. Yang ni untuk anak dara tak digalakkan buat ye. Hehehe.

Cara-cara membuat:-
- Basuh bahan-bahan diatas dan hiris bahan tersebut.
- Rebuskan semua bahan tersebut dari 3 cawan air hingga menjadi 1 cawan air.
- Selepas air dah kering menjadi 1 cawan, tutupkan api dan minum ketika suam ( tak perlu di blend )

Kelebihan air ini:-
-menbersihkan rahim selepas period
-mengeluarkan angin
-anti kanser
-memecahkan lemak2
-mengurangkan masalah bau badan
-masalah kemaluan berbau.

Air ni seeloknya diminum sebulan sekali selepas period . Sebabnya penggunaan manjakani, sireh  , kunyit yg berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dalam erti kata lain juga boleh cepat monopous. Ianya macam ubat lain jugak kalau kita amik berlebihan nanti ade kesan lain pulak kan? So, minum sebulan sekali je after haid. Hehehe

Air ni sesuai diminum oleh anak dara, mak dara dan juga ibu yang menyusukan bayi ( ikut kesesuaian bayi ). Untuk ibu mengandung TAK disarankan minum.

SELAMAT MENCUBAAAA!! Hihiks.

0 Comment: