Ye!! Akhirnya aku dipertemukan jugak dengan dia yang bernama Shah Indrawan atau dikenali sebagai Tomok. Hehehe Jumaat lepas aku ber...

Akhirnya Kami Dipertemukan!!

8:26 AM Mera Hussain 3 Comments

Ye!! Akhirnya aku dipertemukan jugak dengan dia yang bernama Shah Indrawan atau dikenali sebagai Tomok. Hehehe


Jumaat lepas aku bersama rakan blogger Ben Ashaari baru je dapat tiket percuma dibawah team #tomokianz untuk menonton Juara Parodi yang diadakan dipentas Teater Diraja Shah Alam dan bersiarang secara langsung di Astro Warna dan Mustika HD. 


Haa, cuba tengok ape aku dapat lepas daripada show tu?? Huhu.. Akhirnya aku dapat jugak dipertemukan dengan Tomok! Tomok weyh! Tak tau kenapa teruja sangat. Hahaha.. 

Mungkin pada korang, ,"ek eleh.. tomok je pun". Tapi pada aku sangat berharga pertemuan ni. Aku memang dah lama sangat teringin nak jumpa Tomok ni sebab aku follow dan minat dia sejak dari kecil lagi tau. Sejak lagu sejarah mungkin berulanggg tuu. Hehehe

Tomok ni memang sporting habis. Dia layan fans dia macam kawan-kawan je. Tak sombong langsung. Tengok ni.. Tomok pun dah dapat badge dari KBBA tau. Hehehe


Sebenarnya apa je yang melibatkan Tomok ni aku akan ikut dan support. Hahaha.. Nampak tak dia punya minat sampai macam tu sekali! Hahah

Sepanjang aku tengok JP, perjalanan team #CubaTeka gandingan Tomok dan juga Rahim R2, mereka ni saling melengkapi. Tomok nyanyi memang best! Rahim punya lawak pun menjadi. So, ibarat ada chemistry la antara mereka berdua ni. Huhu.. Aku tak sabar nak tunggu diorang punye show minggu depan yang bertemakan "bantal busuk". Hahahaha 

Ape pun aku pasti vote dan terus support #CubaTeka sampai ke akhir rancangan. Korang kat luar sana pun jangan lupa undi #CubaTeka sebab persembahan diorang tak pernah hampakan penonton.


*p/s: Kalau korang undi #CubaTeka nanti Arrian belanja ayam guring! Hehehe.. gurau je. Haha..

3 Comment:

gulew kapas said...

awak ni hari2 cantik. jeles saya ^_^

Cikk Mimin said...

mesti dpt tgok show arwah pak yus kan. Al fatihah
kau jgn lupa undi dok. hari tuu yg super spontan aku vote rahim . hahahahabis kredit aku

Tomok ni ageless je kan..
Nampak mcm budak2 je lagi