Drama Tuan Anas Mikael yang sedang hangat dikaca tv siaran astro ria kini bakal mengakhirkan episodnya pada khamis ini. So korang dah tahu...

Drama Baru Astro Ria | TERSUKA TANPA SENGAJA

10:15 PM Mera Hussain 1 Comments

Drama Tuan Anas Mikael yang sedang hangat dikaca tv siaran astro ria kini bakal mengakhirkan episodnya pada khamis ini. So korang dah tahu tak apa drama terbaru yang bakal ganti cerita TAM?? Meh scroll entry ni. Dengar-dengar sedara aku berlakon. Hehehe


Drama terbaru adaptasi dari novel Tersuka Tanpa Sengaja iaitu nukilan Pena Kayu pula diangkat ke skrin TV oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Wahhh... dengarnya drama ini telah dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat-hebat. Mesti best cerita ni.

Kalau nak tahu drama ni juga telah mendapat sentuhan pengarah berkaliber Keoi Haji Khalid. Tak sabar rasanya nak tengok drama romantik komedi ini yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada minggu depan. Korang pun mesti dah tak sabar kan??

Haa,, meh kita usha sikit barisan pelakon dan watak yang dibawa dalam drama ni. Huhu
JUDUL : TERSUKA TANPA SENGAJA
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 7 Disember  2015, Isnin-Khamis jam 10 malam
SIARAN : Astro Ria
NOVELIS: Pena Kayu
SKRIP: Wan Mahani binti Wan Hassan
PENGARAH : Keoi Haji Khalid
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd / Idea Kreatif

PELAKON : Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi

WATAK PELAKON
Amar Baharin - Doktor Syed Arif 
Emma Maembong - Farhah
Amyra Rosli - Katrina
Hafreez Adam - Doktor Armand
Natasha Elyzza - Azrina
Kuza - Datin Khalida
Watie Sadali - Kak Naila
Azri Iskandar - Dato Alias
Ajeera Rosli - Linda


1 Comment:

aRz MoHa said...

gandingan pelakong hebat ni...pasti menarik...


singgah sini dari arzmoha.com