Sempena hari raya ni aku pasti ramai yang tengah seronok makan rendang, lemang, ketupat dan macam-macam. Sedapnya lah kalau dapat makan sem...

Homemade Ayam Panggang Kenny Rogers

2:42 PM Mera Hussain 4 Comments

Sempena hari raya ni aku pasti ramai yang tengah seronok makan rendang, lemang, ketupat dan macam-macam. Sedapnya lah kalau dapat makan semua tu kan. Tapi disebabkan aku dakan kakak-kakak aku tak balik, kitorang plan buat makan-makan di rumah. 

Menu adalah Ayam Panggang Kenny Rogers. Hehehe. Sedapnya!! Tak sabar nak rasa. Tapi, nak share dulu resepi yang aku dan kakak-kakak aku buat ni pada korang semua.


Resepi Homemade Ayam Panggang Kenny Rogers

BAHAN-BAHAN (untuk dikisar)

3biji bawang putih
2biji bawang besar
2-3 sudu sos lada hitam (boleh juga gunakan sos tiram + kicap pekat + lada hitam)
1inci halia
1kiub ayam knor
1senduk kecil sos black pepper
1sudu garam
Sedikit air

BAHAN UNTUK PERAP AYAM

3sudu olive oil
3sudu oregano leave
2sudu madu (optional)

CARA-CARA PANGGANG

Bahan-bahan ini dituang dan dilumurkan pada ayam secara rata. Selepas itu perapkan ayam selama 120minit ataupun untuk lebih sedap perap selama 5jam di dalam peti sejuk.

Panaskan oven dengan suhu setinggi 180°c sehingga 200°c, api atas dan bawah selama 20minit. Kemudia bakar ayam dalam 60 minit hingga 90 minit sehingga masak. Apabila 30 minit pertama, ambil baki kuah perapan dan tuangkan ke atas ayam. Fuangkan juga sedikit minyakbagi memastikan ayam tidak terlalu kering dan kelihatan kilat. Selepas satu jam setengah, ayam kelihatan masak dan boleh dihidangkan.

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT SOS:-

Kisar semua bahan dibawah :-
2 1/2 biji tomato
2biji cili besar
2biji bawang putih

CARA-CARA MEMBUAT:-

Tenggekkan periuk diatas dapur tanpa minyak. Boleh gunakan olive oil sebagai ganti minyak masak. Tuang semua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masukkan bersama air rebusan ayam/ kiub ayam. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sos kelihatan pekat. Untuk tambahan boleh masukkan madu dan cuka sebagai penambah rasa.

Mudahkan?So lepas ni, boleh la cuba. Tak perlu susah-susah pergi Kenny Rigers kalau tekak tu mengidam. Selamat mencu



4 Comment:

Cik Yanie said...

mMmmmmmdapnyaaa

fiefi ira said...

sedap je tengok gambo ayam panggang tu =)

Fiefi singgha n follow sini #264

http://blogfiefi.blogspot.my/

iffah hussin said...


Hai Meera menarik ayam Panggang Kenny Roger

Kak Bonde follow sini 266

www.bondezaidalifah.com

Etuza Etuza said...

Asalam terima kasih kerana follow blog saya ya...