Bila perkara macam ni berlaku tentu buat kita dilema dan takut untuk menerima cinta baru,selalunya kaum wanita yang rasa ketakutan ini, seb...

Masih Belum Bersedia Atau Kecewa??

12:36 AM Mera Hussain 1 Comments

Bila perkara macam ni berlaku tentu buat kita dilema dan takut untuk menerima cinta baru,selalunya kaum wanita yang rasa ketakutan ini, sebab taknak hatinya dilukai lagi. Seperti aku???

"Bila aku imbau balik kisah aku dengan dia 3 tahun lepas semuanya indah. Tapi hubungan tu terputus semula 4 bulan yang lalu. Bukan sekali bukan 2kali tapi dh berkali-kali.. Hmmmm"

Memang tak dinafikan kalau kita melalui peristiwa hitam ini, kita akan menyalahkan diri sendiri kerana mengalami kekecewaan dalam perhubungan. Confirm akan keluar ayat "kenapa aku tersalah memilih orang?"Kalaulah aku tahu nak jadi macam ni,serius aku tak nak bercinta!!"

Hakikatnya, kecewa itu sebenarnya sesuatu yang perit dan sukar untuk diterima lebih-lebih lagi orang yang kita pernah sayang. Sayang yang terlampau. 

Hati kita ni kalau kita didik untuk rindu dan sayang pada seseorang tu lama lama ianya akan jadi terbiasa. Sebab tu kita perlu move on supaya kita tak terlalu kenang peristiwa lepas. 


Sebenarnya mudah je nak atasi perasaan tu... Cuba kita buka minda dan terima hakikat bahawa dia bukanlah jodoh untuk kita. Berusaha mencari kebahagiaan yang kita selalu impikan. Aku tahu.. susahkan? Sebab aku pun alami benda yang sama. Huhuhu..

Ramai yang cakap, jangan jadikan kekecewaan yang lalu tu sebagai alasan untuk kita menolak orang yang ingin mengisi ruang hati kita.. Kita kena bagi peluang pada orang lain yang ikhlas untuk terus bercinta dengan kita.

Ya, memang betul.. Tapi bukan semudah tu kita boleh bagi hati dan perasaan kita pada seseorang tu walaupun dia suka pada kita kan??? 


Tapi sampai bila aku nak terus macam ni? Sampai bila aku nak marah pada lelaki? Sampai bila aku nak tutup pintu hati aku?

Aku sedar.... Walaupun kita pernah dikecewakan, disebalik yang berlaku aku pasti ada hikmahnya yang tersendiri dan kita perlu fikir bahawa semua insan di dunia ini mampu untuk memiliki kehidupan yang bahagia. Semuanya telah diaturkan oleh Allah, hanya kita yang perlu berusaha kearah itu. 


*Moga aku dipertemukan dengan insan yang betul-betul ikhlas pada aku... bersediakah aku??? Huhuhu

1 Comment:

InsyaAllah ada jodoh awak kelak mera dengan insan yang ikhlas memahami awak. Banyakkan berdoa dan bersabar.😊