Dah habis seminggu baru ada kesempatan nak update entry ni. Hehehe. Maaflah. Sibuk sangat lately ni. Ok ok, jom scroll. Agak panjang sediki...

Part I-Cuti-cuti di Sabah

8:19 AM Mera Hussain 12 Comments

Dah habis seminggu baru ada kesempatan nak update entry ni. Hehehe. Maaflah. Sibuk sangat lately ni. Ok ok, jom scroll. Agak panjang sedikit. Jangan jemu baca ye. Hehehe

Minggu lepas aku baru balik pergi bercuti di Semporna, Sabah. Alhamdulillah aku pergi dan balik dengan selamat. Hihi.. Percutian kali ni aku pergi bersama 3 orang lagi kawan aku iaitu emma, eryn dan elyn. Pergi dengan diorang memang best gila. Semua kepala weng!. Hahaha

Hari pertama aku sampai kat Sabah dah petang. Jadi takde aktiviti apa pun yang kitorang buat. Sampai di Semporna aku check in hotel dan terus pergi cari makanan sebab masing-masing dah kelaparan tak makan dari pagi. Hehehe.. Lepas makan kitorang balik hotel dan rehat untuk mulakan aktiviti pada hari kedua. Tak sabarrrr!!!!

Keesokan pagi, kami bangun awal pagi untuk bersiap pergi ke Taman Marin Tun Dakaran (TMTS) untuk misi mendaki di pulau bohey dulang. Ini adalah salah satu misi juga kenapa kami memilih tempat percutian kami di Semporna. Mostly yang datang ke sini memang akan suggest untuk ke sini sebab katanya pemandangannya cantik sangat. So, bila aku google pun tak dinafikan memang cantik pulau bohey dulang ni. Dengan itu aku tak sabar nak lihat dengan mata kepala aku sendiri! Woohoooo... Hehehe


Jam 8.20pagi macam tu kitorang dah siap-siap dengan baju mandi sekali.
Hehe excited nak snorkeling. Huhuhu.. Disebabkan kitorang bermalam di City Inn agak jauh sedikit kitorang berjalan kaki dari hotel untuk sampai ke jetty.

Jam 8.30 pagi kitorang dah berada di Jetty. Boat pun dah sedia menunggu kitorang rupanya. Hehehe.. Aaarghhh!!!! Aku dah rasa tak sabar sangat! Nak hiking, nak snap gambar banyak-banyak nak selfie. Arghhh!!! Tak sabar tak sabar! Oppss terover pulak. Hihi

Perjalanan dari jetty Semporna ke Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) ni mengambil masa lebih kurang dalam 2jam. Jauhnya ibarat Melaka ke Kuala Lumpur. Kau rasa?? Penat jugak duduk dalam bot lama-lama. Sakit punggung weyh. Hahah. Hampir dua jam kemudian kami pun sampai ke Pulau bohey dulang. Subhanallah!!! Memang cantik!


Ikhsan google
Terpegun aku tengok bukit ibarat gunung ganang, kecantikan air laut dengan coral yang banyak kat permukaan laut. Wooowwwwww!!

Sebelum memulakan pendakian kitorang diminta untuk mendaftar nama terlebih dahulu. Ini bertujuan supaya sekiranya ada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pihak polis yang bertugas disitu dapat mengenlpasti identiti pelancong tersebut.

Sebelum tu kitorang berkumpul dan diberi sedikit penerangan sebelum naik ke bukit. Kitorang adalah team terawal sampai untuk naik keatas dan dalam trip kitorang ni ada 3orang pelancong dari China turut sama dalam trip pertama ni. Masa briefing kitorang diberitahu bahawa di sepanjang pendakian ini, jangan menjerit sekiranya terjumpa dengan ulat gonggok, ular tedung dan ular kapak. Bunyi dah seram!


Masing-masing tunjuk muka dah tak sabar nak daki.  Sebelum tu, sape nak pergi tandas dipersilakan sebab sepanjang pendakian takde tandas mahupun RnR tau. Hehehe. So, ape tunggu lagi?? Semua orang dah ready… Jom mendaki!!!

