Haih, minggu ni ramai pulak kawan aku yang nak kahwin. Semua kahwin serentak pulak tu. Kawan yang sebaya aku je aku dapat sampai 4 invi...

Selamat Pengantin Baru Tau!

7:55 PM Mera Hussain 0 Comments


Haih, minggu ni ramai pulak kawan aku yang nak kahwin. Semua kahwin serentak pulak tu. Kawan yang sebaya aku je aku dapat sampai 4 invitation. Tu baru kawan. Belum masuk junior-junior aku mase sekolah tu lagi. Heyy! Awat cepat sangat nak menikah ni. Rilex laa. Hihi. Ceh Mera! Sedapkan hati lettuw! Hahaha. Takpa lah. Jodoh korang sampai awal. Tahniah buat semua.

Tapi ada yang tanya, aku bila lagi? Tak teringin ke nak kahwin?  Soalan ke apa ea ni? Nampak tak nak lari. Haha. InsyaaAllah sampai satu masa Allah pertemukan jodoh aku. "Kau takda kawan yang handsome ke nk kenalkan kat aku?" Hahaha. Miang kau Mera. Nak yang handsome je. Ingat kau cantik! Hahahaha. Gurau jelah. Emm

Ada juga lagi yang tanya. Kau ni terlalu memilih ea? Tak pun. Nampak aku ni macam memilih ke? Kalau aku memilih aku tak kawan dengan orang macam ni-macam ni. Silap-silap dengan kau pun aku tak kawan. Dangg!! "Amekau! Kuajaq kau Mera!!" Hahaha. Sapa suruh tanya. Padan muka. Hahaha

Actually, to be honest sapa yang takda keinginan nak kahwin. Aku ofcourse lah nak merasa jadi mummy for my chil and wife for my hubby. Semua orang nak merasa hidup berpasangan. Cuma mungkin masanya belum sampai. Memang aku pernah ada boyfriend before ni. Our relation sampai dah pergi kenalkan dekat mak ayah and dah plan nak bertunang lagi. Tapi bila jodoh tu takda semua benda yang diplanning tak jadi. Kalau dah nama tidak berjodoh, esok kita nak kahwin pun majlis boleh batal. huhu. Doa-doakanlah aku cepat jumpa jodoh ea. Tak boleh cerita banyak. Personal sangat. Nanti menangis daam bas. Hihi.

Buat kawan-kawan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hari esok dan juga yang telah selamat diijabkabulkan pada hari ni, tahniah buat kalian. Semoga hubungan suami isteri terus mekar dan kekal abadi sehingga akhir hayat. Jadikan setiap dugaan yang datang tu sebagai asam garam dalam berumahtangga. Cewahh! Dah layak sangat kahwin aku ni. Hahahaha. K bye.

0 Comment: