Gambar ikhsan dari google. Tidak ada kena mengena samada yang hidup atau yang mati. Rasa-rasanya motif aku update entry ni? Sebab aku t...

Bahagiakan Mereka Sebelum Mereka Menutup Mata

11:44 PM Mera Hussain 3 Comments

Gambar ikhsan dari google. Tidak ada kena mengena samada yang hidup atau yang mati.
Rasa-rasanya motif aku update entry ni? Sebab aku tak puas hati and marah pada orang-orang yang selfish macam ni.  Eh, bukan makcik kat atas ni. Maksud aku pada segelintir anak yang tak kenang budi ni.

Kenapa mereka takda rasa belas kasihan sampai tergamak letak ibubapa sendiri dekat rumah orang tua. Terlalu susah ke untuk menjaga kedua orang tua sendiri? Terlalu beban ke mereka untuk kita tanggung sampai sanggup biarkan mereka habiskan sisa hidup mereka dirumah orang tua? Terlalu banyak ke bebanan yang mereka bawa pada anak-anak?

Pernah terfikir tak apa perasaan kalau mereka perlakukan kita macam tu? Aku rasa takda ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Sebab apa? Sebab sayang. Sebab darah daging dia. Tapi bila anak-anak dah besar dah bekerjaya lupa diri sampai sanggup abaikan ibu bapa sendiri. Biarkan ibubapa merempat kat sana sini, hantar mereka kat rumah kebajikan, rumah orang tua. Takda rasa perikemanusiaan ke? If tak mampu nak bagi duit cukuplah sekadar berikan kasih sayang.

Mereka ni hanya mahukan perhatian dari anak-anak bukan mahukan wang ringgit untuk ditaburkan. Mereka cuma ingin merasa bahagia sebelum matanya ditutup. Kalau mereka boleh menjaga kita sehingga besar kenapa tidak kita? Betul orang kata, kalau seorang mak boleh jaga 14orang anak tapi seorang anak belum tentu mampu jaga seorang mak.

Kadang-kadang aku terasa aku dah cukup bahagiakan orang tua aku. Tapi tidak sebenarnya. Banyak lagi yang perlu aku balas jasa mereka sejak mereka lahirkan aku sampai la sekarang. Banyak sangat yang tak terbalas. Itu pada aku lah. Tapi bagaimana pulak mereka yang abaikan ibu bapa mereka? Tak terasa ke semua ni? Takda ke rasa macam aku rasa?

Yang masih ada ibu bapa teruskanlah berjasa dan balas budi mereka semetara mereka masih ada. Seperti aku, aku cuma mampu balas jasa mak aku je sebab ayah aku dah dijemput Ilahi sejak umur aku 9tahun. Al-Fatihah buat Hussain Bin Abdul Rahman. Ehh! Mata masuk habuk. 

3 Comment:

Ben Ashaari said...

Baiklah..

Julia Johari said...

Adik mera, tersentuh kak juju baca entry ni, betul tu ada peluang kita jaga ibu dan ayah masih ada, jgn sesekali buat mereka rasa sedih, kelak Allah balas pada kita semula.

Yan Ty said...

Ok , noted dik