Sewaktu nak naik bukit tu abang renjer ni bagitahu ketingginya bukit ni dalam 300 meter, tapi untuk kita jalan naik ke atas lebih kurang 600 meter. Aku tanye pada abang ranjer tu "lama tak nak sampai puncak??" Dia jawab "kebiasaannya lebih kurang 45 minit dah boleh sampai puncak…tapi kita lakukan ikut kemampuan, jangan terkejar-kejar untuk sampai ke atas. Kalau lambat dan mahu stop kita tunggu..".


100m perjalanan aku dah terasa penat dan keluar peluh. Hehehe. Sebabnya jalan ni curam dan memerlukan banyak tenaga untuk daki bukit ni. Memang memerlukan mental dan fizikal yang kuat untuk mendaki. Huhuhu

Setelah 200meter pendakian, kitorang hanya tinggal berlima. Salah seorang daripada kitorang dah turun ke bawah semula sebab dah tak larat nak teruskan pendakian. Fuhhh~

Sementara tu kitorang minta abang ranjer berhenti sekejap untuk rehat. Dada aku dah tercungap-cungap kepenatan. Sama seperti kawan-kawan yang lain. Tapi kawan aku sorang ni rileks je lagi. Macam tak penat pulak. Aku siap berhenti makan sekejap sampai abang rajer kata first time jumpa orang macam aku berhenti nak makan lagi masa mendaki. Hahahahaha...

Abang ranjer tu cakap dalam kawasan 200m ni pokok terlalu banyak dan rapat-rapat. Jadi oksigen kurang so kita kena cepat sikit sampai ke area 300m. Fuhhh memang penat!! Ada lagi 400meter ok! Nampak macam dekat tapi sepanjang pendakian jalan curam! Dalam hati aku larat ke ni nak sampai... Ok, jom teruskan..


Hampir 400meter pendakian, aku rasa pening dan tak larat dah dan aku muntah akhirnya. Kawan aku pun nampak sama tak larat jugak. So, kitorang rehat lagi 5minit. Dalam hati aku cakap bila laa nak sampai ni. Aku dah penattt! Hahah

5minit kemudian kitorang tetap gagahkan diri untuk sampai ke puncak tak kira apa pun jadi! Hehehe. Lagi 200meter pendakian jalan dah tak curam dah dan 15minit kemudian kitorang pun sampai ke puncak! Yeay!!


Subhanallah!! Cantiknya pulau ni.

Haaa, cantik sangat kan bohey dulang ni. Tak sia-sia tau bertahan sampai puncak. Kikiki..

Ok, nak kongsi info sikit apa yang aku tahu tentang tempat ni… Taman Marin Tun Sakaran, yang mana dikenali sebagai Semporna Island Park,  yang terdiri dari 8 buah pulau— Bohey Dulang, Bodgaya, Sebangkat, Selakan, Mantabuan, Sibuan, Maiga, dan Church Reef dan Kapikan Reef. Pulau Bohey Dulang dan Pulau Bodhgaya adalah sisa-sisa gunung berapi pupus manakala Sebangkat dan Selakan ialah dua pulau-pulau berlandaskan bukit batu kapur.

Selepas 30minit kat atas ni, kitorang pun turun semula untuk pergi snorkeling di Pulau Sibuan.

Sebelum tinggalkan pulau bohey dulang, kitorang ambil sedikit masa untuk meninjau sekitar Taman Marin Tun Sakaran.


Lepas dah puas pusing semua tempat kitorang terus naik boat pergi snorkeling di Pulau Sibuan.  Kebanyakannya cakap Sibuan paling cantik untuk snorkeling. Banyak coral kat sana. Perjalanan ambil masa dalam 15minit. Tak jauh pun dari Pulau bohey dulang.


Pulau Sibuan ni kecil je dan pulau dijaga oleh beberapa orang askar. Perkampungan kat sini pun tak besar dan penduduk pun tak ramai. Ada beberapa buah rumah je kat sini.

Dari jauh aku boleh nampak ramai yang snorkeling dan diving kat sini. Tengok cuaca baik. Memang hitam lah aku lepas ni.. snorkeling tengah-tengah panas. Hahaha.

