6 september 2015, Kelab Blogger  Ben Ashaari telah mendapat jemputan untuk mengadakan satu aktiviti breakout yang bertempat di NU Sent...

Breakout! Breakout! Breakout!

6:11 PM Mera Hussain 10 Comments


6 september 2015, Kelab Blogger  Ben Ashaari telah mendapat jemputan untuk mengadakan satu aktiviti breakout yang bertempat di NU Sentral Kuala Lumpur. Seramai  30 orang blogger  yang melibatkan diri dalam aktiviti ni. Pukul 8.50 aku dah gerak dengan kak dila gigih naik teksi nak ke Nu Sentral. Hahaha. Sampai-sampai je Breakout tak bukak lagi. Banyak lagi kedai yang tak bukak. Aku dengan kak dila apa lagi, pergi mengisi perut di Teh Tarik place. Boleh tahan la sedap dia.

Bila perut dah kenyang baru la boleh pergi main game. Haaa,, so apa lagi, aku dengan kak dila terus pergi ke tempat event berlangsung. Sampai je aku Nampak muka kak nina tengah sibuk selfie sana sini. Lepastu aku pun join sekaki. Hahaha. Lama kelamaan semakin ramai yang hadir. So, aktiviti selfie semakin lama makin menjadi-jadi. Macam takde shoplot je dekat sekeliling kitorg. Kecoh sekampung. Hahaha

So, bila ahli dah cukup, semua dah sampai aktiviti pun bermula. Tapi sebelum aktiviti bermula kitorang semua diberi briefing terlebih dahulu mengenai cara permainan ni.


 Breakout ni adalah satu permainan yang mana kita akan diletakkan dalam sebuah bilik yang gelap, berkunci  dan akan diberi pelbagai task untuk diselesaikan supaya dapat mencari jalan keluar. Bestnya…. Memang pun best. Rasa nak pergi and main lagi je. Hehehhe

Selepas tu, kitorg diberi masuk untuk melihat kesemua bilik-bilik. Ada 7 buah bilik dan kesemua bilik-bilik permainan tersebut mempunyai tema tersendiri. Bila masuk setiap bilik tu macam seram je. Dah la keadaan gelap macam scary-scary je nak masuk lagi-lagi time masuk bilik dreadnought. Dia punya misteri naik bulu roma aku. Haha. Tapi bile dah ada kat dalam tu, wow seronok weyh. Hahaha.

Ni la group team aku.yang free hair tu staff breakout.

Bila game dah nak mula kitorang dibahagikan kepada 5 kumpulan dan aku adalah ahli dalam kumpulan yang kedua. Lepas dah bagi kumpulan pun kitorang diberi lagi briefing oleh salah seorang breakout staff ni. Dia ni orang jepun so cannot speak in malay. Gile laju speaking so kene tangkap cepat-cepat apa yang dia cakap. Yela.. BI tak power nak buat macam mana.Hahah. Then dia terangkan serba sedikit pekara yang perlu kitorg buat dalam bilik tu nanti, setiap orang ada watak yang dipegang seperti light bringer, time render, scholars, lock master, merchant or oracle. Aku dengan kak fara sebagai time render. Yeahh! Deabak kau. Haha. Ok, kitorang diberi masa selama 45minit untuk menyelesaikan task yang diberi dan 5minit masa tambahan sekiranya masa yang diberi tu tak cukup. Memang tak cukup pun. Kalau bagi sejam pun mahu tak keluar kitorang dalam tu. Tapi bagus jugak. Lagi cepat masa dia bagi lagi cepat kitorang kene perah otak untuk fikir jawapan and klu. Pergh,, struggle betul kitorang. Hahaha.


Untuk group aku, kitorang  diberi cabaran dalam bilik The Secret Of Hocus. Korang dengar tajuk je pun dah tahu bilik tu bilik macam mana kan? Ni bilik ahli silap mata la kononya. Eh, tapi seram jugak bilik dia.




