Hari ni nak share sesuatu dengan korang semua. Ada satu restoran masakan kampung yang super awesome sehebat air tangan ibu tau. Nak ta...

UmmizaCafe Masakan Kampung Terbaikk

8:16 AM Mera Hussain 9 Comments


Hari ni nak share sesuatu dengan korang semua. Ada satu restoran masakan kampung yang super awesome sehebat air tangan ibu tau. Nak tau tak Restoran ape?

UMMIEZACAFE MASAKAN MELAYU & ORIENTAL

Hari Sabtu lepas aku dan family KelabBloggerBenAshaari telah membuat food review di Ummiza Cafe yang terletak di Jenderam. Hampir 40 orang blogger yang datang joint memeriahkan food review ni. Ramai kan? Memang ramai dan meriah bak ang! Hahahah. Terima kasih kepada Ummiza Cafe kerana sudi menjemput kami.
Sumber dari team KBBA
UMMIZA CAFE | Sampai hari ni masih terbayang-bayang masakan-masakan yang sedap kat Ummizacafe tu. Bayangkan lah 17 menu dihidangkan untuk kitorang review. So, korang rasa macam mana? Memang tak tahu la kan nak pilih menu mana satu yang harus di ngapp masuk mulut kan. Semua sedap-sedap belaka. Aku tengah menaip ni pun masih dok terbayang-bayang lagi lauk-lauk yang ada. Memang sedap! Kena dengan tekak la senang cakap. Hehehe..

Menu yang dipilih
Semua masakan di restoran ini di masak oleh ibu pemilik restoran ini. Restoran ni sangat mengamalkan kebersihan. persekitaran pun bersih. Nak makan pun selesa. Service dan layanan yang diberikan oleh mereka memang tip top lah. Kesemua mereka sangat mesra dan peramah. Eii, memang best lah restoran ni. 

Ok, korang pun mesti dah tak sabar nak tahu menu-menu yang ada kat restoran ni kan. Ummiza Cafe ni menyediakan sarapan pagi dan jugak tengah hari tau. Haa, kuih muih dekat sini pun sedap-sedap. Mavelesss gitew!



Antara kuih muih yang terdapat di Ummiza Cafe

Di bawah ni senarai-senarai menu setiap hari yang disediakan di restoran Ummiza Cafe untuk tengah hari.
1. Ayam goreng  
2. Ayam masak merah
3. Ayam kicap berlada
4. Ayam masak lemak cili api
5. Ikan kembung berlada
6. Ikan keli berlada
7. Asam pedas ikan
8. Sambal udang petai
9. Gulai ayam kg campur kentang
10. Gulai rebung
11. Gulai pucuk ubi
12. Kari daging cmpur kentang
13. Gulai siput sedut
14. Sayur kubis campur
15. Sup cdawan
16. Ulam 2
17. Sambal bilis

Ikan Keli Berlada
Ayam Masak Merah
Sasak Lemak Siput Sedut
Sayur goreng kubis
Gulai pucuk ubi
Sambal ikan blis
Sup cendawan
Ikan kembung berlada
Ikan Kembung goreng
Ayam masak lemak cili api
Ayam kicap berlada
Sambal udang petai
Ulam-Ulaman
Terliur tak? Terliur tak?? Confirm terliur kan tengok menu-menu kat situ. Hehehe.. Ok, dah puas baca and tengok menu-menu sedap kan. Dibawah ni tertera alamat restoran.

Alamat:-
UMMIZA CAFE
No. 229 Batu 29, Kampung Jenderam Hulu Dengkil

Waktu OPerasi
7.00pagi - 3.00pm | Isnin-Sabtu


Untuk pengetahuan semua, Ummiza Cafe juga menyediakan tempahan untuk catering. Tetapi terdapat kekangan dimana peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan. Atas sebab kurang kakitangan, tempahan diambil hanya untuk 300 orang kebawah contohnya majlis makan keluarga,pejabat, harilahir dan ulangtahun.

Harga pula berdasarkan harga dipasaran Dan kuantiti lauk yg ditempah. Untuk sebarang tempahan boleh hubungi :-
Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569

Apa yang boleh aku katakan, semua makan kat sini sedap dan semua masakannya terasa. Bila dah makan sekali memang rasa nak datang lagi dan lagi. Memang terasa air tangan ibu! Terima Kasih Ummiza Cafe. Memang berpuas hati! Hehehe



9 Comment:

nak makan siput sedut lagi !!!!!!!

Faziera193 said...

Perghhhh..memang terliur! Mera..selera kita sama! Mera lulus ni kalau iera suruh mera belikan nasi bungkus..hahahaha

Kak Sue said...

Jom Mera kita pergi lagi lain kali.. ;)

Explorasa said...

Fuuuh bestnya. Rugi x join

boni kacak said...

Nampak sedap dan nampak menarik.. boleh cuba ni

Wahhh...nampak menyelerakan...sedapnyaa..

mas saari said...

memang menyelerakan..
harus datang lagi ke sini

Syah said...

JOM JOIN GA NI.RM200 MENANTI ANDA!

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

yaya cendana said...

meeraaa...nanti kita p sini tau..nak makan sini..yeayy