Rasulullah S.A.W bersabda:- "Menyebut-nyebut nikmat Allah merupakan (perbuatan) syukur dan meninggalkannya bererti kufur (ingkar te...

Bersyukur Atas Nikmat Allah-Pengalaman Di Semporna

12:46 PM Mera Hussain 5 Comments

Rasulullah S.A.W bersabda:-
"Menyebut-nyebut nikmat Allah merupakan (perbuatan) syukur dan meninggalkannya bererti kufur (ingkar terhadap nikmat Allah). Barangsiapa tidak mensyukuri nikmat yang sedikit ia tidak pula akan mensyukuri nikmat yang banyak. Dan barangsiapa tidak berterima kasih kepada orang lain ia tidak akan berterima kasih kepada Allah." (HR. Baihaqi)

Bila baca hadith ni teringat aku kisah kanak-kanak bajau. Kali ni entry aku agak tersentuh sedikit. Huhuhu.. Sebabnya aku teringat kisah sewaktu aku bercuti di Semporna Sabah minggu lepas. Agak panjang sedikit cerita ni. Jom baca. Hehehe.

Sejak aku balik dari Sabah minggu lepas banyak pengalaman yang aku dapat dan aku nak ceritakan. Itulah bagusnya travel ni kan. Hehee.. Selain daripada keseronokan, macam-macam perkara yang kita boleh belajar, nampak dan dengar. Walaupun dalam satu negara tapi setiap tempat lain-lain budayanya. Hehehe

Ikhsan google
Di kepulauan tu terdapat banyak perumahan perkampungan orang bajau dan sulu. Sangat daif. Rumah kayu diatas air, condong, kecil tapi mampu dihuni oleh mereka yang berkeluarga besar. Perkampungan mereka tak besar macam kita kat sini. Perkampungan mereka kecil tapi banyak dan jauh  daripada bandar.

Ingat lagi aku sewaktu aku baru sampai di Pekan Semporna, aku dan kawan-kawan aku pergi cari tempat makan kat area hotel aku menginap. Nak makan dalam flight mahal. So terpaksa tahan lapar dari pagi semata nak makan seafood kat sana. Hahaha. Aku dengan kawan-kawan pergi lah jalan cari kedai makan. Hotel aku nak ke kedai makan agak jauh sedikit dalam 15minit jalan kaki.


Sepanjang perjalanan aku dengan mereka nak ke kedai makan, aku nampak orang berniaga ditepi-tepi jalan dan deretan kedai. Dah macam pasar malam pun ada jugak. Kebanyakan mereka menjual ikan dan sayur. Takde sorang pun aku nampak jual ayam. Semua ikan. 

Apa yang berbeza kat sana pasar malam dan pasar pagi mereka berbeza dengan kita disini mahupun di bandar. Kita kat sini berniaga kat bawah payung, siap ada buka lagu-lagu lagi. Tapi mereka? Hanya beralaskan kain ataupun kanvas, bersila atau duduk di bangku dan berniaga. Mereka berniaga sampai waktu malam. Masa aku dalam perjalanan balik ke hotel dalam pukul8.00 malam mereka masih lagi berniaga di tepi-tepi jalan kecil tanpa cahaya lampu! Aku fikir, macam mane lah diorang ni berniaga dalam gelap. Nampak ke???

Mereka kat sini walaupun mereka berniaga takde meja, takde payung, takde lampu tapi kesungguhan mereka dalam mencari rezeki untuk sesuap nasi tu sangat jelas. Mereka bersungguh-sungguh menarik pelanggan untuk beli apa yang mereka jual. Tu aku selluutt. Hehee

Sewaktu di kedai makan aku makan dengan kawan-kawan aku, tib-tiba aku terdengar suara sorang budak lelaki. "Nak.... nak... nak makan.. ". Rupanya ada sorang kanak-kanak bajau datang berdiri dibelakang  aku nak minta makanan.  Aku pandangnya dan aku toleh kembali ke depan. Dengan keadaan yang comot, baju kotor, seluar kotor dan koyak, bibir luka, mata lebam ibarat macam didera.

Mula-mula aku rasa takut. Tapi dia merintih lagi . "Nak makan... lapar... nak... nak.... ". Kali ni rintihan dia buat aku dengan kawan-kawan aku kesian sangat pada diri dia. Aku dengan kawan-kawan berpandangn sesama sendiri dan kitorang decide bagi sebahagian makanan kitorang pada dia. Takpe lah, Allah nak kitorang share rezeki ni dengan orang lain. Dia ambil dan terus bawa lari pergi ke tepi sungai dan makan.

Aku perhati budak tu dari jauh. Umurnya dalam lingkunga 7,8 tahun. Aku nampak cara dia makan memang nampak yang dia tengah kelaparan. Terdetik kat kepala aku, budak-budak umur sebegini keluar malam-malam merayau untuk cari makanan sendiri. Kalau kita la macam tu, mak ayah kita dah risau tak keruan dah anak umur segitu keluar merayau malam-malam. Pada aku la, mungkin dia sendiri faham dengan keadaan kehidupan dia yang mana mak ayah mereka tak mampu nak bagi mereka makan. 

Sebenarnya bukan sorang je. Ramai lagi budak-budak seperti tu kat sana. Dalam hati ni kesian sangat dengan dorang. Kita yang mampu ni kadang-kadang sampai membazir makanan, diorang sampai makan sisa makan orang. Sedih tengok keadaan diorang. Terasa insaf bila kenangkan kehidupan mereka kat sana. Terdetik juga kat hati, kalau usia sekecil ni mampu keluar pergi cari rezeki walau dengan cara macam tu ada sesetengah kita yang berkemampuan ni malas untuk cari rezeki Allah. Sebak hati tiba-tiba.

Ketika aku bermalam di Mabul. Pada waktu petang selepas aku dengan kawan-kawan dah selesai aktiviti, aku pergi masuk ke perkampungan orang bajau dan sulu. Rumah mereka rapat-rapat, jambatan kecil beralaskan papan yang berlubang-lubang. Emm,, besar jugak perkampungan ni.


Disana aku perhatikan budak-budak kecil bermain. Dengar suara mereka ketawa, menjerit dekat bawah jambatan. Bukan main seronok lagi diorang ni. Hahaha..

Aku perhati sekeliling. Air laut! Takde taman permainan, takde gelongsor, takde jongkang-jongkit. Air laut je yang jadi tempat permainan mereka. Air laut! Aku perhati budak-budak tu. Takde ipad kat tangan, takde basikal nak kayuh, nak tengok tv siang hari bekalan elektrik kat sana diputuskan. Yang ada cuma sampan buatan daripada tong air dan pelampung je untuk jadi barang mainan mereka.


Itu yang setiap hari diorang main. Tak pernah jemu. Mereka sendiri faham dengan kedaifan hidup mereka. 

Aku terfikir kalau aku kat tempat mereka? Boleh ke aku jadi seperti mereka? Sedihnyaaaa.......

Bila pandang sekeliling aku lihat banyak nikmat Allah bagi pada kita. Cuma ada dikalangan kita je yang tak tahu bagaimana nak menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah, bila lihat mereka, aku syukur dengan apa yang aku ada sekarang. Emm :-)

5 Comment:

yaya cendana said...

Lepas nu kita tak bazir makakan daa 😢😢

Kak Sue said...

Kesian nya..tq Mera,kongsikan kisah nie sebagai peringatan utk kita semua agar sentiasa bersyukur..

Ros said...

Jangan membazir makanan lagi lepas ni.

Kasian juga. Syukur kita masih mampu sediakan healthy food for our children.

kesedaran buat smua.. tq meera. :)