  







ni sedikit gambar task yang kitorang perlu settlekan

So, 45 minit + 5minit extra pun tak cukup untuk kitorang habiskan task yang terakhir. Masa task yang ke-6 pun kitorang dah terkial-kial. Inikan pula nak habiskan task yang terakhir tu. Hahaha. Kesemua task dari infinity 1 sehinggalah ke infinity yang ke-7 sangat mencabar. Finally, kitorang adalah ahli kumpulan yang ke-2 keluar dan selesai siapkan task. Hehehehe. Ok la kan

Emm, mesti semua tertanya kenapa aku tak cerita apa yang jadi dalam game tu and cerita tentang apa klu yang ada sewaktu game tu berjalan. Actually tak boleh la nak cerita semua. Sebab nanti kalau korang dah tahu, rasa tak seronok pulak nak pergi and try! Tapi apa yang aku boleh advice, game ni sangat seronok and asah minda korang untuk berfikir. So, tak rugi pun dating and spend time korang dengan kawan-kawan atau keluarga kat sini.

Haa, baru teringat. Masa briefing tadi pekerja tu ada bagitahu konsep breakout ni. Mudah je sebenarnye. nak main game ni -

1.       Bina 1 group dalam 2-8 orang
2.       Pilih bilik escape yang korang suka atau rasa mencabar. I thought semua bilik mencabar. Hahaha.
3.       Discuss watak dan peranan untuk setiap ahli kumpulan
4.       Mulakan misi dalam bilik breakout dan selesaikan task dalam masa 45minit

Now nak cerita tentang harga yang dikenakan untuk main game ni. Aku rasa harga dia tawarkan sangat ok sebab tak mungkin korang akan pergi main sorang-sorang kan. Mesti la korang akan ajak kawan-kawan nak pergi. Pakej per room yang mereka tawarkan dah include dengan GST.
1.       2 person  – RM106.00
2.       3 person – RM 143.10
3.       4 person – RM169.60
4.       5 person – RM201.40
5.       6 person – RM267.10
6.       8 person – RM305.30

So, korang rasa macam mana? Murahkan? Berbaloi tak? Sangat berbaloi. Kepada yang nak cuba sesuatu yang baru atau tengah fikir-fikir nak buat apa untuk next weekend korang yang free tu boleh la cuba main game ni. Sekali dah pergi rasa nak pergi lagi right? Masa awal-awal dating mungkin korang rasa macam tak best sebab macam sunyi je gelap je tempat ni kan. Tapi bila korang dah masuk and main game ni mesti rasa argghhh tak puas hatinya ta dapat settlekan task ni, task tu, tak dapat cari itu ini. Mesti jadi macam kitorang tadi. Hahaha. Tapi apa yang aku boleh katakana, teamwork tu sangat lah penting and bila kita bekerjasama dalam satu pasukan benda yang susah pun boleh jadi senang. Yes! I get it I get it I get it! Hehehe

More information layari :-www.breakout.com.my  atau hubungi talian +603-22763705
instagram: @BreakoutMy / Hashtag: #BreakoutMy

Thank you kepada Kelab Blogger Ben Ashaari dan abg Ben Ashaari sebab bagi peluang pada aku joint event ni. Korang memang awesome! 



Aku post gamba ni sebab aku rase aku comel. Hahahaha. Bye

10 Comment:

ermm..tak tahu nak komen..hahaha...best nyerr kalau dapat main ni..heheh

Nina Mirza said...

Best!!
Dan last picture tuu Meera mmg comel ;)
Setuju!/hehe

Jom repeat lagi...hehehe

Cam mana nak join kelab blogger ben ashaari???
best la tengok banyak aktiviti yang dilakukan..

Cikk Mimin said...

Tak sempat nak fefeeling baca pasal breakout dah habis pulak. Ada part 2 x ? Ahhaha

Encik ST said...

syoknyaa diaa..

tapi caption gambar last tak bleh blah... cehhh.. hahaha

gulew kapas said...

Woooo. hahah rinduuu nak breakout. Kalau dapat breakout lagi nak acah- acah berfikir. Hahhaa. Eh lupa. dah follow hakak migha ^_^ #236

Zizie Zack said...

best nyer uolls... nak join.. nak join...

mas saari said...

bestnya..
next time pasti akan cuba!

Yan Ty said...

Kalau tak ada urusan keluarga , dapat join. Haihs handle separuh jalan,sedih..