Terima kasih diucapkan pada Kbba team kerana memberi peluang pada newbies macam aku ni join event-event yang best macam ni. Buat masa ni aku...

WOWAttitudeWowAttire with Wawa Idris

11:09 AM Mera Hussain 6 Comments

Terima kasih diucapkan pada Kbba team kerana memberi peluang pada newbies macam aku ni join event-event yang best macam ni. Buat masa ni aku join KBBA semua event ke ape ke yang under KBBA semua tak mengecewakan.  Macam tak sangka kan dah joint Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Dulu aku cuma Nampak  abang ben punye post and kawan-kawan punya hashtag kbba je. Now aku dah ada dalam KBBA. Ok, pencapaian terbesar untuk aku. Kak wawa, ni jawapan I untuk soalan pencapaian terbasar yang U tanya masa dalam bengkel hari tu. Hahahaha.


Ok, berbalik pada cerita aku, entry hari ni berkenaan dengan bengkel yang aku joint last weekend bersama dengan Puan Wawa Idris and KBBA team yang bertempat di De Palma Hotel Ampang. Aku paling teruja untuk event kali ni sebab ianya merupakan bengkel yang mengajar kita cara dalam berpenampilan. Lepastu dah la yang jadi host Puan Wawa. Lagi teruja. Tak sabar gitew nak datang dengar beliau bagi talk. Puan Wawa ni sape je yang tak kenal. Seorang perunding imej  korporat dan selebriti yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan (personal branding).

Ini lah Puan Wawa Idris. copy gambar dari kak rara. :D

Event bermula dari jam 10.00pagi sehingga jam 4.30petang. Bengkel yang bertemakan "smart santai" ni berjalan dengan baik dan semua bloggers terlibat nampak teruja dengan ilmu yang diperolehi.  



Sepanjang berada dalam program ni aku dapat belajar dari A-Z mengenai cara kita untuk berpenampilan. Dari belajar ABC, Personality, TOP, Focal Point, body shape sampai la ke mix and match.  Semuanya penuh dengan pengisian. Selalunya tanggapan pada pandangan pertama orang ni akan kekal dalam otak dia sebagai pengenalan kepada diri kita. FIRST IMPRESSION IS LAST IMPRESSION. So, before kita nak pergi mana-mana kita perlu pastikan yang diri kita dalam keadaan bersedia dan penampilan kita kemas untuk berhadapan dengan seseorang tu.

Dalam bengkel ni aku tertarik dalam topik T.O.P yang Puan Wawa ajar ni . Apa itu T.O.P?

T=Times
- Pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan waktu. Maksudnya kat sini, event atau majlis yang korang akan pergi pada waktu siang, petang atau malam.

O=Occasion
- Pemilihan pakaian untuk majlis yang akan korang hadiri. contohnya kenduri, makan malam, wedding ataupun party..

P=Place
- Pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan tempat. Contohnya majlis yang akan diadakan samada dalam dewan ke taman ke. Kene la sesuaikan pakaian yang nak dipakai tu. hehehe

So, amalan T.O.P ni sangat membantu kerana ini adalah satu teknik bagaimana kita boleh memilih pakaian yg tepat untuk ke sesuatu tempat. Mudahkan?

Aku nak share sedikit gambar sepanjang program berlangsung. Jangan jeles. hehehe

Siap ada dancing lagi. hahaha

Serba sedikit penerangan mengenai cara untuk membuat mix and match yang betul.  
Tips pemakaian bagi mereka yang bekerja. Kalau nak hangout pun sesuai juga pemakaian yang macam ni.


Pemilihan fabrik juga perlu dititikberatkan dalam membuat mix and match. 

Aksesori memang penting pada wanita supaya penampilan nampak lebih menarik. tak caya tanya Puan Wawa. hehehe

Yang lelaki pun dah pandai buat mix and match. hebat!

Hasil mix and match daripada kami.

Actually, banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh Puan Wawa dalam bengkel ni. Berbanyak terima kasih kami ucapkan dan harap segala ilmu yang dicurahkan akan kami manfaatkan. Haa, Bayangkan la sampai yang lelaki pun dah pandai bagi komen masa mix and match session. Cepat betol absorb. Baguih depa semua ni. Bangga cikgu wawa. Hahaha

Kepada yang berminat untuk kenal dengan Wawa Idris ni korang boleh follow ig dan fb beliau.


Terima kasih diucapkan juga kepada barisan penaja

1. Uncle Kay Photography
2. Kaio Creative Studio
3. Chemboja
4. Salees Food
5. MBH Spa
6. Eyemaster Optometrist











6 Comment:

Lyssa tak berkesempatan nak join ...
Nanti mera boleh lah ajar Lyssa ^^

merahussain said...

@Lyssa Faizureen lisa, boleh je.. nt mera makeover lyssa eh. kalah didie alias. hahahah

Cikk Mimin said...

Ajar min nnti tau..

Ummul Azkee said...

best juge workshop mcm ni..slm perkenalan..done follow blog ni..

tenku butang said...

Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 251
Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/

Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

yaya cendana said...

mera....jumpa lagi..... ihihii