Kita selalu dengar orang mengeluh mengenai gaji. Bila ada kawan dapat increament, perasaan iri hati, dengki semua timbul. ...

Hati Ikhlas Baru Berkat

9:08 PM Mera Hussain 3 Comments




Kita selalu dengar orang mengeluh mengenai gaji. Bila ada kawan dapat increament, perasaan iri hati, dengki semua timbul.

Kat sini aku nak share sikit pendapat aku. Aku ada jumpa orang yang macam ni. Orang yang tak boleh nak bersyukur dengan apa diberi terhadap beban yang dipertanggungjawabkan.

Susahnya nak layan orang macam ni. Contoh la kan.. ok, kerja kau takde la banyak mana untuk kau dapat gaji macam tu. Tapi kau, kenapa mengeluh? Kenapa tak bersyukur? Hey, come on la. Kau tahu, graduate-graduate kat luar sana ramai lagi nak cari kerja and boleh take over tempat kau tau. Hmm

Pernah tak kau fikir, macam mana nak dapat seperti mana orang lain boleh dapat? Pernah tak kau terfikir nak transform diri kau untuk jadi lebih baik? Pernah tak kau terfikir nak belajar sesuatu yang kau tak belajar masa kau study like masa kau study kau belajar course lain and masa kau kerja kau kerja dalam bidang lain. Yes,! That a thing yang aku tengah face. But, tak salah untuk kita belajar sesuatu yang kita tak tahu. Jadikan ianya sebagai satu experience yang best untuk kau boleh letak dalam resume kau bila apply another job.

Ok, berbalik pada topik tadi. Aku pelik dengan segelintir orang yang asyik nak upah je bila buat sesuatu. Tak pernah rasa nak niat buat sesuatu kerja tu untuk dia belajar atau ambil bend tu as one of dia punye responsibility. Ini tidak, setiap kali bila orang bagi kerja isu "naikkan gaji aku dulu kalau nak aku buat" pasti keluar.

Pada aku, kalau nak rezeki kita berkat :-

1) Jangan sesekali mengeluh dengam rezeki yg kita dapat. Bersyukurlah
2) Jangan mengeluh dengan bebanan kerja.
3) Jangan sesekali ada perasaan hasad dengki pada teamwork sendiri or officemate. Tolong-menolong antara satu sama lain.
4) Sentiasa ikhlaskan hati dalam apa jua kerja yang dihadapi
5) Jangan pernah berputus asa.
6) Sentiasa berdoa semoga Allah perluaskan lagi rezeki buat kita.

Jadikanlah sesuatu amalan yang baik tu sebagai panduan untuk kita ikuti. Bila kita ikhlas, insyaaAllah rezeki kita dapat pun berkat. 

3 Comment:

Akif Imtiyaz said...

Salam Mera Akak Singgah Sini ... Yupp betul tu ..nak buat sesuatu hati kena ikhlas ..

mudahnya menjemput rezeki ;
solat dhuha
selalu menderma.
insyaAllah rezeki melimpah ruah.

#jenjalan sini, jemputlaa ke blog saya nanti yea :D

kalau gitu cakap kat dia..keje tu bagi aku je..hahahahah