Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan ke...

Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt Ini.

1:57 PM Mera Hussain 1 Comments

Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt


Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan kes bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April lalu.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne supaya diberikan tempoh dua minggu untuk serahan gambar serta rakaman video kes terbabit.

Malini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa dokumen yang akan digunakan untuk perbicaraan telah diserahkan kepada tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu.

Pada 10 Ogos lepas, mahkamah sama memutuskan Persana Avril adalah waras dan layak dibicarakan selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan.

Untuk berita lanjut sila ke Astro Awani.

1 Comment:

boni kacak said...

adeh.. macam-macam sekarang ni yang jadi..