Pada hari ini, aku dan beberapa geng kelabbloggerbenashaari telah mengisi masa lapang dengan menonton filem terbaru arahan Osman Ali iaitu...

JWANITA - Filem Seram Baru!

8:44 PM Mera Hussain 2 Comments

Pada hari ini, aku dan beberapa geng kelabbloggerbenashaari telah mengisi masa lapang dengan menonton filem terbaru arahan Osman Ali iaitu Jwanita di Alamanda Putrajaya. Tengok triller aku pun takut. So, try la pergi sebab Kak Laila nak belanja kan. Terima kasih banyak-banyak Kak Laila. Hehehe

Aku dengan gigih datang dari Shah Alam sampai ke Putajaya. Actually plan nak pergi IOI MAll dah bertukar ke Alamanda and plan nak tengok Kapsul bertukar jadi Jwanita. Hahaha. Sorry der...


Jwanita ni adalah filem ke-3 arahan Osman Ali di bawah kerjasama dengan Nuansa selepas filem Cun dan Jiwa Taiko. Filem ini adalah filem pertama antara Nuansa Sdn Bhd yang diterajui oleh Julian Jaya seela dan Ehsan Production Sdn Bhd dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5juta.

Filem ini juga mendapat tajaan dari Yeos, Kopi Hang Tuah dan Paradiso Cafe.

Adegan hasil gandingan lakonan Maya Karin, Brone Parale dan Christine Suzzaine yang berjudul Jwanita ini mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita lakonan Maya Karin yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.

Kehidupannya mula kembali ceria selepas Jwanita bertemu dengan Farhan lakonan Bront Paralea yang bekerja sebagai Doktor Phsychotriat yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.

Harapannya hidup bersama orang yang dicintai musnah apabila Farhan merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika lakonan Christine Suzzaine yang telah dibesarkan dengan sempurna dan ternyata lebih baik kehidupannya berbanding Jwanita.

Jwanita menghilangkan diri dan muncul semula selepas melarikan diri dari rumah selepas hari perkahwinan adiknya. Setelah beberapa tahun berlalu Jwanita muncul dengan perwatakan berbeza yang penuh tanda tanya pada Farhan kerana dalam dirinya penuh dengan dendam yang terlampau terhadap adik kandungnya.

Jwanita telah mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap mereka yang telah musnahkan hidupnya. Memang gerun gak bila Maya Karin diberi tugas untuk membawakan watak Jwanita yang rasanya sangat psiko and mampu menghantiu penonton dipanggung. Nasib baik takde sakit jantung tau! Hahaha

Untuk filem ni, lepas aku tengok, ermmm ok la. Tapi tak boleh nak bagi bintang tinggi sangat. Sebab jalan cerita dia so-so. Untuk orang yang memamg penakut macam aku, aku memang nak kata cerita ni seram!! Sebab since dia punya soundeffect bunyi je aku terus tutup muka tengok celah jari. Hahaha.

Haa, korang yang belum tengok apa lagi? Pergilah tengok. Nak tahu jugak berapa bintang korang bagi. Hehehehe


2 Comment:

tiga lalat said...

bestnyer tgk movie hantu percuma tuu ;p

Fendi Rocka said...

selepas menonton filem ini saya merasakan maya karin meletakkan dirinya sebagai hantu nombor 1 di Malaysia (walaupun dlm filem ni dia bukan hantu)