Terbaru, catatan Indek Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam mencatatkan rekod yang tidak sihat iaitu 249. Wow!!! Tingginya! Patu...

IPU Shah Alam Tahap Bahaya!

5:00 PM Mera Hussain 0 Comments



Terbaru, catatan Indek Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam mencatatkan rekod yang tidak sihat iaitu 249. Wow!!! Tingginya! Patut lah perit je hidung aku, tekak aku ni. Bukak pintu pun pening kepala. Hmm


Bila cek IPU dekat apps, dengar kat berita, semua orang dah mula rasa bimbang terhadap kualiti udara yang semakin merosot sekarang ni.



Selain itu, kesihatan turut menjadi topik hebat di kalangan rakyat Malaysia. Yela, sekarang ni semua orang dah mula sakit tekak, pening kepala dan macam-macam penyakit lagi datang. Tak pasal-pasal bulan ni memang MC berderet je. Huhuhu

Selain tu, kawasan lain yang merekodkan IPU sangat tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatat di Batu Muda, Kuala Lumpur (271), diikuti Petaling Jaya, Selangor (256), Banting, Pelabuhan Kelang, Selangor (243) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (235).

Menteri Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di seluruh malaysia ditutup selama 2 hari kecuali sekolah di negeri Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak. Menteri Pendisikan lun dah umumkan yang cuti ini tidak akan diganti. Wahh! Seronoknya budak sekolah. Rasa nak sekolah balik pulak. Hehehehe

Cuti-cuti jugak. Duduk dalam rumah je ye adik-adik. Ibu bapa pantau anak-anak supaya kurangkan aktiviti mereka diluar. Buka apa, tak nak nanti mereka jatih sakit. Hehehe


0 Comment: