Hye.. Assalamualaikum semua... Adehhhhh!! Sakitnya hidung , kepala aku. Hampir sebulan Malaysia mengalami jerebu yang teruk kan. Hasil ...

Langkah-Langkah Mengatasi Jerebu

12:51 PM Mera Hussain 2 Comments

Hye.. Assalamualaikum semua...

Adehhhhh!! Sakitnya hidung , kepala aku. Hampir sebulan Malaysia mengalami jerebu yang teruk kan. Hasil daripada bacaan IPU yang tinggi memang memberi impak terhadap persekitaran kita. Tengoklah keadaan kat luar tu, nampak mendung je. Matahari keluar pun nampak seperti bulan mengambang. Huhu


Bila jerebu macam nie nak buat aktiviti luar pun tergendala. Sangat bahaya bila terdedah dengan jerebu ni. Especially budak-budak sekolah, penunggang motosikal, buruh kasar and yang bekerja luar office, sangat terdedah dengan jerebu.

Banyak kesan. yang memudaratkan kalau kita tak ambil kisah dengan jerebu. Lagi-lagi kalau yang menghidap penyakit asma, radang pary-paru, jantung berlubang, leukimea and sebagainya. 

Kesan-kesan yang di alami sekiranya kita sering terdedah kepada jerebu seperti pening kepala, sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gataldan sakit-sakit dada. 

Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelakkan daripada terkena atau diserang penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Antara langkah-langkah pencegahan ketika jerebu:-

1) Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik untuk dapatkan rawatan sekiranya keadaan bertambah teruk.

2) Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 

3) MASK hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi. Mask yang bersesuaian adalah N95

4) Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.

5) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

6) Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.

7) Orang ramai dinasihatkan supaya banyakkan meminum air masak atau mineral water.


Dengan langkah-langkah pencegahan yang ada ini mampu mngelakkan kita daripada menghidap sebarang penyakit atau mengelakkan penyakit berisiko bertambah kronik. Yang belum ada mask balik ni boleh beli. Hehehe

2 Comment:

thanks for the info mera sayam :D

merahussain said...

Most welcome lyssa. Dah pegi beli mask cepat. HEhe