Kemeriahan KelabBloggerBenAshaari | Seminggu dah berlalu family day kelabBloggerBenAshaari ni tapi semuanya masih segar di ingatan. Alham...

Kemeriahan KelabBloggerBenAshaari

10:53 PM Mera Hussain 3 Comments

Kemeriahan KelabBloggerBenAshaari | Seminggu dah berlalu family day kelabBloggerBenAshaari ni tapi semuanya masih segar di ingatan. Alhamdulillah,kali ni diberi peluang lagi join event Kelab Blogger Ben Ashaari. Family day ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli blogger. Disebabkan aku newbies dalam KBBA, so, ni adalah kali pertama aku join Family Days KelabBloggerBenAshaari ni. Hari-hari dok counting days je tau bila lah nak tiba waktu tu. Tak sabar rasanya nak jumpa bloggers-bloggers lain. Bila dah jumpa, haa macam dah bertahun-tahun kenal. tak janggal langsung. Hehehe

Untuk kali ni, family day Kelab Blogger Ben Ashaari telah diadakan di sebuah resort yang terletak di Hulu Langat selama 3hari 2malam iaitu bermula pada 11 September - 13 September 2015. Jutaan terima kasih kepada pihak Cosmoderm kerana telah menjadi penaja rasmi untuk event kali ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada ketua event iaitu Abang Lan dan semua AJk-AJK yang dah bertungkus lumus dan berhempas pulas meyempurnakan event ni dari awal sampai la akhir.

Penaja rasmi Family Day KelabBloggerBenAshaari iaitu Cosmoderm
Sepanjang event ini berlangsung kemeriahan dan kegembiraan jelas terlihat pada wajah semua orang. Yelah, bukan senangkan kita nak ada masa untuk luangkan masa bersama blogger-blogger seperti ni. Terima Kasih kepada pihak Az-Zuha Travel & Tour kerana sponsor baju untuk family day dan Kaios Studio kerana sudi menjadi penaja photographer sepanjang event ini. Sejujurnya aku memang berpuas hati sangat dengan hasil kerja Kaio ni. Gambar semua yang dia ambil cantik sangat.

Baju tajaan Az Zuha Travel & Tours

Now, aku nak cerita sedikit aktiviti-aktiviti yang kitorang dah buat sepanjang Family day ni. Banyak aktiviti best seperti flying fox, terompah gergasi, lari kepit bola, pancing tin, bowling kelapa,  gusti air dan banyak lagi. Sejujurnya aku tak pernah naik flying fox ni. so, bila aku kena naik and aku punya no giliran adalah orang yang ke-8,  rasa menggigil juga kepala lutut ni. Tapi bila dah dapat naik rasa best gile. Tak nak turun weyh! Hahaha.

Ni iklan gigi sambil flying fox. hehehe



For the 1st game team purple dah menang. Tanda-tanda nak jadi juara ni. hehehe
2nd game yang team kitorang menang. Tengok lah gigih founder panjat tiang nak tengok kitorang boleh buat ke tak. Hahaha
Game gusti air yang aling best aku tengok. Hahahaha

Carta kemenangan bagi setiap kumpulan. yang teratas adalah pemenang pertama. I adalah salah sorang dalam team tu. hehehe
Actually banyak lagi gambar yang nak tunjuk. Klik sini kalau nak tengok pelbagai lagi gambar-gambar aktiviti sepanjang family day KelabBloggerBenAshaari. Klik sini untuk video Family day hasil dari Kaio Studio. Super best!

Seronok sangat rasa dapat join KelabBloggerBenAshaari ni. Terasa rindu dengan semua orang. Terima kasih untuk memori yang indah. Sekiranya diberi peluang semua event yang KelabBloggerBenAshaari buat mera nak join. hehehe. Semoga KelabBloggerBenAshaari terus kekal dan berkembang sampai bila-bila. "KelabBloggerBenAshaari,  Bukan sekadar Blogger ,We Unite Together!"
"Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together!"

3 Comment:

Bila tgk gambar, rindu sgt kat semua. Best sgt family day kbba

Yan Ty said...

Best dah kenal semua. Tapi typo tetap bersepah.

Zizie Zack said...

seronok tgk korg.. disappointed gak takleh join.. len kali pulak :D