Pujian Pemangkin Semangat | Patut lah hari ni rasa bersemangat sangat nak kerja. Pagi-pagi aku jumpa bos, dapat good news! Hehe. Rupanya bo...

Pujian Pemangkin Semangat

12:04 AM Mera Hussain 3 Comments

Pujian Pemangkin Semangat | Patut lah hari ni rasa bersemangat sangat nak kerja. Pagi-pagi aku jumpa bos, dapat good news! Hehe. Rupanya bos aku tunjuk semua comment dia pada aku sepanjang aku dalam training. Aku pun perhati lah setiap bait-bait tulisan tu. Aww! Tak sangka. Semua berbaur pujian. Hihi.. Semangat terus buat kerja. Concentrate abis! Hahaha.


Alhamdulillah. Dalam diam tak diam dah dekat 6bulan rupanya aku kat company baru ni. Walaupun banyak dugaan dia tapi aku seronok. Seronok sebab jumpa kawan-kawan yang sekepala, yang happening, yang boleh gila-gila sama-sama. Walaupun aku yang paling muda dalam company tu tapi alhamdulillah aku boleh accept environment kat situ.

Sebelum tu aku nak cerita sikit lah macam mana aku boleh dapat kerja ni. Mulanya aku mencuba nasib je mohon kerja ni. Sebabnya aku dah taknak kerja kat butik tu lagi. Penat wooo!! Balik malam je setiap hari. So, aku pun mohon lah. Alhamdulillah rezeki berpihak pada aku and dipanggil untuk interview. Masa iterview tu macam-macam lah dia tanya. Banyak jugak yang aku goreng. Entah ye entah tak kan. Huhu.

Yang sebenarnya, aku tak tahu pun tentang akaun. Memang aku pernah belajar akaun. But basic je la and kalau nak tahu apa yang kita belajar sometimes tak related pun dengan bidang aku sekarang. Yelah, dulu belajar engineering, diploma business tiba-tiba masuk akaun. Macam bidang terjun aku kerja situ. Hahaha.

Dalam lebih kurang 2minggu aku dapat panggilan dioffer job ni. Alhamdulillah! Melompat aku keriangan. Hehehe. Aku diminta masuk 2minggu selepas notice resign aku dibutik. Ikutkan nak mintak masuk lewat. Tapi mereka perlukan staff awal disebabkan GST dah start. Haih! Najib la ni. Eh, tiba-tiba je. Hehehe. So, aku pun accept lah permintaan mereka sebab aku memang tak sabar dah nak kerja office. Yelah, first time kan.

Hari 1st kerja aku sampai dengan penuh bersemangat. Pukul 7.20pagi aku dah keluar rumah tau. Padahal working hour aku start pukul 8.15pagi. Haa, nampak tak semangat aku. Waktu tu aku malu sangat sebab tak kenal sapa-sapa. Aku lah orang aling pendiam. Hahaha. Lama-kelamaan aku lah orang yang paling riuh. Ada je benda nak berbual. Haha. Tapi hari 1st kerja aku dah dapat macam-macam untuk aku buat. Bayangkanlah, aku masuk kerja dengan zero knowledge and then kena menghadap sistem akaun yang aku tak tahu macam mana nak guna. Waktu tu aku tak tahu nak buat macam mana. Nak tanya pun segan-segan takut-takut. Yelah, mana tahu takut orang tak suka sebab aku asyik bertanya ja. Lama-kelamaan Alhamduliah aku boleh buat sendiri tapi still bertanya dengan mereka.

Sebenarnya dekat company aku kerja ni, aku belajar banyak benda tentang akaun. Actually, sejujurnya company aku kerja ni aku dapat belajar buat akaun dari A-Z. Kalau kat tempat lain memang tak lah aku rasa macam ni. Memang rasa seronok walaupun banyak kerja. Kadang-kadang ta menang tangan.  Ada jugak yang aku masih belum sempat belajar. Tak apa.. Orang tua kata pelan-pelan kayuh. Hihi. Tapi aku yakin kalau aku mampu bertahan and aku dapat ketchup semua ni mesti ada peluang untuk aku diluar sana yang lebih better.

Now, aku dah confirm kat company tu. Tak sangka segala yang aku buat dalam office tu dapat pemerhatian yang baik dari bos aku. Wow, semuanya dipuji. Bestnya!!!
Terima kasih sangat-sangat kepada senior-senior yang banyak ajar aku dari tak tahu sampai aku boleh buat akaun sekarang walau masih banyak bemda aku perlu belajar. Hehehe. Aku harap aku boleh improve kerja aku dengan lebih baik lagi. Doakan saya ya.  Hehehe..

3 Comment:

boni kacak said...

eleh.. bos tu nak ngorat leteww

Encik ST said...

Alhamdulillah. Tahniah mera.. teruskan momentum.. keep moving ok..

Cikk Mimin said...

Tahniah mok dak kompom ^.^