Hye, Selamat hari Merdeka guys.. MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!! Perasaan nak sambut merdeka dah tak rase macam zaman aku kecik dulu...

Merdeka Pada Aku.

1:18 AM Mera Hussain 4 Comments

Hye,


Selamat hari Merdeka guys..

MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!


Perasaan nak sambut merdeka dah tak rase macam zaman aku kecik dulu. Meriah yang teramat. Bila masuk je bulan Ogos mesti dah ade semangat nak beli bendera. Balik sekolah mesti singgah kedai beli bendera plastik Rm0.50 yang ada gula-gula tu. Tapi motif aku sebenarnya nak gula-gula tu je. Hahahaa..


Now, hari ni aku takde rasa semangat langsung nak sambut merdeka. Bukak tv dengar PM berucap pun aku dah cukup meluat.  Semua tu aku rasa fake je. Pada aku sesebuah negara tu merdeka bukan kerana kita tidak dijajah lagi tapi merdeka daripada semua hal. Merdekakah kita sekiranya negara kita masih mengamalkan rasuah? Merekah kah kita sekiraya masih berlaku rusuhan sana sini? Merdekakah kita sekiranya pemimpin kita tidak jujur dalam pentadbirannya sendiri? 

Tak tahu macam mana keadaan negara akan datang bila dia yang akan terus memerintah lagi lepas nie. Cukuplah rakyat dah rasa tersiksa dengan keadaan sekarang. Tapi kalau lembu turun takhta pun yang bakal naik juga adalah lembu. So how??


Semoga Allah terus melindungi Malaysia dan aku harap Malaysia terus aman,




4 Comment:

tahu tak pe mera . sama la ..
tak de semangat merdeka langsung this year !!

Cikk Mimin said...

Sama laa. Kalau najib turun pangkat mungkin aku org yg pertama excited nak sambu merdeka. Hahaha

AR said...

haaa..macam igt jugak je gula2 bendera. hehe

aminnn.semoga Malaysia aman sentosa amin.

done follow :)