Pagi-pagi ni tekak aku mengidam nasi lemak pulak. Geledah dapur terjumpa nasi lemak Salees yang aku dapat masa event Style Workshop dengan ...

Nasi Lemak Instant?? Biar betul??

12:37 PM Mera Hussain 4 Comments

Pagi-pagi ni tekak aku mengidam nasi lemak pulak. Geledah dapur terjumpa nasi lemak Salees yang aku dapat masa event Style Workshop dengan Kak Wawa hari tu. Terima kasih kepada Salees_food atas kesudian sebagai salah seorang penaja untuk event KBBA ni.

Korang mesti pelik macam mana aku boleh dapat nasi lemak dalam almari kan? Dah laa beberapa hari lepas pulak tu. Tak basi ke? Hahaha



Nah aku perkenalkan, Nasi Lemak Instant produk keluaran Salees. First time aku dengar ni. Tak terlintas dekat kepala otak aku pun yang selama ni nasi lemak boleh di instantkan. Selalu maggi or mee je aku dengar. Sebelum ni aku dok pergi beli depan office je nasi lemak. Tak pun aku kirim kakak office aku. Nasi lemak mak dia buat sedap. Baguih betul depa yang ade akal nak inovasi produk makanan ni. Hahaha. Produk ni pun dah sampai ke oversea sana. Haa,, dengan muka tersenyum aku terasa nak cuba laa makan nasi lemak instant ni. Ape laa rase dia kan. Meh meh kita cuba.

Kalau korang perasan, semua produk makanan segera dorang akan tunjukkan cara-cara nak buat kan. So, same like this. Dekat bekas ni ada tunjukkan cara bagaimana nak buat nasi lemak instant ni. Yelah, biasa kita masak nasi lemak tu dalam rice cooker. Ni dah instant nak buat macam mana kan. So, takyah pening kepala. Just ikut step.


1. Masukkan bahan A. (Beras yang dikeringkan) tutup dan tunggu selama 5minit
2. Masukkan bahan B (jangan masukkan terlalu banyak)
3. Masukkan bahan C.(sambal dia sedap. aku suka)
4. Masukkan bahan D. (ikan bilis)
5. Siap dihidangkan.

Senangkan? Senang sangat. Pejam mata boleh buat. Hahaha. So, aku pun dengan tak sabar cubalah makan. Pada aku, nasi lemak ni memang aku tak boleh la samakan denga nasi lemak yang kita buat sendiri and terus makan. But, before u judge better u all rasa dulu. Baru tahu kan. Lepastu boleh beli lagi. hehehe

Yang bestnye bagi pendapat aku la kan, adanya produk makanan yang macam nie sangat membantu dan sesuai kepada merek yang tak sempat nak keluar pergi breakfast or what. Dapat menjimatkan masa kita. Tak perlu dah susah-susah nak pergi cari daun pandan ke pisang ke nak pergi buat. Bukak cup, letak air then masuk bahan. Siap dah. kalau nak lagi sedap makan korang goreng la telur ke sosej ke sebagai tambahan pada nasi lemak ni. Tak pun makan dengan dading salai keluaran Salees food ni. Mudahkan. Mudahnya ade Salees Food ni.




Selaim tu, Salees ni ade jugak keluarkan produk kacang dhal sira, BBQ slice dan kuih siput. Yang ni memang betul-betul sedap. Aku bukak sekali menghadap je habis terus. Kakak aku siap mintak aku beli lagi. Hahaha..

Teringin? Kalau teringin nak cuba kena beli. Mesti beli. Hehehe.

Untuk info lanjut mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: +6018 313 3413
 Tel: +603 7982 8688 
Email: inquiry@globaltradelink.com.my
InstagramSalees_food

4 Comment:

Cikk Mimin said...

Pelik jugk laa kat almari. Td ckp geledah dapur je. Huhu. Ehh ! Cara2 penyediaan nasi lemak yg ymbar tuu x jelas laa.

mas saari said...

wah cepat dan mudah.. kalau pi travel ni sesuai bawak..

YieN said...

wahhh..! mcm menarik je ni utk org RAJIN mcm saya ni :P

Bagus bwk kalau gie tempt yg susah dpt mknn halal ...