Sebelum snorkeling kitorang dibawa ke pondok untuk register nama. Dah settle semua kitorang pun terus merendamkan diri. Hihihih


Dekat sini coral pun kebanyakan ada dekat kawasan air cetek. Jadi kalau nak snorkeling kena cari tempat yang dalam sikit supaya kaki atau badan korang tak luka-luka macam aku akibat terpijak coral-coral yang banyakkat situ. Hahaha sakit woooo...Sorry sebab tak dapat tunjuk gambar coral. Takde gopro nak bawak handphone masuk laut. Huhuhu

Untuk pengetahuan, Pulau Sibuan ni betul-betul bersebelahan dengan Pulau Maiga. Pulau ni kotor dan banyak sampah. Kat sini kitorang takde buat apa pun. Cuma datang amik gambar dan pemandangan kat sini je.

Ikhsan google
Kawasan ni cantik, cuma dicemari dengan sampah sarap macam botol kosong dan plastik makanan yang dibuang orang-orang bajau laut kat sini. Tapi takde la bau busuk ke apa.. Air laut masih terjamin cantik, biru dan tenang je.. Haa.. Kat sini langsung takde ombak macam kat pulau- pukau disemenanjung tau.


Sorry terspam gambar. Hehe.. ni kitorang bergambar depan Pulau Maiga lepas register nama nak snorkeling kat Sibuan. Ta perlu naik bot pun pergi. Jalan kaki dah boleh sampai. Tak sampai 5minit pun. Huhuhu

Selepas puas bersnorkeling kitorang terus balik ke bot untuk pulang semula ke Semporna. Naik je bot tak lama lepastu masing-masing tertidur. Hahaha.. Mungkin sebab dah keletihan daki bukit dan snorkeling. Sampai je di semporna kitorang terus cari makan dan balik ke hotel sebabasa tu mata memang nampak bantal je.Serious penat! Nak rehat untuk keesokan harinya pulak. Hehehe....

Haaa, untuk hari ketiga kitorang pergi ke Mabul pulak. Penat nak taip. Tunggu next entry ok.... hehehehe

12 Comment:

ucing said...

menarik ;)

Anonymous said...

bestnyaaa.
very beautiful :)
nty bawak i p plak k. hahahahah :D

Ben Ashaari said...

Menarik!

Anonymous said...

Bestnyaa mcm nk pergii je

Bestt macam nak pergi jee

Anonymous said...

Part 2 semoga banyak gmbr saya di paparkan. Yg benar dan ikhlas. Eryn comel. Haha

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

Assalamualaikum..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
+6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
Email : borneokinabalutour@gmail.com

Cahaya Farah said...

bestnyer mera...aktiviti mendaki...snorkeling...etc
baca entry mera ni terbayang saya pun di lokasi yang sama...:)
gambar-gambar yang di share sungguh menarik dan mempesona

Julia Johari said...

Cantik sungguh Pulau Bohey, tak sia2 dok dlm bot 2 jam hehhee

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin).

Harga sewa Kereta :
# Suzuki APV/ Toyota Avanza/ Daihatsu Luxio/ Nissan Evalia [6-7 seat]
Rate: IDR 350.000

# Toyota Innova [8 seat]
Rate: IDR 500.000

# Kia Pergio [9-10 Seat]
Rate: IDR 500.000

# Coaster Isuzu Elf Short [11-12 seat]
Rate: IDR 600.000

# Coaster Isuzu Elf Long [19 seat]
Rate: IDR 800.000

# Toyota Hiace Commuter [15 seat]
Rate: IDR 850.000

*Include : Minyak, Parking fee, Tol, Driver, Drivel meal and kereta
*Exclue : Entrance fee ke tempat-tempat Pelancongan untuk persons dan kereta.

Untuk tempat lawatan boleh ikut tentatif program yang sudah di sediakan atau ikut plan sendiri.
Harga yang kami tawarkan pun boleh kira jimat sangat dan berbaloi. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

Call : +6282262272279
WhatsApp : +6282280000071
Email : podomorootransportbandung71@yahoo.com
Blog : http://podomoroopelancongbandung.blogspot.co.id (Podomoroo Transport Bandung)
Facebook : Podomoroo Transport
Fanspage : Podomoroo Transport Bandung


Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan / Puan untuk ke Bandung.


Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Podomoroo Transport Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Wassalam, Terima kasih...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com

Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Untuk apa cari harga yang lebih murah jika service nya kurang berbaloi dan tidak memuaskan ^_^
Wassalam dan Terima Kasih.. ^_^

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA